Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Monday, October 29, 2012

Lelaki idaman malaya

Salah satu problem yang guwa ada adalah untuk mengingati sesuatu benda untuk satu jangka masa yang panjang. Mudah cerita, guwa pelupa orangnya. Tapi ada certain benda yang memang akan guwa ingat sampai mati.

Dan salah satu benda yang guwa amek endah tak endah adalah mengenai apa yang dah pernah guwa tulis kat belog ni. Macam dah pernah tulis je pasal ciri lelaki idaman wanita ni. Tapi guwa ingat-ingat lupa. Bukan kacang lupakan kulit ye.

Sepanjang 21 tahun guwa di dunia yang sementara ni, pernah sekali guwa bertanya pada seorang awek. Apa ciri-ciri lelaki idaman perempuan malaya? And jawapan dia bagi, awak lagi tahu.

So, guwa nak kongsi apa yang guwa tahu.


1. Lelaki tinggi.

Guwa teramat yakin yang golongan perempuan ni sangat teringinkan lelaki yang tinggi. Jarang-jarang sangat kalau kita tanya pada orang perempuan, depa nak yang pendek dari depa. Kalau pendek, susah nak suruh tukarkan langsir time hari raya nanti. Ini berbeza dengan orang lelaki. Saya terima awak seadanya. Sweet tak awak? hehe.

2. Lelaki cute muka jambu air.

Kalau guwa buat survey dalam 100 orang perempuan, guwa yakin yang 90 percent daripada depa tu kenal mamat-mamat korea. Kalau mamat-mamat korea ni ada depan mata, for sure depa akan berkelakuan macam orang tak berapa nak betul. Macam orang kena sawan pun ada. Terpekik terlolong sane sini. Mungkin disebabkan mamat-mamat Korea ni cute kot. Jarang guwa tanye orang perempuan depa nak yang gemuk gedempol lipat sane sini. Jarang? Tak de rasanya.


3.Suara sedap/pandai main muzik

Pernah la sekali kawan guwa tu kata, nanti kawen dia nak cari yang pandai main gitar. Nanti boleh la main gitar sampai dia terlena. Auuw..sweet kan? Guwa takut tu petikan tali gitar yang terakhir ang dengar kat dunia ni. Cube la cari lelaki yang pandai mengaji dan bertaranum. Pergi mengadap Illahi pun dengan ayat al-Quran sebagai ayat yang terakhir.



4.Pandai main bola

Ciri keempat yang boleh diterima dek akal adalah lelaki yang pandai main bola menjadi idaman para wanita. Lagi-lagi kalau player tu hensem. Pakej siap macam Torres. Tapi disebabkan Chelsea kalah dengan MAN U semalam, guwa tepek gambaq Rooney la noh. Kahkah.


5.Lelaki pandai masak

Lelaki pandai masak ni boleh dikatakan sebagai ciri lelaki idaman jugak la. Kalau kita perasan, orang perempuan sekarang pun dah malas nak ke dapur. So, pandai masak ni merupakan pakej yang mahal bagi seorang lelaki. Actualy tak salah pun orang lelaki nak pandai masak dan menjahit bagai ni. Nabi sendiri pun jahit baju sendiri. Yang salahnya bila lembut auw-auw. Yang tu baru sangat salah. Guwa pun rasa bersalah nak dekat orang yang cenggini.

guwa tak sangka yang guwa tercalon dalam list lelaki idaman malaya.Ahakz!

Setakat ni, yang ni je guwa boleh fikir. Mungkin disebabkan otak tepu dan jem nak kena hapal nota bagai untuk exam dua minggu ni. So far, betul tak ape yang guwa tulis ni? Tapi. Guwa nak buat penambahan.

Lelaki soleh

Mesti ramai yang akan tanya kenapa guwa tak listkan golongan ni dalam list lelaki idaman Malaya. Bagi guwa, depa ni bukan lelaki yang menjadi pujaan wanita-wanita masa kini. Dan depa pun tak ingin jadi hero para-para gadis. Tapi depa ni la yang jadi carian para wanita Solehah.


mungkin dia tak pandai petik gitar. dia tak pandai memasak. dia tak tinggi. dia tak pandai main bola. tapi dia seorang pembimbing yang baik. dia seorang ketua yang baik. dan dia sayang awak kerana Allah. So cuweeet.

Keinginan itu sebenarnya mencerminkan siapa diri kita. 
Nak yang soleh, mungkin diri kita solehah atau mungkin kita ke arah itu. Begitulah sebaliknya.

p/s: time exam la rajin nak update pun. Mohon doa ye kengkawan~

www.tips-fb.com

Tuesday, May 29, 2012

Gigihnya seorang wanita

Selama guwa hidup 21 tahun dalam dunia ni, guwa yakin yang semua orang dalam dunia ni tahu bahawa orang perempuan memang tak boleh nak dibandingkan dengan orang lelaki kalau dibuat perbandingan dari segi kekuatan. Guwa yakin dan pasti jugak kalau ang tanye kucing ang yang tak pi sekolah tu pun dia akan jawab benda yang sama. Orang lelaki lagi kuat dari orang perempuan. Tapi dalam bahasa depa la. Meoww¬


Itu fitrah..


Tapi sepanjang guwa hidup ni jugak, orang lelaki memang tak boleh nak kalahkan orang perempuan dari segi kegigihan.




Tak payah ang nak jadikan maria syarapova yang gigih melakukan training setiap hari sebagai contoh. Tak perlu jugak ang nak jadikan mak cik-mak cik cleaner yang gigih bekerja untuk mencari rezeki anak-anak. Cukup lah ang jadikan mak ang sebagai contoh yang terbaik.


Gigih golongan-golongan emak ni mengandungkan anak-anak selama sembilan bulan. Sepanjang tempoh tu, terpaksa melayan karenah ang yang berbagai-bagai dan beraneka ragam. Nak makan itu, nak makan ini. Lepas tu tendang-tendang perut mak ang. Anak derhaka! Kemudian emak ang perlu tahan sakit bersalin nak keluarkan ang. Gigihkan?


Kalau orang lelaki, mengandung je bertahun-tahun. Tapi takut nak bersalin..tak gigih langsung. Tapi kuat la sebab boleh tahan bertahun-tahun berbadan dua. Keh keh keh..


Itu hal nak buat ang. Belum masuk bab exam lagi. 


Belum sempat kuar jadual exam lagi, orang perempuan dah sibuk study. Penuh library dengan kaum hawa. Orang lelaki mana? Sibuk online dan game yang tak de penghujungnya. Itu gigihnya orang perempuan. Sediakan payung sebelum hujan. Berjaya atau tak itu belakang cerita. Yang penting, usaha, usaha dan usaha. Orang lelaki? Buat ape nak study awal-awal. Nanti lupa..


Kegigihan ni bukan sekadar dalam kehidupan seharian. Dalam bercinta juga wanita lebih gigih dari seorang lelaki. Depa berusaha sungguh-sungguh untuk memastikan kisah cinta depa seperti ending setiap novel dan filem yang berakhir dengan happy ending. Perkahwinan la..Tak seperti orang lelaki. Ada jodoh ade la..


Kegigihan wanita ini tak berakhir begitu sahaja. Lepas kawen, pasti depa akan berusaha dengan gigih untuk membentuk family yang baik. Walaupun itu tugas ketua keluarga, namun depa tahu yang depa merupakan pembantu kepada ketua keluarga. Bilamana ketua keluarga tiada, secara automatik jawatan dan tanggungjawab itu beralih kepada isteri.


Itu gigihnya seorang wanita..


Tapi jangan hairan kalau kegigihan tu terbawa-bawa ke shoping kompleks atau kedai runcit yang berdekatan. Gigih meniliti setiap barang yang ada. Dalam bab ni lelaki kena mengalah sikit la. Gigihkan diri untuk teman isteri. Sure isteri happy. Nak makan ape abang cakap aje. Ayang boleh masak kan. Haha..


Yang pastinya, gigih itu sifat istimewa seorang wanita..



www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...