Tuesday, May 29, 2012

Gigihnya seorang wanita

Selama guwa hidup 21 tahun dalam dunia ni, guwa yakin yang semua orang dalam dunia ni tahu bahawa orang perempuan memang tak boleh nak dibandingkan dengan orang lelaki kalau dibuat perbandingan dari segi kekuatan. Guwa yakin dan pasti jugak kalau ang tanye kucing ang yang tak pi sekolah tu pun dia akan jawab benda yang sama. Orang lelaki lagi kuat dari orang perempuan. Tapi dalam bahasa depa la. Meoww¬


Itu fitrah..


Tapi sepanjang guwa hidup ni jugak, orang lelaki memang tak boleh nak kalahkan orang perempuan dari segi kegigihan.




Tak payah ang nak jadikan maria syarapova yang gigih melakukan training setiap hari sebagai contoh. Tak perlu jugak ang nak jadikan mak cik-mak cik cleaner yang gigih bekerja untuk mencari rezeki anak-anak. Cukup lah ang jadikan mak ang sebagai contoh yang terbaik.


Gigih golongan-golongan emak ni mengandungkan anak-anak selama sembilan bulan. Sepanjang tempoh tu, terpaksa melayan karenah ang yang berbagai-bagai dan beraneka ragam. Nak makan itu, nak makan ini. Lepas tu tendang-tendang perut mak ang. Anak derhaka! Kemudian emak ang perlu tahan sakit bersalin nak keluarkan ang. Gigihkan?


Kalau orang lelaki, mengandung je bertahun-tahun. Tapi takut nak bersalin..tak gigih langsung. Tapi kuat la sebab boleh tahan bertahun-tahun berbadan dua. Keh keh keh..


Itu hal nak buat ang. Belum masuk bab exam lagi. 


Belum sempat kuar jadual exam lagi, orang perempuan dah sibuk study. Penuh library dengan kaum hawa. Orang lelaki mana? Sibuk online dan game yang tak de penghujungnya. Itu gigihnya orang perempuan. Sediakan payung sebelum hujan. Berjaya atau tak itu belakang cerita. Yang penting, usaha, usaha dan usaha. Orang lelaki? Buat ape nak study awal-awal. Nanti lupa..


Kegigihan ni bukan sekadar dalam kehidupan seharian. Dalam bercinta juga wanita lebih gigih dari seorang lelaki. Depa berusaha sungguh-sungguh untuk memastikan kisah cinta depa seperti ending setiap novel dan filem yang berakhir dengan happy ending. Perkahwinan la..Tak seperti orang lelaki. Ada jodoh ade la..


Kegigihan wanita ini tak berakhir begitu sahaja. Lepas kawen, pasti depa akan berusaha dengan gigih untuk membentuk family yang baik. Walaupun itu tugas ketua keluarga, namun depa tahu yang depa merupakan pembantu kepada ketua keluarga. Bilamana ketua keluarga tiada, secara automatik jawatan dan tanggungjawab itu beralih kepada isteri.


Itu gigihnya seorang wanita..


Tapi jangan hairan kalau kegigihan tu terbawa-bawa ke shoping kompleks atau kedai runcit yang berdekatan. Gigih meniliti setiap barang yang ada. Dalam bab ni lelaki kena mengalah sikit la. Gigihkan diri untuk teman isteri. Sure isteri happy. Nak makan ape abang cakap aje. Ayang boleh masak kan. Haha..


Yang pastinya, gigih itu sifat istimewa seorang wanita..



www.tips-fb.com

15 comments:

Izzati Tatie said...

wahhh..kembang hidung sye bace entri awk nie.hehe..apepun,lelaki pun ade sifat die yg tsendri.yg lagi berat iaitu memimpin dri,keluarga dan plg pntg agama islam.insyaAllah :)

nice entry!

Budak Gigi Arnab said...

cakap pasal baby men tendang2 dlm perut ni, teringat pulak subjek repro.. "anything the mother eat, the nutrient will be taken by the fetus, and the leftover will be taken by mom.. " hehehhhh.. *sekadar selingan..* :P

al_hakim said...

izzati:terima kasih =)

budak GA:ni dasyat sangat ni..haha

Iffah Afeefah said...

akk tak segigih seperti y dsebutkan hehe

Syimi_Nunun said...

Cehh :') Biasa lah tu . Wanita kan hebat . Bangga lah pulok .

cik najihah said...

yup..itulah keistimewaan wanita yg Allah agungkan..
tapi keistimewaan itu selalu x dihargai oleh kaum adam..sesetengahnya..

UniMeOw said...

yeah..n3 spt inilah yg kita mahu!haha..:p

Umie Naziera said...

yes!yes!yes! terharuuuu :')

Syafiq Ahadin said...

aku dok ngendong buku gak p lebry... hehehehehehehehe!

erma nazillah said...

wah,this is a compliment..pmpuan mmg gigih..sy sokong..hehe..rs mcm dh lama x tgk ustaz hakim update..slmt bercuti..

Budak Gigi Arnab said...

al-hakim : masa tawu fact ni, terus terfikir " dari dalam perut rupenye dah susahkan mak.. " hohoo~

~~faizatul akma~~ said...

hahaha..slps saya bace entri ni..saya rasa, saya ada conflict and complicated identity...saya rase, saya berfikir dan juga bekerja sama saje spt lelaki..hahahaha~

Faizul Osman said...

memang gigih seorang wanita ni... dpt tgok dr sifat mak sy.. kagum!!!

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/05/tandas.html

Adylia Qarissa said...

gigi seorang lelaki yang menaip entry sepanjang ini untuk membuktikan gigih seorang wanita :)

Zul Fattah said...

perumpamaan yg menarik.. hehe.. memang betulapa yg ko ckap.. popuan memang gigih dlm smua hal..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...