Sunday, June 5, 2011

::Gua dengan zack zukhairi sependapat::

Assalamualaikum...


Tadi mungkin kita dah digemparkan dengan berita mengenai kembar akim AF.Gua pun tak caya.Tapi kalau tengok betul-betul memang ada la sikit.Tak tiiiipppuu punya.Tak caya?Click sini.Kesan dari berita tu ramai yang serbu rumah gua.Pelik la depa ni.Bukan hensem sangat pun akim tu kalau nak dibandingkan dengan gua.Baik gua je yang jadi artis kalau macam ni.Suara ada,muka pun ada.Perasan tu paling gua ada.Hehe


Bila gua mention nama zack zukhairi ni gua terpaksa gunakan panggilan gua,aku,ang,kau dan ampa.Bukan sengaja gua nak guna ni semua.Kalau boleh memang tak nak.Tapi nak wat macam mana,ni la style zack zuhairi.Sebenarnya gua sokong statement zack di mana dia ada kata yang panggilan ni sebenarnya tak penting pun.Walaupun kita guna kau,aku,ang,ampa dan lain-lain lagi,bukan bermakna kita tak rapat dengan sapa-sapa.Kita tetap ada ramai kawan.Kan?



Mengikut kajian yang prof akim buat,selalunya bila kita rapat dengan seseorang tu,gelaran aku kau akan digunakan.Tapi bukan semua la.Tak kan la ngan ibu ayah kita nak guna lagu tu jugak.Mahu kena sepak kunk!Kalau dengan adik beradik gua guna aku kau.Maknanya kami rapat kan?Tak de nya "along","angah","adik".Mau termuntah darah gua!!


Member?Lagi la,gua lu je.Ok itu tipu.Dengan kawan-kawan gua guna aku kau je.Tak kira la kawan perempuan atau lelaki.PON@#N pun gua tibai aku kau jugak.Mesti ampa pun same kan?Gua cume guna saya awak bila gua rase perlu.Macam orang perempuan yang gua baru nak kenal memang gua guna saya awak.Kalau lelaki gua confuse sikit.Nak guna aku kau atau saya awak.Tapi selalunya gua tibai aku kau jugak.


Tapi,bagi seorang guru yang berdedikasi,gua rasa perkataan saya awak tu memang tak boleh dipisahkan.Nak ajar dalam kelas tak kan nak gune gua lu."Lu langsi lu mati!!".Takut budak-budak kalau macam ni.Tobat tak nak pi sekolah lagi.Duk uma layan blog lagi bagus.



Panggilan aku engkau ni jugak kita guna bila kita nak berdoa atau berinteraksi dengan tuhan kita.Ada ke kita guna saya awak?Tak kan?Yang ni gua tak pasti kenapa.Tapi  gua tak tahu lah kalau ada yang guna saya awak.Look weird la kalau guna.EEEEUUUwww!!


Mungkin aku kau ni nampak tak sopan sikit kalau kita guna kan.Lagi-lagi kalau perempuan yang guna.EEEuuuww.Tapi nak buat macam mane.Memang dalam kehidupan harian kita dah biasa guna.So, teruskan aje.Cuma nasihat gua,gunalah panggilan yang sesuai mengikut tempat dan masa yang betul-betul ngam atau sesuai.Kalau silap guna boleh kena tibai wa cakap lu.So,berhati-hati dngan bahasa anda.Orang kata,terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya. www.tips-fb.com

::Akim AF ade kembar!!::

Assalamualaikum..


Nama sama dah.Suara sama dah.Memang aku tak boleh la kalau orang sama kan aku dengan sorang artis ni.Plisssssss la.Bukan aku yang sama dengan dia,tapi dia yang sama dengan aku.Sibuk je kan dia ni.Aku harap lepas ni jangan korunk tersilap antara aku dengan dia.Tapi jangan risau.Nama kami sama,so bila tegur dari belakang pun tak apa.Nama tu tetap betul.


Sebenarnya die ni memang member baik aku.Dulu main guli sama-sama.Nak tahu satu rahsia?Memang selalu dia yang kalah kalau kami lawan guli.Die setakat main masak-masak boleh la.Walaupun dia macam tu,dia tetap member baik aku.Orang kata,berkawan kena ikhlas.Terima kawan kita seadanya.



Tapi sekarang dia lagi popular dari aku.Entah lah.Maybe die banyak belajar pasal muzik ni.Then masuk Af.Dia ada ajak aku jugak.Tapi aku kata tak pe la noh.Ang pi dulu.Aku kena abis study maktab ni dulu.Then nanti bila aku ada masa aku follow ang k.Nak dijadikan cita, die ni bernasib baik.Semakin hari die semakin popular.


Tak pe la kalau macam tu.Aku redha je.Memang rezeki dia kat situ.Rezeki orang ni lain-lain kan?Dia dah berjaya capai apa yang dia idamkan.Aku harap,aku pun akan berjaya capai yang apa aku idamkan.Semoga kita semua berjaya capai apa yang kita idamkan. =)

*same tak?hehe =P

p/s:perasan yang amat melampau-lampau..=P
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...