Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Sunday, March 11, 2012

Jenis-jenis kawan

Bilamana kita jumpa ramai orang, baru kita akan tahu yang manusia ni berbagai ragam rupenya. Betul apa yang makcik-makcik kat kampung guwa cakap. Rambut tu sama hitam, tapi hati pasti lain-lain. Tapi nanti guwa nak tanye makcik-makcik tu balik. Kalau depa yang rambut warna lain tu macam mane. Mesti tergagap makcik-makcik kat kampung guwa nak jawap.Ahakz!


Ini sama dengan kisah guwa yang dah jumpa bermacam-macam jenis warna rambut dan hati. Tapi yang peliknya, walaupun kita lain-lain, tapi yang satu tu tetap kita sama, KAWAN..


Kawan makan kawan.


Term kawan makan kawan ni dah lali sangat guwa dengar. Jenis yang macam ni dia selalu ambil kesempatan kat kita. Tak kira la time tu kita tengah senang atau susah. Apa yang penting bagi dia, dia selamat dan hidup senang. Jenis yang ni jugak suka ceritakan keburukan kita pada orang lain. Guwa rasa, kalau korang ada maklumat yang nak disebarkan dengan cepat dan eficient, korang cari je orang yang jenis macam ni. Guwa yakin yang satu Malaysia boleh tahu pasal maklumat tu.




Kawan tak berapa nak makan kawan.


Bagi term yang ni pulak, dia bukan jenis yang selalu amek kesempatan kat kita. Tapi bila sampai satu masa tu dia terdesak sangat, dia akan makan kita jugak. Maksudnya, dia akan ambil kesempatan kat atas diri kita bila perlu.


Kawan batu.


Ini term guwa bagi pada kengkawan korang yang jenis tak kisah apa pun yang terjadi. Bagi depa, korang nak buat ape tu korang punye pasal  asalkan korang tak ganggu hidup depa ni tadi. Korang boleh umpakan yang korang tengah bercakap dengan spender yang lembap di ampaian. Angin bertiup kuat mane pun, kat situ jugaklah duduknya spender tu. Guwa rasa dalam dunia ni memang banyak yang spesies macam ni. Maybe depa ni layak kawan dengan batu je agaknya.


Kawan bila perlu.


Kawan bila perlu ni umpama doraemon. Maksudnya bila si nobita perlukan bantuan sampai menangis-nangis baru la si doraemon ni tadi datang hulurkan pertolongan. Maksudnya, selagi korang tak mintak pertolongan, jangan harap la dia ni nak tolong korang. Tapi korang kena tahu. Time korang senang, dia ni memang tak wujud. Mungkin dia ni jenis yang tak ambil kesempatan pada kesenangan korang tu.




Kawan yang baik.


Lastly, jenis kawan yang diidamkan oleh semua orang. Ciri kawan yang baik ni senang je. Bilamana korang melihat atau teringat padanya, korang akan ingat pada kebaikan. Dia kawan yang ada time kita susah dan senang. Dia sudi menghulurkan bantuan tanpa dipinta. Dia  juga akan cegah kita daripada membuat keburukan dan akan bersama-sama dengan kita dalam membuat kebaikan. Yang bestnya, dia adalah penyimpan rahsia yang terbaik.


p/s:


kawan yang baik sebenarnya adalah seorang kawan yang apabila dia tahu 
kelemahan dan kekurangan kita, dia tetap terima kita sebagai kawan.

www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...