Guwa rasa semua orang tahu yang perasaan cemburu ni memang fitrah manusia.Tak kira la korang lelaki,perempuan atau pun tengah-tengah.Korang tetap akan ada rasa cemburu.Guwa rasa haiwan pun ada perasaan cemburu.
Pada guwa,perasaan cemburu ni selalunya hadir daripada perasaan cinta,sayang,suka,minat dan sebagainya.Maksud guwa ianya saling berkait rapat dengan geng-geng perasaan yang lain.Contohnya,kata la Fahrin Ahmad suka pada Heliza Hilmi tapi Heliza suka pada guwa.Guwa pun terima kesukaan Heliza tu.Makanya akan timbul lah perasaan cemburu Fahrin Ahmad pada guwa yang berjaya memikat hati Heliza Hilmi.Baik tak contoh ni?Haha..
So, macam mane nak atasi perasaan cemburu ni?Senang je sebenarnya.Bila sesuatu yang melibatkan perasaan,kita rujuk balik pada hati kita.And then tanya pada diri kita,kenapa kita harus cemburu?
Mungkin ada sesetengah orang akan cemburu bila orang lain ada sesuatu kelebihan tapi kita tak ade.Tapi sedarkah korang yang Allah tu maha adil.Korang lebih kat part tu tapi pasti korang ada kurang kat part yang lain.Guwa yakin tak de orang yang perfect dalam dunia ni.Jadi kata kuncinya kita harus bersyukur.
Ada juga orang yang cemburu bila apa yang dihajati tidak termakbul.Kepada golongan yang ni,guwa nak korang ingat ayat ni 'Allah sengaja hilangkan matahari,kemudian Allah datangkan hujan.Rupe-rupenya Allah nak wujudkan pelangi yang cukup indah'.Maksudnya,Allah adalah sebaik-sebaik perancang dan pelaksana.Mungkin korang tak dapat kawen dengan Nazmi Harimau muda,tapi korang dapat kawen dengan guwa yang diminati Heliza tadi.Ok?Kehkeh.
Jadi, macam mane kita nak jaga hati kita?Hati ni berkait rapat dengan amalan seharian kita.Kalau korang jenis yang jaga amalan insyaAllah hati korang akan bersih.Then,rajinkan beristighfar kerana ia merupakan makanan jiwa.Lepas tu,banyak-banyakkan la pi surau dengar ceramah agama.Kalau perlu,selalu-selalulah datang ke pilihan hati =P
Dan yang terakhir.Bagi guwa,perasaan cemburu ni juga boleh dikawal atau diatasi dengan pemikiran yang positif dan cemerlang.Guwa nak korang ingat ayat ni, 'Jangan biarkan pemikiran korang dikawal oleh perasaan,tapi biarlah pemikiran korang yang kawal perasaan korang'.Ingat sampai mati.
Guwa rase tu je kot yang guwa boleh share dengan korang.Guwa ada jugak dengar ada doa atasi cemburu.Guwa try google tak jumpe pulak.Huu..
p/s:siapa nak jemput guwa bagi motivasi boleh pm guwa =P
19 comments:
hakhak, btul. kdg2 sye rse sye mmg kuat cemburu. tp bile fkir balik, buat ape nk cmburu kn? nice en3 ;)
aku cemburu adik aku dpt tido bwh ketiak mak aku..iskhhh
hahaha contoh takley blah
nazmi pangkat adik
xjeles pon ngn awek die wakaka
huu..cemburu itu normal. fitrah hidup. kekadang.. selalu je anggap itu smua dugaan dari Allah SWT. nice entry..
"Jangan biarkan pemikiran korang dikawal oleh perasaan,tapi biarlah pemikiran korang yang kawal perasaan korang"
setuju bangett.. nanti bolehlah ustaz ganti fadzilah kamsah.kuikui
erk..motivator cinta ke hakim?
cemburu buat hidup tak tenang..free our mind and live our life to the fullest!
kalau berdepan gn org cemburu buta memang siksa hidup
smart! nice sharing! hmmm.... kalau cemburu dengan kejayaan orang lain? hek3! tu kena jadikan seseorang tu sebagai batu loncatan. ye dak? iyakan je. Hehe! :)
jangan sampai dengki-mendengki sudah.
cemburu kejap je, pastu buang.
habis la.. kena pandai kawal perasaan kan
cemburu kejap je, pastu buang.
habis la.. kena pandai kawal perasaan kan
oo, begitu.
ada juga perasaan cemburu tapi tak lama dan tak membahayakan =)
kalau cemburu tanda sayang tu tak apa,
tapi kalau cemburu buta tu memang
MENYAKITKANNNNNNNN ~
>_<
Eh?
1. Semarak rukun negara: Jom masuk felda 2011
2. Alahai jomlah jalan-jalan
Assalamualaikum...
nice entry...penyakit hati ni..boleh diatasi dgn baca alquran..
xnak kalah kan.. :P
aku x de rasa cemburu kat popuan ke laki.. sebab aku xde awek .. haha
thanks a lot hakim kerana penuhi hasrat akak...... :)
will follow this tips.....may Allah bless you.. :)
hakhak.heliza helmi ye?
ohh cemburu tnda syg.tp cmburu buta pn xleh jgk.agak2la kan.
hati-hati dengan cemburu sebab ia boleh makan diri sendiri :)
kalau yang terbaik adalah kembali ke agama mu, maka hati akan tenang :)
Post a Comment