Monday, June 6, 2011

::bagaimana nak naik dalam blog,dunia,dan ukhrawi::

Assalamualaikum..


Dunia blogger dan dunia manusia ni sama je.Tak de beza langsung.Sebab apa ye rakan-rakan sekalian?Sebab dunia blog juga dikuasai oleh manusia.Manusia yang mentadbir dunia blog ni.Jadi,secara tidak langsung,amalan dan sikap manusia ini dibawa masuk ke dalam dunia blog.Jadi jangan hairan jika ada blog yang suka mencari kesalahan orang,ada blog yang suka mengkritik tetapi apabila dikritik ia melenting.Jangan hairan juga apabila ada blog yang suka memperbesarkan hal remeh temeh.


Rakan-rakan yang saya hormati sekalian,


Dalam dunia blog ni,setiap blogger pasti ada aim atau tujuan mereka sendiri.Ada yang nak mengisi masa lapang,ada yang sekadar suka-suka dan bermacam seribu matlamat yang lain.Ini sama je dengan manusia kan?Ada matlamat tersendiri.Yang pasti,semua manusia pasti mahu berjaya di dunia dan di akhirat.Bila ditanya,siapa yang nak syurga.Pasti semua mahukannya.Bila ditanya siapa yang hendak ke neraka.Orang yang berfikiran waras pasti tidak mahukannya kerana gerun dengan neraka Allah yang dasyat itu.



Untuk berjaya,kita perlu melakukan pelbagai usaha.Pada mulanya kita perlu belajar bagaimana ingin berjaya dan survive dalam dunia nyata.Belajar ilmu dunia dan ukhrawi.Kemudian, kita perlu amalkannya dengan istiqamah yakni consisten dan jangan cepat mengalah.Ianya sama dengan dunia blog ni wahai saudaraku semua.Yang pertama, kita perlu mencari ilmu mengenai dunia blog ini.Bagaimana nak survive dalam dunia blog yang sangat luas ini.Kemudian, kita perlu amalkannya.Jangan sesekali cepat mengalah kerana sikap ini sangat disukai oleh syaitan yang direjam.


Rakan-rakanku yang dikasihi,


Anggaplah entry-entry itu seperti kita.Mana yang kurang kita baiki.Gaya penulisan yang tidak baik kita improve.Belajar bagaimana untuk menghasilkan gaya penulisan yang baik.Sama dengan diri kita ini kan?Bahasa yang tidak baik kita tukar kepada bahasa yang lebih baik.Pasti ramai yang akan senang dengan kita.Begitu juga design blog yang tidak menarik.Sudah pasti ianya menyakitkan mata pembaca.Begitu juga dengan kita sebagai manusia.Memang susah untuk didampingi jika kita berpewatakan yang tidak menarik.Jadi,pakaikanlah diri kita dengan pakaian yang menutup aurat dan hiasi diri kita dengan akhlak yang baik.InsyaAllah ramai yang akan dekati kita.Same je dengan dunia blog kan?



Begitulah sedikit sebanyak yang saya mampu bantu rakan-rakan sekalian.Semoga entry yang ringkas ini memberi manfaat yang besar kepada kita semua.Amin.. www.tips-fb.com

Sunday, June 5, 2011

::Gua dengan zack zukhairi sependapat::

Assalamualaikum...


Tadi mungkin kita dah digemparkan dengan berita mengenai kembar akim AF.Gua pun tak caya.Tapi kalau tengok betul-betul memang ada la sikit.Tak tiiiipppuu punya.Tak caya?Click sini.Kesan dari berita tu ramai yang serbu rumah gua.Pelik la depa ni.Bukan hensem sangat pun akim tu kalau nak dibandingkan dengan gua.Baik gua je yang jadi artis kalau macam ni.Suara ada,muka pun ada.Perasan tu paling gua ada.Hehe


Bila gua mention nama zack zukhairi ni gua terpaksa gunakan panggilan gua,aku,ang,kau dan ampa.Bukan sengaja gua nak guna ni semua.Kalau boleh memang tak nak.Tapi nak wat macam mana,ni la style zack zuhairi.Sebenarnya gua sokong statement zack di mana dia ada kata yang panggilan ni sebenarnya tak penting pun.Walaupun kita guna kau,aku,ang,ampa dan lain-lain lagi,bukan bermakna kita tak rapat dengan sapa-sapa.Kita tetap ada ramai kawan.Kan?



Mengikut kajian yang prof akim buat,selalunya bila kita rapat dengan seseorang tu,gelaran aku kau akan digunakan.Tapi bukan semua la.Tak kan la ngan ibu ayah kita nak guna lagu tu jugak.Mahu kena sepak kunk!Kalau dengan adik beradik gua guna aku kau.Maknanya kami rapat kan?Tak de nya "along","angah","adik".Mau termuntah darah gua!!


Member?Lagi la,gua lu je.Ok itu tipu.Dengan kawan-kawan gua guna aku kau je.Tak kira la kawan perempuan atau lelaki.PON@#N pun gua tibai aku kau jugak.Mesti ampa pun same kan?Gua cume guna saya awak bila gua rase perlu.Macam orang perempuan yang gua baru nak kenal memang gua guna saya awak.Kalau lelaki gua confuse sikit.Nak guna aku kau atau saya awak.Tapi selalunya gua tibai aku kau jugak.


Tapi,bagi seorang guru yang berdedikasi,gua rasa perkataan saya awak tu memang tak boleh dipisahkan.Nak ajar dalam kelas tak kan nak gune gua lu."Lu langsi lu mati!!".Takut budak-budak kalau macam ni.Tobat tak nak pi sekolah lagi.Duk uma layan blog lagi bagus.



Panggilan aku engkau ni jugak kita guna bila kita nak berdoa atau berinteraksi dengan tuhan kita.Ada ke kita guna saya awak?Tak kan?Yang ni gua tak pasti kenapa.Tapi  gua tak tahu lah kalau ada yang guna saya awak.Look weird la kalau guna.EEEEUUUwww!!


Mungkin aku kau ni nampak tak sopan sikit kalau kita guna kan.Lagi-lagi kalau perempuan yang guna.EEEuuuww.Tapi nak buat macam mane.Memang dalam kehidupan harian kita dah biasa guna.So, teruskan aje.Cuma nasihat gua,gunalah panggilan yang sesuai mengikut tempat dan masa yang betul-betul ngam atau sesuai.Kalau silap guna boleh kena tibai wa cakap lu.So,berhati-hati dngan bahasa anda.Orang kata,terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya. www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...