Sunday, March 11, 2012

Jenis-jenis kawan

Bilamana kita jumpa ramai orang, baru kita akan tahu yang manusia ni berbagai ragam rupenya. Betul apa yang makcik-makcik kat kampung guwa cakap. Rambut tu sama hitam, tapi hati pasti lain-lain. Tapi nanti guwa nak tanye makcik-makcik tu balik. Kalau depa yang rambut warna lain tu macam mane. Mesti tergagap makcik-makcik kat kampung guwa nak jawap.Ahakz!


Ini sama dengan kisah guwa yang dah jumpa bermacam-macam jenis warna rambut dan hati. Tapi yang peliknya, walaupun kita lain-lain, tapi yang satu tu tetap kita sama, KAWAN..


Kawan makan kawan.


Term kawan makan kawan ni dah lali sangat guwa dengar. Jenis yang macam ni dia selalu ambil kesempatan kat kita. Tak kira la time tu kita tengah senang atau susah. Apa yang penting bagi dia, dia selamat dan hidup senang. Jenis yang ni jugak suka ceritakan keburukan kita pada orang lain. Guwa rasa, kalau korang ada maklumat yang nak disebarkan dengan cepat dan eficient, korang cari je orang yang jenis macam ni. Guwa yakin yang satu Malaysia boleh tahu pasal maklumat tu.




Kawan tak berapa nak makan kawan.


Bagi term yang ni pulak, dia bukan jenis yang selalu amek kesempatan kat kita. Tapi bila sampai satu masa tu dia terdesak sangat, dia akan makan kita jugak. Maksudnya, dia akan ambil kesempatan kat atas diri kita bila perlu.


Kawan batu.


Ini term guwa bagi pada kengkawan korang yang jenis tak kisah apa pun yang terjadi. Bagi depa, korang nak buat ape tu korang punye pasal  asalkan korang tak ganggu hidup depa ni tadi. Korang boleh umpakan yang korang tengah bercakap dengan spender yang lembap di ampaian. Angin bertiup kuat mane pun, kat situ jugaklah duduknya spender tu. Guwa rasa dalam dunia ni memang banyak yang spesies macam ni. Maybe depa ni layak kawan dengan batu je agaknya.


Kawan bila perlu.


Kawan bila perlu ni umpama doraemon. Maksudnya bila si nobita perlukan bantuan sampai menangis-nangis baru la si doraemon ni tadi datang hulurkan pertolongan. Maksudnya, selagi korang tak mintak pertolongan, jangan harap la dia ni nak tolong korang. Tapi korang kena tahu. Time korang senang, dia ni memang tak wujud. Mungkin dia ni jenis yang tak ambil kesempatan pada kesenangan korang tu.




Kawan yang baik.


Lastly, jenis kawan yang diidamkan oleh semua orang. Ciri kawan yang baik ni senang je. Bilamana korang melihat atau teringat padanya, korang akan ingat pada kebaikan. Dia kawan yang ada time kita susah dan senang. Dia sudi menghulurkan bantuan tanpa dipinta. Dia  juga akan cegah kita daripada membuat keburukan dan akan bersama-sama dengan kita dalam membuat kebaikan. Yang bestnya, dia adalah penyimpan rahsia yang terbaik.


p/s:


kawan yang baik sebenarnya adalah seorang kawan yang apabila dia tahu 
kelemahan dan kekurangan kita, dia tetap terima kita sebagai kawan.

www.tips-fb.com

25 comments:

ANISA said...

like this...mohon share..

Syafiq Ahadin said...

huarghh!! aku sayang sume kawan aku!!!
term kawan batu tuu first time lak dengaq...

Anonymous said...

kwn batu? who knows what ur kawan batu have gone through bfore they turn to be kawan batu....=D

Anonymous said...

kawan bila perlu ..saye jenis cmtuh, tapi xkisah pun dpt label ape diberikan asalkn diri sdiri kenal hati budi diri sdiri

cik najihah said...

kawan bile die tau yg die x bole hidup tanpe kawan

Sam Banjamin said...

sebab banyak kawan2 yg bersifat negatif nih la, aku banyak bergerak secara sendiri interm of bila nak melakukan sesuatu.... tak nak susah2 kan org lain.... takut terjumpa jenis yg suka mengungkit-ungkit... as long as boleh berdikari sendiri.. tak nak lah susah2 kan kawan2...

Budak Gigi Arnab said...

kawan yg baek..1 dalam sejuta..hehe

sara zainol said...

saya hanya berkawan dgn diri sy sendiri

al_hakim said...

kawan dengan diri sendiri?boleh ke?

Bluewendy said...

kawan oh kawan... mane yg baik kita ikut, mane yg tak baik kita tolak tepi

Saddila said...

kawan tak berapa nak kawan tu selalu dila rasa dan tgk gamaknya. cisss.

AmirahSM said...

kawan yg baik akan tegur ape yg nampak buruk kat diri kita, kalau xbaik, ape yg buruk tu dia biar org gelak dlu bru tgur. =,=

Ana Farhana said...

sy berkawan dgn pelbagai jenis kwn.. termasukla sperti yg dinyatakn dlm entry,heee

Anonymous said...

kawan yg baik adalah kawan yang mampu mengajak kite same2 beramal agar persahabatan kekal hingga ke jannah

uyaitusaya said...

kawan tu ujian..

al_hakim said...

uyaitusaya: true..

erma nazillah said...

kawan ni mcm kawen jg..terima seadanya..ikhlas kena ada..

umie naziera said...

kawan dgn diri sendiri..lagi senang kot

wanie_mn said...

kawan yg baik bilamana dia tegur mana silap kita. dia jgk akn jujur klu dia tak suka cara.

wanie_mn said...

kawan yg baik bilamana dia tegur mana silap kita. dia jgk akn jujur klu dia tak suka cara.

Hafiza Hafinas said...

never trust your friend 100% especially when they are opposite sex.. keh3..

Khairiz said...

itu lah lurah hidup kita dalam berkawan, kawan ni bermacam jenis ragam, kita la yang kena pandai memilih kawan yang terbaik buat kita, x semestinya kawan itu jahat hatinya pun jahat

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

akak sgt takut akak jd kawan yg tak baik buat org lain

sarah zulk said...

saye suke entry ni!!! :-)

~Tyra~ said...

love this , wanna share it ! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...