Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts
Wednesday, May 9, 2012
Novel, aku dan cinta
Lelaki dan novel? Mungkin combination yang tak berapa nak ngam. Tapi kalau diletakkan effort yang lebih, boleh masuk jugak. Ang boleh umpamakan masakan dengan lelaki. Bunyi macam tak berapa nak ngam kan? Tapi kalau ang dah try sekali masakan chef lelaki, kompem ang nak lagi. Tu belum try masakan guwa lagi tu..Hakhak
Actualy dua tiga minggu ni guwa agak sibuk mengkhatamkan novel yang guwa beli dengan duit titik peluh guwa sendiri. Ini satu pengorbanan yang sangat besar bagi seorang lelaki. Novel? Selalu lelaki habiskan duit beli rokok. Beli handset baru. Paling cikai pun beli jersey baru. Lagi-lagi musim Euro yang nak kunjung tiba tak lama lagi ni.
Tapi guwa? Novel...
Sebenarnya bukan la duit guwa sangat pun. Guwa guna baucer yang semua student satu malaysia dapat. Saje guwa nak tukar hobi lama guwa kepada membaca. Paling kurang, guwa dapat isi masa lapang dan study week guwa. Jadi night story book pun boleh..
Jadi saja guwa nak share novel-novel yang guwa beli dengan ang. Pertama adalah novel 'untuk tiga hari' karya ahadiat akahsah. Penulisan yang santai dan matang. Kena la dengan jiwa guwa yang matang ni. Ngeh..ngeh..
Novel ni mengisahkan tentang satu pasangan yang telah lama bercinta tetapi terpaksa berkahwin mengikut pilihan keluarga masing-masing. Bila jadi macam ni, depa tak sanggup menolak pilihan famili sebab takut terlukakan hati kedua orang tua.
So, depa telah membuat satu perjanjian. Depa akan mintak cerai daripada pasangan masing-masing selepas tiga hari. Dalam tempoh tiga hari tu, adengan sentuh-menyentuh dilarang sama sekali.
Novel yang kedua yang guwa dah khatamkan adalah novel 'aa + bb' karya Hlovet. Penulis novel yang ni agak misteri kerana tak de siapa yang tahu siapa sebenarnya beliau ni. Yang peminat-peminatnya tahu, beliau adalah seorang wanita. Misteri kan? Ke guwa yang buat-buat misteri ni?
Novel yang lain tapi benda yang sama nak diceritakan iaitu bercinta selepas kawen adalah terbaik tetapi jalan ceritanya berbeza dengan 'untuk tiga hari'. Novel ini mengisahkan seorang perempuan dan seorang lelaki yang dulunya selalu bergaduh ketika di zaman persekolahan tetapi akhirnya berkahwin selepas masing-masing berjaya mencapai cita-cita.
Yang uniknya, si lelaki merupakan seorang enginer dan si perempuan adalah seorang doktor. So, siapa kata enginer dan doktor tak boleh bersama? Kalau dengan cikgu lagi ok kot..Hakhak
Dan novel yang guwa sedang cuba khatamkan selepas empat hingga enam kali terlena ketika membacanya, Contengan jalanan karya 'Hlovet'.
Guwa terlena bukan sebab novel ni tak best. Tapi sebab guwa yang memang kuat tidur..
Novel yang ni lain daripada yang lain. Novel ni menceritakan mengenai sekumpulan remaja yang hidup seperti remaja-remaja lain dimana muzik dan seni tak boleh dipisahkan. Tapi akhirnya, depa sedar yang hidup depa ni kosong.
Novel ni lebih menceritakan mengenai pengalaman perjalanan mencari tuhan.
Bagi guwa, para lelaki kat luar sana patut mencuba membaca novel-novel seperti yang guwa senaraikan ni. Bukan je dapat mengisi masa lapang ang, malah dapat mengajar ang beberapa perkara seperti bercinta lepas kawen tu lagi best, syok dan terbaik.
p/s:exam dah dekat.Doakan guwa dengan kengkawan ok.
Subscribe to:
Posts (Atom)