Friday, March 16, 2012

begitu indahnya cinta


(click kasi play dulu)


orang kata cinta tu ujian,
ia menguji sejauh mana kesetian kita pada si dia,
ia juga uji sejauh mana kuatnya kita untuk hadapi segala apa yang mendatang..


tapi itu semua orang kata,
saya tak pernah merasainya jadi saya tak tau apa itu cinta..


sampai satu hari tu saya nampak awak,
saya tertarik dengan keluhuran peribadi yang ada pada awak,
senyuman awak yang sangat menawan,
pakaian yang cukup indah menutup setiap susuk tubuh diri awak..


mungkin ini yang dinamakan cinta,
ia hadir dengan sendirinya,
tanpa diduga dan tanpa dipaksa..


sejak hari tu saya belajar satu perkara,
cinta itu membuat kita lebih kuat,
sebagaimana kuatnya saya untuk memperbaiki diri saya untuk menjadi lebih baik,
kerana saya tahu,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..




awak,
andai saya insan yang terpilih untuk mendampingi awak,
akan saya jaga dan bimbing awak dengan sebaiknya,
kerana saya tahu,
seorang wanita perlukan seorang lelaki untuk didampingi dan dikasihi..




tapi,
andai saya tidak dijodohkan dengan awak,
saya akan terus berdoa dan berdoa,
semoga awak didampingi oleh orang yang baik,
seorang lelaki yang boleh membahagiakan awak di dunia dan akhirat sana..




saya tahu,
saya merancang dan Allah juga merancang,
tapi saya hanya merancang dengan kemahuan saya sahaja,
Allah pula merancang dengan cintaNya,
pasti Allah akan bagi apa yang terbaik untuk saya dan awak,
yang penting kita kena yakin dengan Allah..




awak,
cinta ini datangnya dari Allah,
ia harus dikembalikan kepada Allah,
walaupun apa pun yang kita lakukan,
kita kena buat kerana cinta kita kepada Dia,
begitu juga cinta saya pada awak...




kerana Dia..




jadi saya harus redha dengan segala ketetapan Allah,
biarpun tak memiliki awak,
cukup sekadar perasaan cinta yang pernah dipinjam kepada saya 
untuk mencintai seorang wanita seperti awak,
saya dah bersyukur..




dalam diam,
cinta telah mengajar saya erti bersyukur,
begitu indahnya cinta~




p/s: begitu indahnya cinta ciptaan Allah. Dalam sedar dan  tak sedar ia dah 
mengajar kita banyak perkara..
www.tips-fb.com

13 comments:

AyuInsYiraH said...

saya suka sangat...

Norhasfiza Roosli said...

Sweet gila post ni hokeyh!! x sabar pulak..~~haha

Nabila Aziz said...

indahnya ~

AmirahSM said...

wah2, dik. tgh bcinta ke..tp akak ske entry ni.!!

Umie Naziera said...

aku tacing ~~~~

al_hakim said...

kak mira: lame dah bercinta =P

kusyi said...

likelikelike!

al_hakim said...

tq kusyi =)

wanie_mn said...

terfeeling plk baca entri ni. hahaha ;D

Erma Nazillah said...

DIA dah tentukan yang terbaik :)

Dkna Abza said...

Cinta itu dtg dengan izin-Nya.

Anonymous said...

assalamualaikum. berkunjung untuk kali pertama. ada pertanyaan. maaf jika terlalu telus. ana ingin tahu mengapa menulis kebanyakan tentang cinta? kemudian dikaitkan dengan islam. memang fitrah untuk mencintai dan dicintai itu ada pada semua manusia tapi kelihatan enta sgt cenderung kearah cinta. bukankah islam itu syumul dan luas, tidak terbatas hanya pada cinta? ana rasa tidaklah salah menulis tentang cinta tapi bimbang hati yang menulis dan membaca hanya dipenuhi angan-angan cinta sedang umat yang tenat memerlukan enta menyumbang untuk kemaslahatan umat melalui minat enta dalam penulisan.
lebih manis kiranya ruang dan bakat yang ada diasah untuk menyebarkan fikrah islamiyah, membangunkan umat dari lena yg panjang. rijal bermotivasi seperti enta adalah sgt berharga untuk agama, maka ingin diutarakan agar enta meluaskan ruang lingkup penulisan.

sekadar memberi pandangan, diri ini juga masih butuh pada pembaikan.

Hasmit@bobmarly said...

awak, cinta ini datangnya dari Allah, ia harus dikembalikan kepada Allah, walaupun apa pun yang kita lakukan, kita kena buat kerana cinta kita kepada Dia, begitu juga cinta saya pada awak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...