Tuesday, May 31, 2011

::cinta Dia::


orang kata..
cinta itu buta..
tapi sedarkah kita..
bahawa yang buta itu kita,bukan cinta anugerah Allah..

orang juga kata..
tak kenal maka tak cinta..
maknanya,ramai lagi yang tak kenal Allah..
sebab ramai yang tidak mencintai Allah..
ramai yang lebih cinta pada harta dan dunia..


cinta juga boleh diibaratkan seperti angin..
ianya selalu bertiup sepoi-sepoi bahasa..
tapi berhati-hatilah..
jika ribut datang menjelma..
berpegang teguh lah pada asas yang kukuh(Islam)..


ada juga yang kata..
cinta tidak perlu dicari..
kerana cinta itu akan datang sendiri..
tapi,adakah cinta Allah tidak perlu dicari?
adakah ianya perlu ditunggu hingga datang sendiri?
kelak mati,kita yang rugi..


sekadar renungan bersama..
sekian~
www.tips-fb.com

Sunday, May 29, 2011

::bila bersendirian::

Assalamualaikum~


First sekali,saya nak beritahu yang hari ni saya sangat letih.Saya baru balik dari kerja kontrak sebenarnya.Erk?Part time ke?Kesian encik pilihan hati ni.Nak sara isteri dan anak-anak la kata kan.Entah bila saya kawen entah la.Actualy la kan.Disebabkan tak nak makin merapu,sejujurnya la.Saya just tolong ayah kat kampung buat rumah.Sikit je pun.Tapi memang saya yakin dan pasti,cangkul tu sangat berat.



Sebelum kita pergi jauh,saya masih tertanya.Kenapa orang tak nak join promosi saya ni?Ih-ih.Tak kisah la.Yang penting kita enjoy =P


Saya ada satu soalan kepada rakan-rakan sekalian.Pernah tak awak,awak dan awak rasa sendirian je.I mean lonely bagi mereka yang tak faham bahasa melayu.Keh-keh.Macam tak de yang jawab je.Saya jawab je la.Mesti pernah kan?Maybe tak de orang nak kawan dengan kita atau orang benci dengan kita.Ada ke?



Sebenarnya kan, dalam kehidupan kita ni kita tak pernah bersedirian.Percaya atau tidak ia tetap kenyataan.Mengapa saya berkata demikian?Ye la,sebelum lahir kita dah hidup dengan sperma-sperma lain.Erk!Apakah?Haha.Dalam kandungan lagi kita telah bersama dengan ibu kita.Selepas lahir pula kita akan bersama dengan ibu bapa kita.Kan?


Lepas lahir kita akan ada ramai rakan-rakan.Bagi saya,rasa lonely ni cume perasaan atau gangguan emosi je.Maybe time tu perasaan kita nak main-main dengan kita.Apakah?Yakinlah bahawa kita tak pernah bersedirian.Allah sentiasa ada dengan kita.Pembantu-pembantu Allah sentiasa ada di sisi kita.Melindungi kita dan mencatat segala amalan kita.Kita mati pun kita masih bersama dengan Allah.So bila kita bersedirian ni?



Eh-eh,terlupa pula saya kepada encik syaitan yang kerjanya menghasut dan menyesatkan anak-anak adam.Depa ni pun sentiasa ada disisi kita.Sentiasa ingin menyesatkan kita.Sebab itu lah kita perlu sentiasa berhati-berhati.Jangan sampai tersilap langkah.


Jadi rakan-rakan.Bila masa kita bersedirian ni?Tak pernah pun kan.Cume yang penting.Dalam golongan manakah kita akan diletakkan kelak?Dalam golongan orang-orang yang diredhai Allah atau dimurkaiNya.Semoga semuanya baik-baik sahaja. =)


p/s:join promosi saya cepat!Tak kira!! www.tips-fb.com

Saturday, May 28, 2011

::promosi oh promosi::

Assalamualaikum~


Sebagai seorang blogger baru atau lama,promosi tu merupakan usaha yang sangat penting dalam memperkenalkan blog kita ni.Tak kisah la blog kita tu best atau tidak.Yang penting promosi ni tetap kena jalankan.Ala,macam penjual-penjual kat pasar malam tu buat la.Nak melariskan barangan mereka,so kena la buat promosi,"seringgit sekilo","bli satu dapat satu","sapa cepat dia dapat".Macam-macam idea untuk mempromosikan barangan masing-masing.Ini sama dengan kita sebagai seorang blogger.So, ikut kekreatifan anda.Semakin kreatif anda,semakin ramai yang akan tertarik.


Jadi disebabkan agak lama saya tak mengupdate blog ni,apa salahnya saya mengaktifkan diri kembali.So,saya bercadang ingin mempromosikan 2 buah blog pada luse malam bersamaan 30.5.2011 malam.Jadi siapa yang berminat ayuh la join,tak kira anda blogger baru atau lama.Yang penting apa?Promosi..


Cara-cara:


1.Buat satu entry dan copy paste banner di atas pada entry anda
2.Linkkan entry anda di ruangan komen entry ini
3.Tamat pada jam 12 esok malam
4.Nak tengok jugak ayat promosi anda.cnth:bli satu dapat satu.dapat rumah ke.tak kisah la.
5.Blog akan dinilai mengikut ayat kreatif yang dihasilkan(satu perenggan je.tak larat nak bace banyak-banyak.hehe)
www.tips-fb.com

Tuesday, May 24, 2011

oh cinta...

Lama betul rasenya tak mengupdate blog ni.Rase rindu ingin menaip.Rasa rindu untuk kunjung ke blog rakan-rakan seperjuangan.Bukan tak nak menaip atau berkongsi sesuatu dengan rakan-rakan.Tapi kesibukan yang melanda diri menjadi punca saya terpaksa berjauhan dengan blog dan rakan-rakan blogger.InsyaAllah,esok exam saya yang terkahir.Mohon doa ye rakan-rakan.

Orang sering berbicara tentang cinta.Orang sering berdebat mengenai cinta.Masing-masing ada pendapat dan pendirian masing-masing.Masing-masing ingin menegakkan apa yang mereka tahu.Tapi tahukah kita hanya Allah yang Maha mengetahui.Saya akui bahawa sehingga kini saya sendiri masih tak mengetahui apa itu erti cinta.Cinta sangat mendalam maksudnya.

Bagi saya,cinta bukan sesuatu yang mudah.Ianya sangat complicated kerana ia melibatkan perasaan.Jika tidak dijaga dengan betul,ia boleh membawa kepada kecundangan.Jika tidak dipelihara ia boleh membawa kita kepada maksiat.Itu bahayanya cinta.Tapi, cinta itu sendiri mempunyai kebaikannya.Kerana cinta kita boleh berjaya.Kerana cinta kita boleh jadi seorang yang kuat.Kerana cinta kita sanggup berkorban harta benda dan segala.


Berikutlah apa yang saya faham mengenai cinta.Kita sendiri yang menentukan jenis cinta kita.Cinta maksiat,cinta kerana Allah,cinta monyet, itu semua ketentuan kita.Cinta juga boleh diibaratkan seperti seorang bayi yang baru lahir.Kita yang berkuasa sepenuhnya untuk membentuk bayi tersebut.Kita yang bertanggungjawab memberi didikan agama kepada bayi itu.Jika kita gagal menjalankan tanggungjawab kita,maka gagallah kita.Tapi sedarkah kita bahawa kegagalan ini akan membawa bayi itu kepada kehancuran.Pabila dia menjadi dewasa,lebih banyak benda yang terlarang dilakukannya.Kecuali dengan kehendak Allah.Allah akan membantu kanak-kanak itu.Sesungguhnya Allah itu sangat mengetahui dan berkuasa ke atas sesuatu yang dikehendakinya.

Dalam bercinta, pengorbanan itu sangat penting.Tapi apa itu pengorbanan cinta?Adakah kita beri cinta kita tu pada orang lain?Adakah pengorbanan cinta itu bermaksud kita korban kan diri atau berkorban harta benda?Entah lah.Saya sendiri kurang pasti dengan apa itu pengorbanan cinta.Yapi apa yang saya tahu,cinta selalunya menjadi batu penghalang untuk seseorang melakukan kebaikan.Tapi bukan semua.Ini apa yang saya lihat pada masyarakat kita kini.Jadi apa itu pengorbanan cinta?Yang pertama,kita berkorban untuk berubah dan bentuk cinta yang diredhai Allah.Yang kedua,korbankan cinta kita tu untuk seseorang yang lebih berhak untuk memilikinya.Jangan kita yang menjadi batu penghalang kepada orang lain untuk berubah.


Begitulah apa yang saya faham mengenai cinta.Tapi saya yakin,bukan itu maksud cinta yang sebenar.Ada yang lebih mengetahuinya.Apa-apa pun,sentiasalah berdoa agar orang yang kita cinta berjumpa dengan seseorang yang baik dan sesuai disamping mampu membantu perjuangan si dia. =)

Cinta umpama sungai,ia akan tetap mengalir walaupun banyak halangannya..tapi,jangan sesekali kita menjadi salah satu penghalang laluan sungai itu..biarkan saja ia mengalir..


www.tips-fb.com

Monday, May 16, 2011

::tips kaya dalam solat::

Assalamualaikum~

Hari ni bangun awal.Hajat nak study di pagi hari.Orang kata study pagi-pagi ni senang masuk.Betul ke?Mudah-mudahan.Semuanya dengan kehendak Allah kan?Apa sekali pun boleh terjadi.

Kepada mereka yang dah bangun ni.Ampa solat subuh pukul bape tadi?Hah!Tak solat?Awat cam gitu ceq oi.OOO..Tak leh solat.Paham-paham.Tapi kalau lelaki jangan nak mengada ye.Saya sekeh kunk.


Kita perlu menjiwai setiap perbuatan kita agar kita dapat merasai nikmat apa yang kita buat itu.Contoh la kalau wanita-wanita kat luar sana yang menitiskan air mata kalau tengok cerita melayu atau korea anda jangan pelik.Itu maknanya mereka menjiwai cerita tersebut.Seakan-akan depa yang berlakon tu.

Hal ini sama juga dalam solat.Kalau kita dapat menjiwai atau khusyuk dalam solat pasti kita akan merasai nikmat solat itu.Kita tak akan rasa penat dalam melakukan solat dan lebih banyak solat-solat sunat yang akan kita lakukan.Percaya tak?

Bagitu hebatnya nikmat solat ini kan?Saya akui,memang sukar untuk mendapatkan khusyuk ketika dalam solat.For sure dalam solat pasti kita fikirkan banyak perkara. "Nak makan ape ek lepas ni?" , "Nak update blog la lepas ni.Nak buat entry macam mane nak khsyuk dalam solat".Hehe.Padahal tengah solat tu kan.


Yang pertama,sebelum solat,kita perlu pastikan pakaian yang kita pakai itu bersih dan sesuai untuk solat.Jangan pakai baju yang ada lambang-lambang rock,tengkorak dan lain-lain.Ini akan menganggu fikiran orang lain termasuk pak imam "Eh,budak ni.Nak solat ke nak pi konsert" (kata pak imam dalam hati).

Yang kedua,pastikan tempat solat anda bersih dari segala kotoran.Kotoran-kotoran ini akan mengotorkan pemikiran kita.Hehe.Tak de la sampai macam tu.Tapi kotoran ini akan menganggu solat kita.Kata la tengah khusyuk-khusyuk solat ni tiba-tiba ada tahi cicak di tempat sujud kita.Pasti ia ganggu fikiran kita."Nak sujud tang mana ni?Nak kene senget sikit ni.Kalau kena ni sure batal".

Yang ketiga,amalkan membaca 3 qul iaitu surah an-na,surah al falaq dan surah al-ikhlas sebelum solat.Tujuannya adalah untuk menghindarkan solat kita dari gangguan syaitan.Depa ni bukan  boleh tengok kita senang.Lagi-lagi kalau kita nak beribadah.Jahat depa ni kan?

Cara yang keempat adalah dengan kita memahami setiap ayat yang kita baca.Kita faham maksud ayat-ayat itu baru akan timbul rasa takut kepada Allah.Sesungguhnya hukuman Allah itu sangat dasyat bagi mereka yang melanggar perintah Allah.


Yang kelima,buat solat secara berjemaah.Dengan berjemaah kita akan lebih merasai nikmat solat ini.Dengan solat berjemaah juga,kita akan lebih mudah untuk mendapat khusyuk kerana syaitan sukar menganggu mereka yang berjemaah.Lagi pun pahala berjemaah lagi banyak kan?27 kali ganda.Tak nak ke?Jom solat berjemaah(nasihat untuk diri sendiri..Hehe)


Selain itu,kita perlu pastikan wuduk yang kita ambil sebelum solat adalah sempurna.Wuduk yang sempurna mampu membantu kita untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.Disamping itu,ia akan memadamkan dosa-dosa kecil kita.Betul kan?

Yang terkahir,elakkan diri kita dari melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan khusyuk solat kita dan solat orang lain.Maksud saya disini,jangan bercakap ketika orang sedang solat.Silent atau tutuplah handset ketika sedang solat.Kalau ada panggilan ketika sedang solat,ia akan menganggu solat kita dan solat orang lain.Sesungguhnya,tiada panggilan yang lebih penting dari seruan Illahi.


Berikut merupakan sedikit sebanyak tips bagaimana untuk mendapat khusyuk di dalam solat.Tidak lupa juga kepada faktor pemakanan dan juga waktu solat.Buat la solat diawal waktu.Kalau solat diakhir waktu for sure fikiran kita kalut dan cepat nak habis.Betul kan?Saya tak de pengalaman lagi.Kawan-kawan yang cerita.Hehe.
 
p/s:bagaimana dengan perkongsian saya hari ni?mana yang kurang sila tambah-tambah ye.. www.tips-fb.com

Sunday, May 15, 2011

::blogger cantik pasti ramai follower dan pembaca::

Assalamualaikum~

Lama rasanya tak update blog.Busy dengan persiapan untuk exam.InsyaAllah khamis ni akan bermulalah perjuangan saya dan rakan-rakan di medan exam.Mohon doa ye rakan-rakan blogger sekalian.


Sekarang ni kalau kita perasan,ramai yang pertikaikan. "Alah,orang cantik boleh ada ramai peminat", "Ramainya follower dia.Orang cantik la katakan".Pasti kita selalu dengar ayat-ayat ni kan?

Bagi saya,faktor yang mempengaruhi seseorang blogger itu ramai pembaca atau follower adalah bakat beliau dalam penulisan.Bukan faktor cantik atau hensem.Kalau nak diikutkan,ramai je orang yang hensem dan cantik ni,tapi memandangkan mereka tak ada bakat dalam menulis,jadi mereka ni tak jadi la seorang blogger.


Maybe ada  sesetengah blogger yang cantik.Ya,itu memang tak dinafikan,tapi itulah anugerah Allah dan maybe sedikit sebanyak membantu dalam dunia blog.Tapi itu lah,apa yang saya nak tekankan,faktor bakat menulis juga yang mempengaruhi bilangan follower dan pembaca sesebuah blog itu.

Tak payah pi jauh la.Saya sendiri,hensem tapi tak pandai menulis.So,tak ramai la follower dan pembaca kan?Hehe.Semua ciptaan Allah itu hensem dan cantik.Kan-kan?Perasan sudah.


So,sebagai seorang blogger,kita kena pandai macam mana nak tarik hati pembaca.Sekarang ni ramai pembaca yang sukakan hiburan.Jadi,buatlah entry yang ada unsur-unsur hiburan.Tapi tak salah ke berhibur ni?Tak salah,tapi kalau boleh selitkanlah unsur nasihat.

Apa pun terpulang lah pada blogger sekalian.Ada sesetengah blogger yang sekadar cukup bergelar seorang blogger.Ada yang ingin jadi blogger yang terkenal.Ada juga yang ingin berdakwah melalui blog.Itu sangat bagus.So, anda tergolong dalam blogger yang macam mane?Ce cite sikit.=)
www.tips-fb.com

Wednesday, May 11, 2011

::segmen tokoh wanita Islam::

Assalamualaikum~

Hari ni seharian tak menjenguk blog.Busy study kot.Hehe.Boleh caya ke?By the way, saya rasa pasti ramai rakan-rakan blogger sudah bercuti ataupun busy dengan peperiksaan akhir semester.Semoga berjaya kepada semua.Berusaha lah umpama ini peperiksaan anda yang terakhir.

Baiklah.Hari ni saya nak memperkenalkan sebuah blog yang sangat bagus dimana semua entrynya merupakan entry yang bermanfaat dan berbentuk motivasi.Blog ini merupakan blog yang wajib saya lawat jika ada entry yang baru kerana disitu saya mendapat banyak perkara yang berguna disamping saya dapat memotivasikan diri.
Tuan empunya blog yang sangat cumel ini telah menganjurkan satu segmen dimana beliau mengajak kita semua bercerita mengenai tokoh-tokoh wanita Islam.Jadi, kepada semua blogger muslim dan muslimah mari join segmen yang bermanfaat ini.Kepada mereka yang join segmen beliau melalui saya jangan lupe tinggalkan link entry anda di entry beliau dan juga entry saya.


www.tips-fb.com

Tuesday, May 10, 2011

::penutup segmen saya blogger muslim/muslimah,saya jaga aurat dan akhlak saya::

Assalamualaikum~

Rakan-rakan semua apa khabar?Semoga sihat hendaknya bersama dengan insan yang tersayang.Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kerana ramai yang sudi join kempen menutup aurat dan menjaga akhlak ini.Semoga ada manfaat kan?

Setakat ni sudah searamai 23 orang blogger muslim dan muslimah yang telah turut serta dalam kempen ini.Jadi saya mengambil keputusan untuk menutup kempen saya blogger muslim/muslimah saya jaga aurat dan akhlak saya tepat jam 9 malam ini.Kepada mereka yang nak turut serta anda masih ada masa lagi.Sepatutnya kempen ini tidak perlu diberhentikan kerana ia kempen yang bagus.Tapi sebenarnya banyak lagi kempen yang ingin saya jalankan sementara segmen saya blogger muslim vs saya blogger muslimah ini masih hangat disini.

Jadi kepada para blogger yang tidak berkesempatan menyertai kempen ini dan masih berminat untuk menyertainya cepat-cepat la ye.Luangkan sedikit masa anda untuk sesuatu yang bermanfaat.InsyaAllah ada faedahnya.


www.tips-fb.com

Monday, May 9, 2011

::blog pilihan saya blogger muslim vs saya blogger muslimah::

Assalamualaikum~

Pertama sekali kita harus bersyukur kerana kita masih diberi peluang untuk terus mencari keredhaan Allah.Yang keduanya,kita harus bersyukur kerana kita diberi nikmat iman yang bukan semua orang dapat memilikinya.Nikmat iman ini lah nikmat yang tiada nilainya.Betulkan?

By the way(omputih sikit), saya sangat bersyukur kerana masih ada rakan muslim dan muslimah yang sudi support segmen dan kempen yang saya jalankan untuk dua tiga hari ni.Terima kasih yang tak terhingga kepada semua dan InsyaAllah ada manfaat kepada kita semua.


Jadi hari ni kita berkenalan dengan beberapa orang rakan muslim dan muslimah kita.

Beliau muslim gagah perkasa

Mereka muslimah berbudi bahasa
2.http://numeeqah.blogspot.com/2011/05/saya-blogger-muslimmuslimahsaya-jaga.html

Kenapa saya pilih mereka?Hanya Allah dan saya yang mengetahuinya.InsyaAllah esok kita berkenalan dengan yang lain pula.Pada mereka yang belum join,bila lagi nak join saya blogger muslim vs saya blogger muslimah dan saya blogger muslim/muslimah,saya jaga aurat dan akhlak saya?Jom meriahkan segmen ini. www.tips-fb.com

::vlog pertama-kasih sayang::

Assalamulaikum~

Sebuah lagu untuk tatapan semua.Kasih dan sayang.=) Yang tak join saya blogger muslim vs saya blogger muslimah jom join..


p/s:ini dikira vlog jugak ke?haha.camera dan mic tak best..ke suara yang memang tak best ni? =P
www.tips-fb.com

::saya berbangga menjadi seorang blogger muslim::

Assalamualaikum~

Syukur alhamdulillah.Target saya untuk kumpul 100 orang blogger muslim dan muslimah sudah berjaya.Walaupun lambat tapi ia tetap sesuatu yang membanggakan.Ribuan terima kasih kepada semua rakan blogger yang sudi support segmen saya.

Walaupun segmen saya tidak seperti hebat seperti segmen blogger lain,tapi saya pasti,segmen yang simple ni ada banyak manfaatnya.Kepada siapa yang masih belum join saya blogger muslim vs saya blogger muslimah boleh lah menyertainya.InsyaAllah kalau boleh kita kumpul hingga 200 orang.Tiada apa yang mustahil kan?


Sekarang ni saya sedang melancarkan kempen saya blogger muslim/muslimah,saya jaga aurat dan akhlak saya.Setakat ni sudah 15 orang menyertainya.Moga lebih ramai yang akan sertainya kerana ia pasti akan memberi kesan yang mendalam kepada orang ramai.Bagi mereka yang dah sertainya saya ucapkan terima kasih dan tahniah. =)
www.tips-fb.com

::saya blogger muslim/muslimah,saya jaga aurat dan akhlak saya::

Assalamualaikum~

Syukur alhamdulillah.Kita sudah bekenalan dengan beberapa orang blogger muslimah.Mereka memang hebat dan berani.InsyaAllah, saya akan buat aktiviti sebegini lagi.Orang kata,tak kenal maka tak cinta.Bila dah kenal,rapatkanlah ukhuwah.InsyaAllah, hubungan yang terbina kerana Allah akan sentiasa terjaga dari segala jenis gangguan.Amin.

Baiklah.Kali ni saya ada tugasan untuk semua blogger muslim dan muslimah.Ianya nampak mudah dan kecik je.Tapi manfaatnya sangat bernilai.Bagi mereka yang ada masa jom join!

Cara-caranya.
1.Copy paste banner diatas dan letak di entry anda.(tajuk seperti tajuk entry saya)
2.Letak link anda di ruangan komen ini.
3.Tag 2 orang rakan anda.

p/s:sangat mudah kan.Tapi percayalah,kesannya sangat mendalam..=)
www.tips-fb.com

Sunday, May 8, 2011

::Jom berkenalan dengan blogger muslim dan muslimah 1::

Assalamualaikum~

Macam yang saya janjikan.Kita akan berkenalan dengan  dua orang rakan blogger muslimah.Segmen ini merupakan salah satu aktiviti daripada segmen saya blogger muslim vs saya blogger muslim muslimah.Syukur kerana masih ada yang terus sudi join segmen dari insan kerdil ini.

Tak ramai yang join aktiviti ini.Saya faham kerana rakan blogger muslim dan muslimah sekalian agak sibuk dengan kerja kan.Its ok.Yang penting apa pun kerja kita,kita perlu niat yang kita lakukan semua ini adalah kerana Allah.Secara tidak langsung, kerja kita itu akan diberkati disamping mendapat pahala.InsyaAllah.

Jadi ada 8 orang blogger muslimah yang sudi berkenalan dengan kita semua.Mari kita berkenalan dengan mereka~


Mereka muslimah yang hebat(blogger pilihan)

Mereka muslimah yang berani
6.http://afifahaddnan.blogspot.com/2011/05/jom-berkenalan-dengan-blogger-muslimah.html

p/s:kepada yang lain,InsyaAllah kita akan berkenalan pada lain hari.Semoga ada manfaat di atas aktiviti ini =) www.tips-fb.com

::Jom berkenalan dengan blogger muslim dan muslimah::

Assalamualaikum~

Setakat ni sudah ada 82 blogger muslim dan muslimah  yang sudi join segmen saya.Itu sudah sangat mencukupi walaupun target saya iaitu 100 orang blogger untuk malam semalam tidak sampai.Apa pun,perjuangan harus diteruskan.

Baiklah.Sebelum kita bergerak lebih jauh lagi,kepada semua blogger muslim dan muslimah yang ada kelapangan masa anda boleh la buat satu entry untuk memperkenalkan diri anda.Orang kata tak kenal maka tak cinta kan?Jadi mari berkenal-kenalan dahulu.InsyaAllah saya akan memilih dua orang blogger sama ada blogger muslim atau blogger muslimah untuk dimuatkan dalam entry saya yang akan datang.


Cara-caranya:
1.Copy paste banner saya blogger muslim vs saya blogger muslimah.Jika anda muslim gunakan banner saya blogger muslim.Begitu juga sebaliknya.
2.Cerita serba sedikit mengenai diri anda.Buat dalam bentuk point supaya ia memudahkan rakan-rakan untuk membacanya.
3.Buat satu moto,saya berbangga menjadi seorang muslim atau muslimah kerana?...
4.Kongsi falsafah anda dalam dunia blog.(Konsep anda dalam berbloging)
5.Tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry ni.
6.Waktu akhir hingga jam 9 malam ini.

p/s:Moto dan falsafah yang menarik yang akan menjadi penentuan samada anda yang terpilih atau tidak.Hanya yang dah buat entry saya blogger muslim vs saya blogger muslimah sahaja yang boleh sertai aktiviti ini.Bagi mereka yang nak sertai boleh hasilkan entry yang sebelum ini terlebih dahulu. www.tips-fb.com

Saturday, May 7, 2011

::100 blogger muslim dan muslimah::

Assalamualaikum~

Fuhh~Memang mendapat sambutan dari semua rakan blogger.Syukur setakat ni saya dah dapat berkenalan dan kumpul seramai 50 orang blogger muslim dan muslimah.Sebenarnya saya masih tercari blogger muslim dan muslimah yang lain.

Terima kasih kepada rakan blogger sekalian.Kepada mereka yang masih belum join,bila lagi nak join?Kita tengok.Seramai berapa orangkah blogger muslim dan muslimah sebelum 12 malam ni.Saya target 100 orang blogger untuk malam ni.


Banyak tujuan saya nak kumpulkan blogger muslim dan muslimah ni.Yang pertama, saya akan memperkenalkan anda semua dengan beberapa blog yang banyak menceritakan tentang Islam.Yang kedua, saya akan mencari segmen-segmen yang berunsurkan ciri-ciri keislaman dan saya akan promosikan di sini.Yang ketiga, insyaAllah saya akan lebih banyak berkongsi sesuatu yang memberi manfaat kepada rakan semua.Semoga, segala perancangan saya ini akan berjaya dan kita semua dapat manfaat dari usaha kita.

p/s:ayuh perhangatkan saya blogger muslim vs saya blogger muslimah! www.tips-fb.com

::Insan yang penyayang dan pengasih::

Assalamualaikum~

Hari ni hari ibu ye?Kenapa saya tak tahu ek?Hehe.Saya cuma perasan ramai rakan di facebook dah tukar prof pic ibu masing-masing.Ramai yang bertanya nak bagi hadiah apa.Itu sebenarnya langkah yang baik dan memang patut kita buat.

Penganjuran dan idea hari ibu ini sangat bagus.Tapi persoalannya,kenapa ia dianjurkan sedangkan kita perlu menyayangi dan menghormati ibu kita tiap hari-hari?Ini kerana,tiap-tiap hari adalah hari ibu.Tiap-tiap hari adalah hari berkasih sayang.


Cube kita bayangkan.Bila tiba hari ibu je,pasti ramai yang akan letak gambar prof pic ibu sendiri di FB dan ramai yang minta cadangan hadiah apa yang sesuai untuk seorang ibu.Adakah selepas hari ibu ni kita kena remove pic tu dan tak bagi hadiah kepada ibu kita?Maksudnya apa ye?Kita terus lupakan ibu kita?

Ada sesetengah orang yang mengatakan bahawa hari ibu ini merupakan idea orang barat.Ini kerana mereka selalu tinggalkan ibu mereka dan tidak ambil peduli mengenai ibu mereka.Jadi mereka telah mewujudkan hari ibu untuk mereka mengingati jasa ibu mereka.Ini sangat bertentangan dengan Islam dan budaya kita yang sangat mementingkan ibu kita.Syurga anak di bawah telapak kaki ibu~


Percaya atau tak?Ada juga individu yang tidak menyambut hari ibu ini kerana ada kisah disebalik hari ibu ini.Mereka mengatakan bahawa hari ibu ini merupakan propaganda orang-orang kafir.Ala,macam valentime tu la.Propaganda dan dakyah depa je.Saje nak sesatkan orang Islam.

Bagi pendapat saya,tak salah jika kita nak sambut hari ibu.Tapi pastikan hari ibu itu adalah hari-hari.Bukan hari yang sudah ditentukan sahaja.Ini kerana ia tak pernah wujud dalam Islam dan tak perlu kita amalkan.Sesungguhnya, kita hanya berlandaskan dan ikut apa yang terkandung dalam al Quran,al Hadis dan as Sunnah yang ditinggalkan untuk kita.


Saya juga nak share sumting dengan rakan-rakan sekalian.Hadiah yang paling berharga dan sesuai untuk ibu kita adalah doa dan kejayaan kita di dunia di akhirat.Jadi anak yang soleh dan solehah.Jangan biarkan ibu kita terseksa di sana kerana kita.Biar ibu kita bahagia kerana kita.InsyaAllah.

p/s:i luv u ibu~termasuk ibu mertua tau..hehe www.tips-fb.com

::saya blogger muslim vs saya blogger muslimah::

Assalamualaikum~

Seawal pagi dah semangat nak update blog.Ini berikutan dengan respon rakan-rakan blogger yang memberangsangkan.Suke!Ih-ih.Apa la kena ngan saya ni.Away~

Pada entry yang lepas, saya ada menganjurkan satu segmen iaitu yang mana satu pilihan hati?bercinta sebelum berkahwin atau selepas berkahwin?Tak ramai yang join,tapi saya tetap bersyukur kerana masih ada yang sudi join segmen dari insan yang kerdil ini.Pemenang bagi segmen itu adalah..

Kali ni saya ada menganjurkan satu segmen lain iaitu saya blogger muslim vs saya blogger muslimah.Tujuannya adalah untuk mengumpul sebanyak mungkin blogger muslim dan muslimah.Then, saya nak buat segmen-segmen yang berunsurkan Islam.Disamping tu, saya akan memperkenalkan rakan-rakan sekalian dengan blogger-blogger yang berjuang kerana Islam dan saya juga nak buktikan yang blogger-blogger tidak tidak mengenepikan blog-blog yang berunsurkan keagamaan dan nasihat menasihati.


p/s:terima kasih kepada mereka yang sudah join.Pada mereka yang lain.Bila lagi?!
www.tips-fb.com

Friday, May 6, 2011

::saya blogger muslim vs saya blogger muslimah::

Assalamualaikum~

Jom sebarkan.Saya saja nak tengok sejauh mana banner ni boleh pergi disamping tu saya nak buat kajian.Agak-agak anda,blogger muslim atau muslimah lagi ramai? =P 

 
bagi blogger muslim copy paste banner ini..

untuk blogger muslimah..

Cara-caranya
1.Pilih satu banner sahaja.Jika anda blogger muslim copy paste banner muslim di entry anda.Begitu juga sebaliknya.
2.Letak link anda di ruangan komen saya untuk kajian saya.(kajian la sangat)
3.Tag 2 orang rakan blogger

p/s:senang je kan?so ape lagi?cepat!!InsyaAllah banyak lagi aktiviti yang akan saya anjurkan untuk blogger muslim dan muslimah..
www.tips-fb.com

::mereka suka mati::

Assalamualaikum~

Cuaca agak hangat hari ni.Memang sedap kalau pekena teh ais atau cendol waktu-waktu macam ni.Sedap!Eh-eh.Merapu apa saya ni.Away~

Hari ni saya tertarik dengan satu perkataan iaitu mati.Jadi apa salahnya kalau kita membincangkan tentang mati.Tak salah kan?Lagi bagus kalau kita membincangkan topik ini kerana ia akan mengingatkan kita yang kita masih belum bersedia untuk meninggalkan dunia yang sementara ini kerana amalan kita tidaklah seberapa.

*gambar hiasan semata-mata
Saya tahu,manusia memang takut akan saat-saat kematian dan kehidupan selepas kematian.Jika banyak amalan baik kita maka akan terselamatlah kita dari kehidupan yang menyeksakan di alam yang lain.Begitu juga sebaliknya,jika amalan baik kita kurang,maka kita akan menghadapi dunia yang sangat seksa dan sakit.Ini adalah salah satu sebab kenapa manusia sekarang takut akan kematian.


Ini berbeza dengan orang-orang Islam di sebelah timur tengah.Mereka tidak takut akan kematian.Contoh terbaik ialah orang Islam di Iraq.Mereka memang tidak suka kerana negara mereka diserang tetapi mereka sangat bersyukur jika orang yang mereka sayang mati dalam peperangan.Tapi kenapa ye?Sanggup ke mereka kehilangan orang yang mereka sayang?Kalau kita mesti tak sanggup kan?

Tahu tak kita bahawa orang yang mati dalam mempertahankan negara dan agama adalah tergolong dalam golongan yang mati syahid.Dimana tempatnya insan yang mati syahid ini?Sudah tentu syurga Allah yang sangat indah dan kekal abadi.Selain itu,secara tidak langsung segala dosa insan yang mati syahid ini akan diampunkan oleh Allah kecuali hutang.Begitu besar sekali manfaat yang kita dapat jika kita tergolong dalam golongan ini kan?


Inilah yang mereka kejar oleh orang Islam di sana.Bukan seperti kita yang takut akan kematian.Lebih sayangkan keduniaan.sanggup bergadai nyawa dan maruah untuk dunia.Inikah ciri-ciri muslim dan muslimah?Cube kita renungkan bersama.

Tapi,secara tak sedar kita pun dalam perjuangan.Betul kan?Menuntut ilmu juga adalah salah satu perjuangan.Ia adalah sesuatu yang sangat diredhai Allah.Sesungguhnya Allah sangat menyukai hambanya yang menggunakan usia mudanya dengan menuntut ilmu.Kita la tu kan?Alhamdulillah.Jika kita terkorban dalam pencarian ilmu ini,InsyaAllah kita akan tergolong dalam golongan yang mati syahid. =)


p/s:sekadar renungan bersama..jika ada kesalahan dalam entry ni sila tegur ye =)
www.tips-fb.com

::bila agama ditolak tepi::

Assalamualaikum~

Hari ni cuaca amat nyaman.Saje buat entry pagi-pagi sebab kejap lagi maybe saya akan sibuk.Buat ape je sibuk ni?Macam mengalahkan PM je.Hehe.Biarlah apa orang nak kata.Yang penting kita enjoy =P.

Dewasa ini,orang akan lebih kepada hiburan.Penyakit ini juga terkena dan melarat ke atas para blogger jugak.Blogger pun manusia kan.Memang fitrah manusia yang sukakan hiburan.Saya akui,saya sendiri pun suka kan hiburan.Senang cite,manusia dan hiburan ni tak boleg dipisahkan.Ibarat lagu dan irama.Jika dipisahkan akan kosonglah kehidupan kita.Erk,betul ke ni?

Macam saya cakap tadi,blogger juga sukakan hiburan.Ditambah lagi dengan pembaca-pembaca yang menyukai hiburan.Maka banyaklah entry hiburan yang terhasil untuk menarik minat para pembaca.Pasal artis,lagu,filem dan sebagainya.Ini kesempatan yang tidak boleh dilepaskan bagi setiapp blogger.

Dengan hal ini,ramai yang mengatakan blog yang menulis dan mengandungi entry-entry yang berunsur agama ini kurang mendapat sambutan berikutan kurangnya minat para pembaca mengenai hal ini.Betul ke?Bagi saya,bukan masalahnya genre apakah entri kita ni.Hiburan ke,sukan ke atau apa-apa je lah.Bukan faktor yang menyebabkan pembaca rasa nak baca.


Sebenarnya cara penulisan kita yang menentukan pembaca entry kita.Jika menarik penulisan kita,sure ramai yang akan singgah dan baca.Am i rite?La ni,ramai je blogger yang menulis mengenai agama dan ada unsur nasihat yang followernye ramai.Follower sentiasa tertunggu-tunggu entry yang baru kerana perasaan ingin tahu yang tinggi mengenai ilmu agama.Kan?


Jadi,kepada para blogger yang membuat entry mengenai agama dan ada unsur nasihat,perbaiki cara penulisan anda.Jangan terlalu skema dan panjang berjela.Letak banyak gambar dan letakkan beberapa isu yang menarik.Buat lah lawak sikit-sikit.Apa salahnya kan?Jangan maintain je ayat tu.Boring pembaca nanti.

InsyaAllah,jika anda mengamalkan apa yang saya kata ini pasti akan ramai pembaca yang akan singgah ke blog anda.Tak kira lah anda wat entry pasal apa.Yang penting,kepada rakan blogger sekalian,selitkanlah unsur-unsur nasihat di dalam entry anda.Jangan biarkan entry anda kosong umpama kacang yang belum dibuka tapi tiada isinya(mana dapat ayat ni?hehe)

p/s:semoga sedikit sebanyak membantu rakan blogger di luar sana..=) www.tips-fb.com

Thursday, May 5, 2011

::Kau buka aib aku!!::

Assalamualaikum~

Fuuhh~Baru selesai mengaji dan makan semua.Anda dah mengaji?Malam ni malam jumaat ye.Afdal jika kita membaca surah al-Kahfi.Untuk apa?Surah ini adalah sebagai pelindung  dari fitnah dajjal.Tak pun bace la surah Yasin.Apa pun, bukan malam jumaat je kita perlu baca al-Quran.Tiap-tiap hari kita kena baca kerana ia adalah panduan dan pelindung diri kita.InsyaAllah.

Sepertimana yang kita tahu,setiap orang tak kan lari dari membuat kesilapan.Am i rite?Sebaik mana pun kita pasti ada kesilapan yang akan kita lakukan.Macam saya jugak.Pasti ada benda yang tak betul yang saya dah lakukan.Tapi percayalah,kesilapan-kesilapan ini yang akan mematangkan kita.Apa pun kita perlu sedar dan cepat-cepat berubah.Jangan asyik berada di tampuk yang lama je.Kalau macam tu, ia bukan mematangkan kita,tapi akan mendatangkan masalah kepada kita.


Dalam dunia ni juga,kita tak kan lari dari sesetengah orang yang membenci atau kurang senang dengan kita.Percaya atau tidak?Contoh terbaik adalah baginda sendiri.Sebaik-baiknya baginda pun tetap ada yang memusuhi baginda dan menangancam ingin membunuh baginda.Inikan pula kita yang sering membuat kesilapan samada secara sedar ataupun tidak sedar.

Orang yang kurang senang dengan kita ini akan melakukan pelbagai cara untuk menyakiti kita atau melihat kita derita.Cara yang paling merbahaya adalah dengan membuka aib diri kita dan mempengaruhi orang lain untuk membenci diri kita.Ini sangat bahaya kerana lebih ramai yang akan terpengaruh dan turut membenci diri kita.


Sedar tak kita yang kita dilarang untuk membuka aib diri kita sendiri.Inikan pula membuka aib orang lain.Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya,(namun) belum masuk iman ke dalam hatinya.Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka,(kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim,maka Allah akan membuka aibnya.Dan siapa yang aibnya dibuka Allah,maka Dia akan membuka sekalipun di dalam rumahnya. (Riwayat Muslim,Abu Daud dan Tarmizi).


So,apa kesimpulannya rakan-rakan?Baiklah kita menjaga aib sendiri dan orang lain.InsyaAllah Allah akan menjaga aib kita dan semoga kita sentiasa dalam redhaNya~
www.tips-fb.com

::terima kasih semua::

Assalamualaikum~

Hari ni cuaca sangat baik.Syukur alhamdulillah.Semalam mungkin saya bersedih sebab follower semakin berkurangan.Saya akui yang saya tidak hebat menulis seperti rakan-rakan yang lain.Tapi insyaAllah, saya akan perbaiki cara penulisan saya.Walau apa pun, saya tetap gembira kerana masih ada yang sudi follow blog saya ini.

 
untuk rakan blogger semua...

Ucapan terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang support saya selama ini.InsyaAllah, kita akan bersama-sama terus bergiat dalam dunia ini(ayat apakah ini?).Apa pun,bukan kerana follower kita berbloging,bukan kerana duit atau publisiti,tapi blog ini adalah medium yang sangat baik untuk kita berdakwah,berkongsi ilmu dan merapatkan silaturrahim.InsyaAllah, jika baik niat maka akan tercapai cita-cita kita(macam berkempen kan?hukhuk)

p/s:masyeh rakan-rakanku..~ =)..amek la banner ni kalau sudi..
www.tips-fb.com

Wednesday, May 4, 2011

::Contest:Leen & Kyerull || Janggut vs Muncung::

Assalamualaikum~


Dalam sibuk berjalan-jalan di alam maya tadi saya ternampak satu contest.Menarik jugak la sebab tak pernah dibuat orang lagi.Hehe.By the way, depa ni sangat kreatif.Jadi, saya rasa nak join sebab ianya sangat menarik dan saya rasa saya layak untuk menyertai contest ini.Apa syarat-syaratnya?Nak tau click Sini


Ini gambar yang saya pertaruhkan untuk contest ni.Actualy,ni gambar time BIG atau Bina Insan Guru yang lepas.Bagi saya,janggut ni adalah pelengkap kepada lelaki.Kalau tak de janggut tak lelaki la.Hehe.Gurau je.Selain itu, kita boleh mengamalkan sunnah.Am i rite?Senang je nak amalkan sunnah ni.Sebelum tu,ape itu sunnah?Sunnah adalah segala perlakuan yang baginda lakukan.Jadi, ini adalah salah satu daripada sunnah tersebut.

p/s:hensem jugak bile ade janggut ni kan..=P
www.tips-fb.com

::kebersihan tanggungjawab bersama::

Assalamualaikum~Sat agi ade kelas.Pape pun update blog dulu.Selagi ade idea kita tulis dulu.Idea ni bukan bertahan lama sangat.Ia umpama nasi saya yang cepat basi macam nasi saya semalam.Hehe.Ade pulak kan?

Kebersihan itu separuh daripada iman.Saya rase semua orang tahu benda ni.Tapi biasa lah manusia,tahu benda tu tak boleh,tak baik,tak bagus,tapi benda tu jugak la yang nak dibuatnya.Macam merokok jugak la.Semua orang tahu benda tu tak elok untuk kesihatan dan haram tapi ramai je nak try,test dan apa-apa lah.Last-last ketagih.Bukan salah perokok je.Yang jual pun bersalah.Nanti pandai-pandai la jawab ye.


Seperti mana yang kita tahu,kebersihan ni sangat penting kerana ia menggambarkan diri kita.Kalau kotor pakaian kita dan rumah kita maka itulah yang menunjukkan diri kita.Mungkin kita selekeh dan tidak mementingkan kebersihan.So,macam mane nak khusyuk dalam beribadah?Salah satu cara nak khusyuk dalam beribadah adalah berpakaian bersih dan melakukan ibadah di tempat yang bersih.Jadi,apa komen anda?

Apa yang saya nak tekankan kali ni adalah mengenai kebersihan tandas.Ya!memang kita tahu tandas memang tempat yang kotor.Tapi kebersihannya tetap kita perlu jaga.Untuk apa ye rakan-rakan?Untuk keselesaan pengguna.Saya pasti rakan-rakan semua mesti tak selesa jika menggunakan tandas yang kotor.Saya akuinya kerana saya sendiri melalui benda yang sama.Kekecewaan saya bertambah apabila ada juga tandas surau atau masjid yang dibiarkan kotor.


Sebagai seorang muslim,kebersihan itu amat dititikberatkan.Jadi, apa salahnya jika kita telah menggunakan tandas yang kotor dan kita membersihkannya.Jangan menambah kekotoron itu dan memberi beban kepada orang lain.Dapat pahala kan jika kita ikhlas?Bukan payah pun,just sembur sedikit air ataupun tarik flush.Senang je nak dapat pahala kan?


Jadi kepada rakan-rakan di luar sana,apa salahnye sekali sekala kita guna tandas yang kotor dan bersihkan ia.InsyaAllah kita kan dapat manfaat dari usaha kita itu.Jangan pilih tandas yang bersih je ye =P.Ini lah yang dikatakan kebersihan tanggungjawab bersama. www.tips-fb.com

Tuesday, May 3, 2011

::stress berbloging::

Assalamualaikum~Hari ni cuaca ok.Yang tak ok nye nasi saya yang rase macam dah basi.Ish-ish.Saya pun jadi tak ok.Tapi nak buat macam mane.Redha je la kan.Dah nasib lah labu.Hehe

Percaya tak berbloging ni kadang-kadang boleh buat kita stress.Ini pengalaman saya dan beberapa rakan blogger yang lain.Pelik kan?Bukan berbloging ni tempat nak release tension ke?I mean tempat kita luah perasaan dan kurang lah stress tu kan?


Ada betulnya.tapi saya bukan jenis yang melepaskan emosi di blog.Bagi saya,tempat terbaik untuk kita meluahkan perasaan adalah kepada Allah dan orang yang kita percaya.Blog ni adalah bacaan umum.Kalau nak berkongsi ilmu,blog memang medium yang sangat tepat.

So, macam mane nak elak dari stress ni?

1.Berbloging perlu ikhlas-Eh,berbloging pun nak ikhlas ke?Itu sudah pasti!Apabila kita ikhlas,apa yang kita nak sampaikan pasti akan sampai kepada pembaca,Then kita dapat pahala.Kan-kan?
2.Jangan mengaharapkan follower,komen dan seangkatan dengannya-Bila kita berbloging,kita jangan terlalu mengaharapkan orang akan follow kita.Siap dah sasaran nak 1000 folllower malam ni jugak.Kalau tak sampai sasaran memang kita akan stress.Dengan kata lain jangan terlalu mengharap dari orang lain,nak komen banyak,nak orag like.Tak perlu semua tu.


3.Bukan kerana trafik-kebanyakkan blogger ni mengharapkan trafik yang banyak.jadi satu hari tu mahu 4 hingga 5 entry.Jadi kualiti emtry yang dihasilkan semakin berkurangan.Masalahnya berlaku bila entry banyak dah dipost tetapi orang tak datang baca.Sure stress punye.
4.Entry mengikut mana yang mampu-Ada juga sesetengah blogger yang menetapkan satu hari 3 hingga 4 entry.Ini akan memberi masalah kepada blogger .Nasihat saya,bile ada idea baru menulis.Tak perlu terlalu perah otak dan tergesa-gesa ingin membuat entry baru.Bagi pembaca peluang membaca entry anda yang sedia ada.


5.Jangan terlalu dengar kata orang lain-Ini merupakan faktor yang sangat penting untuk mengelakkan masalah stress dalam berbloging.Kita tidak perlu terlalu mendengar kata-kata atau komen orang lain.Blog kita tak best la.Tak matang la.macam-macam lagi.Yang penting kita enjoy menulis dan perbaiki dari hari ke hari.InsyaAllah kita akan menjadi penulis yang hebat.
6.Pastikan emosi menulis dalam keadaan yang stabil-Kalau nak menghasilkan entry baru pastikan emosi kita dalam keadaan yang stabil.Kalau tak stabil,entry kita akan menjadi tak stabil dan pembaca juga menerima nasib yang sama.Jadi ia juga akan memberi kesan kepada kita kerana tidak berjaya menghasilkan entry yang baik.


Sebenarnya banyak lagi cara nak hilangkan masalah stress ketika berbloging.Nasihat saya,kita perlu ikhlas berbloging.Secara tidak langsung trafik,follower dan komen akan datang dengan sendirinya.Nasihat ini untuk diri saya juga~ www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...