Assalamualaikum~
Hari ni bangun awal.Hajat nak study di pagi hari.Orang kata study pagi-pagi ni senang masuk.Betul ke?Mudah-mudahan.Semuanya dengan kehendak Allah kan?Apa sekali pun boleh terjadi.
Kepada mereka yang dah bangun ni.Ampa solat subuh pukul bape tadi?Hah!Tak solat?Awat cam gitu ceq oi.OOO..Tak leh solat.Paham-paham.Tapi kalau lelaki jangan nak mengada ye.Saya sekeh kunk.
Kita perlu menjiwai setiap perbuatan kita agar kita dapat merasai nikmat apa yang kita buat itu.Contoh la kalau wanita-wanita kat luar sana yang menitiskan air mata kalau tengok cerita melayu atau korea anda jangan pelik.Itu maknanya mereka menjiwai cerita tersebut.Seakan-akan depa yang berlakon tu.
Hal ini sama juga dalam solat.Kalau kita dapat menjiwai atau khusyuk dalam solat pasti kita akan merasai nikmat solat itu.Kita tak akan rasa penat dalam melakukan solat dan lebih banyak solat-solat sunat yang akan kita lakukan.Percaya tak?
Bagitu hebatnya nikmat solat ini kan?Saya akui,memang sukar untuk mendapatkan khusyuk ketika dalam solat.For sure dalam solat pasti kita fikirkan banyak perkara. "Nak makan ape ek lepas ni?" , "Nak update blog la lepas ni.Nak buat entry macam mane nak khsyuk dalam solat".Hehe.Padahal tengah solat tu kan.
Yang pertama,sebelum solat,kita perlu pastikan pakaian yang kita pakai itu bersih dan sesuai untuk solat.Jangan pakai baju yang ada lambang-lambang rock,tengkorak dan lain-lain.Ini akan menganggu fikiran orang lain termasuk pak imam "Eh,budak ni.Nak solat ke nak pi konsert" (kata pak imam dalam hati).
Yang kedua,pastikan tempat solat anda bersih dari segala kotoran.Kotoran-kotoran ini akan mengotorkan pemikiran kita.Hehe.Tak de la sampai macam tu.Tapi kotoran ini akan menganggu solat kita.Kata la tengah khusyuk-khusyuk solat ni tiba-tiba ada tahi cicak di tempat sujud kita.Pasti ia ganggu fikiran kita."Nak sujud tang mana ni?Nak kene senget sikit ni.Kalau kena ni sure batal".
Yang ketiga,amalkan membaca 3 qul iaitu surah an-na,surah al falaq dan surah al-ikhlas sebelum solat.Tujuannya adalah untuk menghindarkan solat kita dari gangguan syaitan.Depa ni bukan boleh tengok kita senang.Lagi-lagi kalau kita nak beribadah.Jahat depa ni kan?
Cara yang keempat adalah dengan kita memahami setiap ayat yang kita baca.Kita faham maksud ayat-ayat itu baru akan timbul rasa takut kepada Allah.Sesungguhnya hukuman Allah itu sangat dasyat bagi mereka yang melanggar perintah Allah.
Yang kelima,buat solat secara berjemaah.Dengan berjemaah kita akan lebih merasai nikmat solat ini.Dengan solat berjemaah juga,kita akan lebih mudah untuk mendapat khusyuk kerana syaitan sukar menganggu mereka yang berjemaah.Lagi pun pahala berjemaah lagi banyak kan?27 kali ganda.Tak nak ke?Jom solat berjemaah(nasihat untuk diri sendiri..Hehe)
Selain itu,kita perlu pastikan wuduk yang kita ambil sebelum solat adalah sempurna.Wuduk yang sempurna mampu membantu kita untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.Disamping itu,ia akan memadamkan dosa-dosa kecil kita.Betul kan?
Yang terkahir,elakkan diri kita dari melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan khusyuk solat kita dan solat orang lain.Maksud saya disini,jangan bercakap ketika orang sedang solat.Silent atau tutuplah handset ketika sedang solat.Kalau ada panggilan ketika sedang solat,ia akan menganggu solat kita dan solat orang lain.Sesungguhnya,tiada panggilan yang lebih penting dari seruan Illahi.
Berikut merupakan sedikit sebanyak tips bagaimana untuk mendapat khusyuk di dalam solat.Tidak lupa juga kepada faktor pemakanan dan juga waktu solat.Buat la solat diawal waktu.Kalau solat diakhir waktu for sure fikiran kita kalut dan cepat nak habis.Betul kan?Saya tak de pengalaman lagi.Kawan-kawan yang cerita.Hehe.
12 comments:
nice entry..like to the power of infinity..=)
selamat hari guru..:)
liyana:=) tq..
zaty:masyeh..
ha a la, kekadang klu solat time nak abes2 waktu. for sure solat tu da jadi cam tunggang langgang...huuh..
tp tu la mmg sush tuk hindarkan kpala otak dari memikirkan sesuatu ketika solat..humm~~masih cuba utk kusyuk..
=)masyeh ingt2.
entry bestt !:)
cinta zulaika:yg penting usaha tu..=)
cik awk:same2..
ekin:hukhuk
tq hakim :)
trime kasih kogsi tips yg sgt berguna..=)
qaseh:WELCOME QASEH..=)
auramurni:same2..
Assalamualaikum..
terima kasih atas nasihat dn prkongsian. insyaAllah, akn diamalkan.
eh, slamat hari guru juga! :)
terima kasih juga ye mira..=)
Post a Comment