Tuesday, April 24, 2012

Orang-orang tua kata..

Masa baby-baby dulu, ramai diantara kita yang baru je nak kenal dunia dah dihulurkan dengan kemewahan harta benda. Boleh kena kejutan budaya! Ini same dengan guwa yang diberi kasih sayang dan keselesaan yang cukup. Tak de sikit pun cacat celanya. Yang kurangnya cuma masa tu guwa tak pandai nak ucap terima kasih. Kalau pandai, dah lame guwa ucapkan terima kasih pada kedua orang tua guwa! Tima kacih ibu ayah(dalam bahasa baby)! Tak terkejut ke depa nanti? Kalau macam tu lebih baik guwa ikut baby-baby normal yang lain..melalak sepanjang masa..


Bila semakin besar, baru guwa tahu yang hidup ni tak sebebas macam burung merpati yang terbang di awangan. Tak mudah macam masa guwa baby dulu bilamana masa tu guwa tak perlu nak perah otak dan tulang keringat untuk mencari duit. Bila lapar menangis! Nanti dapat la botol susu. Bila beyak, menangis! Nanti hilang la segala bau dan kotoran tu. Mudah..mudah..




Masa baby jugak, tak perlu buat sebarang keputusan yang boleh memecahkan kepala otak. Dan yang paling penting, tak perlu nak fikir pasal kawen. Ye! Kalau kawen, guwa yang lelaki ni jugaklah yang nak kena gasak tulang yang tak berapa nak yakin kukuhnya untuk mencari duit sebagai hantaran kahwin. Tapi guwa yakin, seorang pasangan yang baik, dia tak kan charge mahal-mahal punya. Nabi pun pernah bersabda, perkahwinan yang baik tu adalah perkahwinan yang rendah wang hantarannya. Lega hati guwa bila jumpa ayat ni..Hakhak..


Itu masa baby punye cerita. Sekarang zaman dah berubah. Mane ada orang dalam dunia ni yang pakai handset nokia 3310 lagi. Kalau ada pun just untuk security. Buat-buat ada anjing menggila datang dekat. Baling sekali kat kepala anjing tu sure pengsan untuk dua tiga hari. Apatah lagi kalau kena baling tiga empat kali. Mau baik penyakit gila anjing tu. Nak tunjuk dia punya maju, even orang asli pun dah ade astro sebijik terpacak kat atas atap masing-masing. Memang dah maju..


Tapi dalam kemajuan tu, kita stil kena dengar cakap orang tua-tua kita. Orang kata, bila kita dengar cakap orang tua ni, hidup kita akan lebih diberkati. Walaupun zaman depa tak secanggih dan semaju kita, tapi manakan datangnya Ipad tanpa ciptaan nokia 3310 oleh depa-depa yang veteran ni..Arwah mungkin..




Nak dijadikan cerita, bila masuk alam remaja ni, ramai kengkawan guwa yang bercinta. Kalau dalam satu kelas yang ada 21 orang, guwa yakin 18 daripada angka 21 tu dah ada pasangan mengikut citarasa dan perancangan yang tersendiri. Daripada depa jugaklah guwa belajar banyak perkara. Perkara pelik,separa pelik dan tak pelik semua ada!


Dalam reramai member guwa yang bercinta, ada yang percaya 'time bercinta tak boleh bagi pasangan kita pakaian macam baju'. Nanti jodoh tak panjang. Guwa tanye la mana dia dengar benda ni? Orang lama yang kata macam tu..


Bagi guwa, cara orang-orang tua nak sampaikan sesuatu tu agak berbeza dengan style kita. Kalau kita, direct! Tapi depa indirect! Maksudnya, kita kena fikir dalam-dalam apa yang depa kata baru kita akan paham. Kalau kita jenis yang tak berfikir atau malas berfikir, memang akan lain dan salah tafsirannya..


Contohnya. Orang dedulu cakap, jangan menyanyi masa kat dapoq. Nanti dapat pasangan yang jauh lebih tua dari kita. Itu apa yang kita dengar. Sebenarnya, depa nak kita jangan terlalu happy masa kat dapoq. Nanti kita leka dan tak sedaq apa yang kita potong dan masukkan dalam masakan kita tu. Silap-silap boleh terpotong jari sendiri. Jari ok lagi! Kalau terpotong tangan macam mane? Kan dah kurang wang hantaran kawen tu!..Haha..


Kalau kita berfikir secara kritis, baru kita tahu yang orang tua kita tak nak kita habiskan duit pada seseorang yang belum pasti jadi milik kita. Tapi kenapa orang dedulu tak cakap jangan bagi pasangan kita sebijik BMW je? Nanti jodoh tak panjang..Kalau ada BMW masa tu, mungkin ayat dia lain sikit la kot. 'Jangan bagi pasangan kita BMW. Nanti bankcrup! Ko tu dah la kerja kerani je.'..pffft~ Kan dah panjang ayat tu..


Itu style orang lama. Sebab tu la kita kena sabar dalam memahami orang tua kita. Jangan anggap depa macam kengkawan kita sebab depa bukan sezaman dengan kita. Tapi kita kena tahu. Kalau kita dapat jaga orang tua kita dengan baik, syurga janjiNya..



www.tips-fb.com

7 comments:

Syakir Rahman said...

Alhamdulillah... moga kita tidak lupa akan jasa org tua2 kita...

Kira Kekuri said...

dengar kata org tua, itu yg terbaik. :)

cik najihah said...

kate2 org tua mujarab..ape yg die cakap tu selalu betul

fatin amalina husna said...

insyaALLAH..^^
nice entry..tringat balik org-org tua ckp..

Umie Naziera said...

petua org2 tua tu bagus,tpi kita plak salah tafsir,dh larii maksudnya..

Adylia Qarissa said...

Mereka makan garam dari kita lebih awal. Pengalaman dorang yang mengajar kita hari nie.

Yaya Azura aka Naz Azra said...

org tua nie nasihat dorang berkias-kias tapi dalam maksudnya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...