Waalaikumussalam rindu..
Eh dah. Jangan nak start bercakap pasal cinta. Kalau dah start masuk bab cinta, memang tak kan ada penghujung la jawapnya sebab cinta ni luas seluas luasnya. 7 petala guwa habaq ang. Hakhak. So better jangan ada sesiapa yang mulakan ok? Tapi, guwa nak review filem cinta ni. =.=
"di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi, ada 7 petala cinta.."
Secara jujurnya, trailer filem ni telah membuatkan hati guwa meronta-ronta untuk menontonya. So, disebabkan guwa manusia yang lemah, lepas 'ter'tengok trailer filem ni kat tibi, guwa on the spot capai kunci kereta and drive ke panggung wayang yang berdekatan. Ah! Guwa tewas!(detik hati kecil guwa)..
Secara kasarnya, filem ini berkisarkan mengenai cinta seorang lelaki iaitu Ahmad Fakhrudin Hatta terhadap seorang wanita yang tidak pernah dilihat pun wajahnya. Kerana peribadinya yang cantik dan percakapannya yang sopan, Saidatul Nafisah, telah membuatkan Hatta yang dulunya seorang yang jahat jatuh cinta padanya. Hatta tidak menyatakan perasaannya kerana dia tau dia tak layak untuk wanita yang baik seperti Saidatul Nafisah. Pada masa yang sama, Saidatul Nafisah merupakan tunangan kepada Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar...
Maka, berlakulah beberapa konflik dalam cinta tiga segi itu..
"Cinta bukan melemahkan..tapi menguatkan.."
Bila korang tengok filem ni, sikit sebanyak korang boleh tahu macam mane life bebudak yang study kat pondok dan madrasah. Cumanya guwa rasa pengarah filem ni kurang buat kajian macam mane life bebudak sekolah pondok sebab banyak mistake dalam filem ni. Mana ada bebudak pondok berbual berdua-duaan antara lelaki dan perempuan. Ini mistake!
Tapi filem ni dah ajar guwa banyak perkara. Antaranya:
1.Sejahat mana pun kita, Allah tetap akan mengampunkan dosa kita.
2.Wanita yang berniqob (purdah) ini nice sebenarnya.
3.Kuasa cinta ni sangat kuat. Ia mampu ubah seseorang dari baik ke jahat dan begitulah jugak sebaliknya.
4.Salah satu kecantikan wanita terletak pada peribadinya.
5.Nak berubah itu bukan mudah. Nak istiqamah lagi payah.
6.Mai wayang cepat sikit sebab guwa dah terlepas 15 minit. Ciss..
Kalau ada 10A, untuk filem ni guwa bagi 7A je. 7A kira ok la. Lepas kalau nak sambung study dalam negara. Hakhak..
p/s: hidayah Allah ini umpama cinta sejati. Ia bukan untuk ditunggu, tetapi untuk dicari..