Sunday, June 5, 2011

::Gua dengan zack zukhairi sependapat::

Assalamualaikum...


Tadi mungkin kita dah digemparkan dengan berita mengenai kembar akim AF.Gua pun tak caya.Tapi kalau tengok betul-betul memang ada la sikit.Tak tiiiipppuu punya.Tak caya?Click sini.Kesan dari berita tu ramai yang serbu rumah gua.Pelik la depa ni.Bukan hensem sangat pun akim tu kalau nak dibandingkan dengan gua.Baik gua je yang jadi artis kalau macam ni.Suara ada,muka pun ada.Perasan tu paling gua ada.Hehe


Bila gua mention nama zack zukhairi ni gua terpaksa gunakan panggilan gua,aku,ang,kau dan ampa.Bukan sengaja gua nak guna ni semua.Kalau boleh memang tak nak.Tapi nak wat macam mana,ni la style zack zuhairi.Sebenarnya gua sokong statement zack di mana dia ada kata yang panggilan ni sebenarnya tak penting pun.Walaupun kita guna kau,aku,ang,ampa dan lain-lain lagi,bukan bermakna kita tak rapat dengan sapa-sapa.Kita tetap ada ramai kawan.Kan?



Mengikut kajian yang prof akim buat,selalunya bila kita rapat dengan seseorang tu,gelaran aku kau akan digunakan.Tapi bukan semua la.Tak kan la ngan ibu ayah kita nak guna lagu tu jugak.Mahu kena sepak kunk!Kalau dengan adik beradik gua guna aku kau.Maknanya kami rapat kan?Tak de nya "along","angah","adik".Mau termuntah darah gua!!


Member?Lagi la,gua lu je.Ok itu tipu.Dengan kawan-kawan gua guna aku kau je.Tak kira la kawan perempuan atau lelaki.PON@#N pun gua tibai aku kau jugak.Mesti ampa pun same kan?Gua cume guna saya awak bila gua rase perlu.Macam orang perempuan yang gua baru nak kenal memang gua guna saya awak.Kalau lelaki gua confuse sikit.Nak guna aku kau atau saya awak.Tapi selalunya gua tibai aku kau jugak.


Tapi,bagi seorang guru yang berdedikasi,gua rasa perkataan saya awak tu memang tak boleh dipisahkan.Nak ajar dalam kelas tak kan nak gune gua lu."Lu langsi lu mati!!".Takut budak-budak kalau macam ni.Tobat tak nak pi sekolah lagi.Duk uma layan blog lagi bagus.



Panggilan aku engkau ni jugak kita guna bila kita nak berdoa atau berinteraksi dengan tuhan kita.Ada ke kita guna saya awak?Tak kan?Yang ni gua tak pasti kenapa.Tapi  gua tak tahu lah kalau ada yang guna saya awak.Look weird la kalau guna.EEEEUUUwww!!


Mungkin aku kau ni nampak tak sopan sikit kalau kita guna kan.Lagi-lagi kalau perempuan yang guna.EEEuuuww.Tapi nak buat macam mane.Memang dalam kehidupan harian kita dah biasa guna.So, teruskan aje.Cuma nasihat gua,gunalah panggilan yang sesuai mengikut tempat dan masa yang betul-betul ngam atau sesuai.Kalau silap guna boleh kena tibai wa cakap lu.So,berhati-hati dngan bahasa anda.Orang kata,terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya. www.tips-fb.com

14 comments:

Anonymous said...

stuju2...!!! akak pon ngan adik2 guna ak kau...ngan kawan2 pon same....lebih rapat....

p/s : ngan awek akim guna ak ko gak ke atau abang ayang?ahaha.......

n.a :) said...

gua tetiber kan? hahaha.

yup betul tuh. memang sependapat sgt lah. hehe.

al_hakim said...

kak nadiah:eh2..rahsia kerajaan tu..hehe

tiqa:hehe..

Muslimah Optimis said...

setuju sangat.. tapi dengan kawan rapat MO ada yang cakap aku-hang (utara kan), ada beberapa orang kawan baik yang cakap saya-awak atau nama even sejantina..

hehe..tapi kita kena pandai gunakan mengikut situasi dan tempat..

al_hakim said...

betul tu MO..=)

Murni Yusoff said...

Owh,best entri nie..tp biasa dgn kwn yg br kenal ngan jmpe bhsakan diri sndiri "kita",kwn bru tu pggl nama..dh lme2 keluarlah aku kau..hehe..yg gua lum prnh cuba lak..=)

al_hakim said...

hehe..tq murni..=)

.plastic roses. said...

peewwwiiit :) caya la bro hehe

::contengan hati::)) said...

wee same lah yart pun gunaka aku kau dengan abiq beradik,member lagi mesre gitu cuma dengan blogger je jarang guna aku kau sebab pernah ditegur menggunakan bahasa sopan santun malu grr ;)

al_hakim said...

kak plastik:hehe..tq sis..

contengan hati:hehe..betul2.insap..

Puan Nurussalwa said...

ih3, gua2.. nak duk dlm gua ke?

Alyssa Amanda said...

:) suka post ini !

Anonymous said...

ahaha......kan main lagi ye....

najihah sahami said...

hahaha..setuju!!tp kami adik beradik bahasakan along angah segala bagai tu..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...