Friday, March 23, 2012

review filem-7 petala cinta

Assalamualaikum cinta..
Waalaikumussalam rindu..


Eh dah. Jangan nak start bercakap pasal cinta. Kalau dah start masuk bab cinta, memang tak kan ada penghujung la jawapnya sebab cinta ni luas seluas luasnya. 7 petala guwa habaq ang. Hakhak. So better jangan ada sesiapa yang mulakan ok? Tapi, guwa nak review filem cinta ni. =.=




"di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi, ada 7 petala cinta.."


Secara jujurnya, trailer filem ni telah membuatkan hati guwa meronta-ronta untuk menontonya. So, disebabkan guwa manusia yang lemah, lepas 'ter'tengok trailer filem ni kat tibi, guwa on the spot capai kunci kereta and drive ke panggung wayang yang berdekatan. Ah! Guwa tewas!(detik hati kecil guwa)..




Secara kasarnya, filem ini berkisarkan mengenai cinta seorang lelaki iaitu Ahmad Fakhrudin Hatta terhadap seorang wanita yang tidak pernah dilihat pun wajahnya. Kerana peribadinya yang cantik dan percakapannya yang sopan, Saidatul Nafisah, telah membuatkan Hatta yang dulunya seorang yang jahat jatuh cinta padanya. Hatta tidak menyatakan  perasaannya kerana dia tau dia tak layak untuk wanita yang baik seperti Saidatul Nafisah. Pada masa yang sama, Saidatul Nafisah merupakan tunangan kepada Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar...


Maka, berlakulah beberapa konflik dalam cinta tiga segi itu..


"Cinta bukan melemahkan..tapi menguatkan.." 


Bagi pendapat peribadi guwa, dengan terwujud dan terterbitnya filem seperti ini, ia dapat bukak mata pengarah lain untuk membikin filem-filem islamik seperti ini. Walaupun banyak kekurangan dalam filem ni seperti pergaulan sosial yang masih tak terbatas, cara berpakaian niqob yang kurang betul, namun ianya tetap satu filem yang baik kalau nak dibandingkan dengan filem-filem yang lebih ke arah keganasan. Jujurnya, guwa tak suka ganas-ganas ni. Guwa pencinta kesopanan dan kesusilaan ok.


Bila korang tengok filem ni, sikit sebanyak korang boleh tahu macam mane life bebudak yang study kat pondok dan madrasah. Cumanya guwa rasa pengarah filem ni kurang buat kajian macam mane life bebudak sekolah pondok sebab banyak mistake dalam filem ni. Mana ada bebudak pondok berbual berdua-duaan antara lelaki dan perempuan. Ini mistake!


Tapi filem ni dah ajar guwa banyak perkara. Antaranya:


1.Sejahat mana pun kita, Allah tetap akan mengampunkan dosa kita.
2.Wanita yang berniqob (purdah) ini nice sebenarnya.
3.Kuasa cinta ni sangat kuat. Ia mampu ubah seseorang dari baik ke jahat dan begitulah jugak sebaliknya.
4.Salah satu kecantikan wanita terletak pada peribadinya.
5.Nak berubah itu bukan mudah. Nak istiqamah lagi payah.
6.Mai wayang cepat sikit sebab guwa dah terlepas 15 minit. Ciss..


Kalau ada 10A, untuk filem ni guwa bagi 7A je. 7A kira ok la. Lepas kalau nak sambung study dalam negara. Hakhak..


p/s: hidayah Allah ini umpama cinta sejati. Ia bukan untuk ditunggu, tetapi untuk dicari..



www.tips-fb.com

21 comments:

Syafiq Ahadin said...

ang dapat 7A spm tu pasai bagi gred 7 je... haha!
aku nak tengok juge cite ni, tapi spnjang idop, aku tak pernah tengok wayang melayu kat panggung. ahahahaha!
agak kejam.

Unknown said...

:) nice

Elih Japahar said...

"Sejahat mana pun kita, Allah tetap akan mengampunkan dosa kita"..tapi manusia yg jahat tetap dihukum manusia..sedangkan Allah itu maha mengampuni ! hermm..

Lum tengok movie ni, planning nak tgok jg hehe..

al_hakim said...

syafiq:same la kita..haha

al_hakim said...

azam: tq =)

al_hakim said...

elih:manusia..biase la tu

najihah sahami said...

Sama lah.teruja nk tgk cter ni.hjung mggu ni nk bertenggek kat wayang lah.haha.weh,ang pegi ngn sape?

al_hakim said...

najihah:hah..pi jgn tak pi..pi ngan sape?sorg2 je..

atikah ghazali said...

akhirnya. buat jugak review. nice :)

Fid"s said...

nice movie... gua rasa nak tengok

al_hakim said...

atikah:hukhuk..tq sudi jenguk blog ni..

al_hakim said...

fid:lu pergi ja..haha

Ana Farhana said...

dh lme x tgk wyg..

[wani_mn] said...

gua baru nak tengok cerita ni harini. ada yg kata tak best, ada yg kata best, ada yg kata biasa2. yg pasti gua tak tgk sendiri wlupun sbnrnya bleh je tunggu masuk astro 1st. haha. nampak tak besarnya penangan cerita sbb dah buat gua terkinja-kinja nak tengok. haha :D

Azza Love Journey said...

1st taw ade cite ni tros jatuh cinta even xtgk trailer agy..hehe

al_hakim said...

huu..biase la..

BungaTulip said...

baru tgk cite ni semalam..ok la, cuma tang ending agak mengecewakn ckit.hehe..ada cinta yg xb'balas.chewah :)

BungaTulip said...
This comment has been removed by the author.
BungaTulip said...
This comment has been removed by the author.
MulutPayau said...

akak pun teringin nak tengok jugak...
Suka ngan kata2.."cinta bukan melemahkan, tapi mnguatkan"....

Cik Aqilah Wardah said...

x suka cite ni.. x suke.. x suke.... hohoho...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...