Wednesday, May 9, 2012

Novel, aku dan cinta



Lelaki dan novel? Mungkin combination yang tak berapa nak ngam. Tapi kalau diletakkan effort yang lebih, boleh masuk jugak. Ang boleh umpamakan masakan dengan lelaki. Bunyi macam tak berapa nak ngam kan? Tapi kalau ang dah try sekali masakan chef lelaki, kompem ang nak lagi. Tu belum try masakan guwa lagi tu..Hakhak


Actualy dua tiga minggu ni guwa agak sibuk mengkhatamkan novel yang guwa beli dengan duit titik peluh guwa sendiri. Ini satu pengorbanan yang sangat besar bagi seorang lelaki. Novel? Selalu lelaki habiskan duit beli rokok. Beli handset baru. Paling cikai pun beli jersey baru. Lagi-lagi musim Euro yang nak kunjung tiba tak lama lagi ni.


Tapi guwa? Novel...


Sebenarnya bukan la duit guwa sangat pun. Guwa guna baucer yang semua student satu malaysia dapat. Saje guwa nak tukar hobi lama guwa kepada membaca. Paling kurang, guwa dapat isi masa lapang dan study week guwa. Jadi night story book pun boleh..


Jadi saja guwa nak share novel-novel yang guwa beli dengan ang. Pertama adalah novel 'untuk tiga hari' karya ahadiat akahsah. Penulisan yang santai dan matang. Kena la dengan jiwa guwa yang matang ni. Ngeh..ngeh..




Novel ni mengisahkan tentang satu pasangan yang telah lama bercinta tetapi terpaksa berkahwin mengikut pilihan keluarga masing-masing. Bila jadi macam ni, depa tak sanggup menolak pilihan famili sebab takut terlukakan hati kedua orang tua.


So, depa telah membuat satu perjanjian. Depa akan mintak cerai daripada pasangan masing-masing selepas tiga hari. Dalam tempoh tiga hari tu, adengan sentuh-menyentuh dilarang sama sekali.


Novel yang kedua yang guwa dah khatamkan adalah novel 'aa + bb' karya Hlovet. Penulis novel yang ni agak misteri kerana tak de siapa yang tahu siapa sebenarnya beliau ni. Yang peminat-peminatnya tahu, beliau adalah seorang wanita. Misteri kan? Ke guwa yang buat-buat misteri ni?




Novel yang lain tapi benda yang sama nak diceritakan iaitu bercinta selepas kawen adalah terbaik tetapi jalan ceritanya berbeza dengan 'untuk tiga hari'. Novel ini mengisahkan seorang perempuan dan seorang lelaki yang dulunya selalu bergaduh ketika di zaman persekolahan tetapi akhirnya berkahwin selepas masing-masing berjaya mencapai cita-cita.


Yang uniknya, si lelaki merupakan seorang enginer dan si perempuan adalah seorang doktor. So, siapa kata enginer dan doktor tak boleh bersama? Kalau dengan cikgu lagi ok kot..Hakhak


Dan novel yang guwa sedang cuba khatamkan selepas empat hingga enam kali terlena ketika membacanya, Contengan jalanan karya 'Hlovet'. 


Guwa terlena bukan sebab novel ni tak best. Tapi sebab guwa yang memang kuat tidur..




Novel yang ni lain daripada yang lain. Novel ni menceritakan mengenai sekumpulan remaja yang hidup seperti remaja-remaja lain dimana muzik dan seni tak boleh dipisahkan. Tapi akhirnya, depa sedar yang hidup depa ni kosong.


Novel ni lebih menceritakan mengenai pengalaman perjalanan mencari tuhan.


Bagi guwa, para lelaki kat luar sana patut mencuba membaca novel-novel seperti yang guwa senaraikan ni. Bukan je dapat mengisi masa lapang ang, malah dapat mengajar ang beberapa perkara seperti bercinta lepas kawen tu lagi best, syok dan terbaik.


p/s:exam dah dekat.Doakan guwa dengan kengkawan ok. www.tips-fb.com

25 comments:

sea_lavender said...

novel2 Hlovet salu dgr... namun tak berpeluang membaca heee...
mybe coz da ske pd penerbit alaf21 nk cari situ je..hehe tapi kdg2 bce yg len gak ble sinopsis menarik ^_^
best of luck 4 yur exam coming soon ~~

al_hakim said...

sea lavender-try bace..best,,btw tq =)

Kira Kekuri said...

lelaki dan novel? nmpak sweet. C:
wahh hovel Hlovate! dah lama cari tapi x jumpa.

al_hakim said...

kira kekuri:tak kan tak jumpa?pi popular.kalau tak de boleh buat tempahan dekat popular..

Fasihah Supian said...

I love HLOVATE. =D

Dkna Abza said...

Macam bwst je novel nie. Nak pinjam boleh? Jom kita studooooo sesama sblm exam hehehe

xxxxh said...

yes ! adore sangat kat hlovate. hehe. paling favorite versus ngan rooftop rant XD

uyaitusaya said...

hoo..byk lagi novel hlovate..serius kena cari. n baca. saya suggest kt awak ked's story.:)2 baru 2 y awak baca..

al_hakim said...

kak fasihah:same la kite..lala~

adyla:boleh2..sejam singgit..=P

ezzaty:yg tu tak bace lagi..

uyai:ok nanti nak cari..

Syafiq Ahadin said...

aku sekarang tergila2 novel....

dalam list yang dah bace 2... sedang 2... dan akan dalam 11 buah lagi... woahaaa!!!!

C-Tie said...

jarang ada lelaki yg rajin wat review psl novel mcm awk nih... hehe.

sy suggest awk bca nvl 5 tahun 5 bulan karya Hlovate..

al_hakim said...

syafiq:ko tiru aku pe?hehe

ctie:kite kena buat lain dari lain..owh ok nanti nak try bace..

Norhasfiza Roosli said...

hlovate terbaek wehh! haha.. tp ade satu novel tajuk sweet sour.. lg terbaek! :) sila baca..sila baca.. :P

Norhasfiza Roosli said...

hlovate terbaek! tp ade lg satu novel, jemari seni gak yg publish.. tajuk sweet sour..lg terbaek! hehehh

ezyra taharin said...

tkde mslh pon laki ske bce novel..
cool je la kan hehe
btw novel y 2nd uwhh zyra da bce..
lehh tahan laa hehe

al_hakim said...

sweet sour ye..ok t cari..

ezrya:mmg best pun..

Eein Azryn said...

Lama dah tak baca novel. Huhu. Good luck!

al_hakim said...

terima kasih eein =)

Umie Naziera said...

1 novel sy boleh habiskan dlm sehari..wawawa..addicted :D

al_hakim said...

umie:tak hairan la..org perempuan..=P

[wani_mn] said...

novel hlovate sungguh tak mengecewakan. XD

kusyi said...

tgh berusaha habiskan novel hlovate, contengan jalanan.. huhu.. lelaki dan novel tidak boleh dipisahkan. ibarat irama dan lagu. ?? rekaan semata-mata. ahaha~

al_hakim said...

kusyi:itu auta..hehe

Unknown said...

Novel Hlovate memang best :D

Unknown said...

akk lak xbape layan hlovate

aa bb

ngn 5 taun 5 bulan je

pastu da xminat

maybe genre xsame kot

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...