Wednesday, March 14, 2012

Lagi-lagi facebook-luah perasaan

Dalam zaman yang serba moden dan canggih ni, facebook merupakan tempat yang paling ramai dikunjungi oleh manusia serwajagat. Tidak kira la ang dari negeri even negara mana pun termasuk africa, colombia, senegal dan thailand sekalipun, ang boleh berkumpul dalam facebook dalam satu masa yang sama.


Itu kehebatan teknologi.


Kalau mengikut apa yang guwa pelajari dalam matapelajaran sains dari la guwa darjah empat hingga darjah enam, kemudian sambung pulak tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Then beralih pulak pada matapelajaran fizik tingkatan empat hingga tingkatatan lima, kegunaan teknologi ni cuma satu je iaitu untuk memudahkan manusia serwajagat.




Dan setahu guwa, facebook adalah teknologi yang dicipta khas bagi memudahkan manusia serwajagat untuk berhubung antara satu sama lain. Even ang dalam kem plkn yang tak de laptop dan line internet sekalipun, ang stil boleh berhubung dengan member-member ang melalui facebook dengan syarat ang ada handphone. Tapi sebelum tu, ang kena pastikan dulu yang ang punya handphone tu mahal dan ada line telepon kat kem korang tu. Kalau hanphone macam guwa buat baling-baling ni jangan cakap facebook, colour pun tak de.


Dewasa ini, facebook telah dijadikan tempat untuk meluahkan perasaan yang telah lama terbuku di hati. Dan golongan ini telah didominan oleh bebudak sekolah. Ini menunjukkan yang depa telah menggunakan kemudahan yang ada dengan sebaiknya. Ini mungkin pengaruh cikgu-cikgu sains yang telah memberi penekanan terhadap matapelajaran sains. Itu bagus..


Tapi sedar tak kita yang setiap ciptaan manusia itu pasti ada kurangnya. Contohnya handphone korang yang mahal tadi tu. Walapun mahal, ia tak boleh dibuat baling dan tak boleh nak kasaq-kasaq sangat. Nanti touch screen dia rosak. Its same goes to facebook. Kalau ia dijadikan tempat untuk berhubung its ok. Tapi kalau tempat untuk kita meluahkan perasaan its not ok.


Memang tak termaktub pun dalam hukum kanun Melaka atau undang-undang laut yang meluahkan perasaan kat facebook ni merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan penjara satu hari atau sebat sampai nangis. Tapi secara tak sengaja, ang dah lupakan pada siapa yang ang perlu jadikan tempat untuk mengadu.


Bila ada facebook, kita lupa untuk meminta dan mengadu pada Allah. Kita lebih sibuk nak bagi 'satu dunia' tahu apa yang kita tengah rasa masa tu. Bila ada facebook, kita jugak lupa nak bace quran sebab banyak status dan notification yang kita nak bace. Ada jugak jenis manusia yang sibuk nak tengok berapa orang like status dia. Hot gitu..




Secara jujurnya, guwa sebagai pengguna facebook guwa akui yang facebook ni umpama satu virus. Kalau ang layan virus ni, ia akan merebak dan terus merebak. Lagi-lagi kalau virus itu jenis virus yang panas contohnya hal yang melibatkan artis. Cepat je satu dunia tahu. Itu teknologi..


Tapi jika teknolgi yang dicipta ini tadi digunakan dengan sebaiknya, ia mampu memberi pulangan yang besar pada diri ang. Contohnya ang berdakwah dan buat bisnes melalui facebook. Guwa yakin akan sampai jauh dakwah dan bisnes ang tu tadi.


p/s: apa-apa hal pun, ia bergantung pada si pengguna. Kalau baik cara dan arah kegunaannya, maka akan baiklah hasilnya..
www.tips-fb.com

16 comments:

Mysara Ab Rahman said...

coz tu kte sbgi pgguna kne la gunakan fb scra bijak..:)

kusyi said...

perghhh.. hari neh, ustaz hakim menggunakan bhsa melayu yg baik.

"Dewasa ini, facebook telah dijadikan tempat untuk meluahkan perasaan yang telah lama terbuku di hati"

huhu..

cik ika said...

entri ni buat ika ce sentap sgt..ika kre slh sorg dr mereka...
terasa cm nk deactivated fb je..

aien_sunflowerz said...

warh..!! best information !..
like like like :)))

Umie Naziera said...

InsyaAllah,di fesbuk saya luah PERASAN!!okey x??

najihahfara said...

kadang2 fb ni dah disalah gunekan dah..

Lydia Miza said...

akak hrp akak gunakan ia utk jln yg baik

Erma Nazillah said...

hehe...bila on9 je,melambak status kt home..jiwang,tak jiwang,marah,tak marah,happy,tak happy smua ada..lg2 yg komen prof pic baru..like smpai beratus..komen bpuluh2..segan tgk :)

SITI NUR AMIRAH ! said...

fb nie ade baik ade buruknye . terpulang pd pengguna die. ad yg gunekan fb ni untuk kebaikan . ade yg dok maki sane hentam sini . luah perasaan kt fb mcm nk kasi 1 dunia tawu . siyes bengeng . xdppt ape pon dok luah perasaan kt fb segale bagai tu . haih ~

uyaitusaya said...

itu kurangnya ciptaan manusia..tak dapat tandingi Yang Maha Pencipta :)

(",) said...

kebetulan..akak pun baru je deactivate akaun FB..apa yg adik ckp tu mmg betul..

al_hakim said...

kusyi:haha..perli nampak =P

cik ika:tak perlu nak diaktivate kot.just guna dengan baik =)

wanie_mn said...

betul tu. kita kdg2 lbh berdoa melalui status fb bbanding mengadu pada-Nya

GincoMerahJambu said...

agree! lagi2 tengok orang putus cinta..setiap seminit update status..

adalah disarankan gunakan twitter kalau rasa suka sngt updte status..hehe

Fasihah Supian said...

setuju...

MissNick said...

yup betul tu....apa2 pun berpada2 la dalam menggunakannya....tak boleh nk layan sangat nanti semua benda kita nk citer hehe....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...