Friday, April 20, 2012

PTPTN dan RIBA

Agak lama jugak aku tak menulis sesuatu dalam blog aku nih. Biase la, bila bergelar student memang agak banyak tanggungjawab yang nak disetle kan.So far, alhamdulillah segala tanggungjawab tu berjaya aku laksanakan. Kalau dalam rumah tangga, orang kata tanggungjawab suami tu semua cukup terlaksana.Ceyh, ada ciri-ciri suami soleh aku ni. Hakhak..

Tapi macam agak tak berkaitan contoh aku tu kan?Ahh..pedulik apa! Kalau sebut pasal kawen je korang senang paham. Ye la, masing-masing tak sabar nak kawen..

Actualy sejak kebelakangan ni aku rajin menghadirkan diri dalam group usrah aku. Nak cari jalan yang lurus la katakan. Aku tau, kalau aku tak start sekarang, bila lagi aku nak start buat benda-benda yang macam ni. Nak tunggu umur 30 atau 40? Kalau sempat jejak umur tu. Sekarang ni bukan je ramai yang kawen muda, mati muda pun boleh tahan ramainya. So lebih baik aku prepare awal-awal. Orang utagha kate, biaq awai tak kalut..


Nak dijadikan cerita, pada usrah yang lepas kami telah membincangkan mengenai isu PTPTN yang semakin hangat di negara kita..

Sebagai seorang penuntut di IPG, isu PTPTN memang tak kedengaran walau sedikit pun di pelusuk tempat aku belajar. Tapi aku sebagai rakyat Malaysia stil boleh merasa kehangatan isu ni..

Macam yang kita tahu, PTPTN ni mengamalkan sistem riba. Semakin lama si peminjam tangguh pembayaran balik, maka akan semakin banyak kenaikan yang akan dikenakan kepada si peminjam. Betul kan? Aku main tulis apa yang aku dengar je ni. Kalau silap sila betulkan ye..


So, dalam team usrah aku tu, aku try tanya pendapat ikhwah-ikhwah yang jauh lagi hebat dari aku. Apa pendapat mereka mengenai isu ni. Kalau nak diikutkan, kalau kita dah tau PTPTN ni mengamalkan konsep riba, memang kita kena terus jauh dari sistem ni. Tak payah nak mohon pinjaman bagai semua tu.

Kalau ikot logik akal yang waras, orang senang dan berada memang tak kan terhingin walau sikit pun nak pinjam PTPTN. Cumanya ia akan menjadi masalah pada orang yang berkehidupan sederhana dan dalam golongan susah. Mana lagi sumber pinjaman yang boleh dimohon kalau bukan PTPTN?

Bagi aku, kerajaan perlu corcern benda-benda macam ni. Kata je negara Islam tetapi budaya dan amalan Islam tu tak diterapkan dalam sistem negara. Apa jadah? Ni yang nak marah ni! Ahakz..

Dan dalam perbincangan kami tu, seorang ikhwah yang merupakan peminjam PTPTN memberikan pendapat beliau macam mane nak setlekan masalah riba ni.

Pendapat beliau:


Firstly kita kena tahu yang sistem riba ni akan berjalan kalau kita lambat setlekan pinjaman kita tu. So, cara yang ukhwat ni buat, selepas graduate, beliau terus membuat pinjaman pada pihak yang tak menjalankan sistem riba untuk setle kan hutang piutang PTPTN beliau ni tadi.

Secara kasarnya, beliau berhutang dengan orang lain untuk setlekan hutang PTPTN ni tadi. Bagi beliau, lebih baik setlekan hutang ni dulu sebelum lebih banyak yang perlu dibayar.

**********************************************

Bagi aku, ini jalan yang terbaik untuk menggelakkan dari terlibat dengan sistem riba ni. Ke korang ada jalan or cara lain? Meh share dengan aku...

p/s:Tanganilah isu ini dengan sebaiknya.Sesungguhnya, setiap masalah yang Allah cipta tu ada jalan penyelesaiannya..
www.tips-fb.com

4 comments:

Budak Gigi Arnab said...

lagi senang, belajar betol2.. dapat 1st class degree..setel! pinjaman jd scholarship..huehuehue

al_hakim said...

amboi..kalau semua dapat scolar mmg bankcrap ptptn..hhee

Eera Shera said...

btul jugak cara kwn tu byr balik..bleh ikut nnt. yela tepaksa pnjm. kalo x mmg x smbg la ;)

miszatie said...

1st: PTPTn memang jalankan sistem RIBA..bergantung pd dr sdr untuk decide trime atau x..tp student skang asal dpt duit je memang x ingt dunia..then kebanyakannya dah keje x nak bayar..pastu bising2..aiyooo

so cara kawan awak td sgt la btol..ape2 pasal perkara ni boleh refer to ustaz zaharuddin.net..
masa usrah ktorunk pun ade bncg pasal bnd ni..
its sad sebab org br realize..

so belajarla btol2 smpi dapat 1st degree or melayakkan dr untuk dpt scholar..so bnd2 ni x kan jd n anda x kan terlibat..insyaallah..:)

peace no war~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...