Assalamualaikum~La ni mesti kita perasan ramai yang nak pangkat.Ramai yang kejar harta.Ramai jugak la yang nak menempah nama.Jangan nak tipu la kalau anda kata anda tak nak semua ni.Saya juga mengaku yang saya nak semua ni.Tapi saya dah cuba untuk mengawalnya dengan tidak melibatkan diri dalam benda-benda ni.Saya tak nak terlibat dengan benda yang berjawatan-jawatan ni.Dan juga saya cuba hidup bersederhana.Tapi saya juga dah membuat kesilapan.Apa dia?Saya cube lari dari tanggungjawab. Nauzubillahhiminzalik!!!
Dalam mengejar nama dan sewaktunya ni kita pasti akan lupa tanggungjawab kita kepada Allah.Kita pasti akan lupa janji kita kepada Allah.Kita akan lupa apa tujuan kita hidup kat dunia ni.Bukan nak bagi ceramah ye kawan-kawan sekalian.Saya cume nak beri sedikit tazkirah.Hukhuk..
Saya ada satu kisah menarik yang nak dikongsi dengan kawan-kawan sekalian.Sebenarnya kisah ni bukan la kisah yang saya reka atau saya baca.Tapi saya dengar pada khutbah jumaat baru-baru ni.Sebab itulah orang lelaki kena pergi awal macam saya..Hehe.Banyak ilmu yang menarik yang kita boleh dapat.
Pak imam hari ni maybe pak Imam yang dijemput khas.Tak pernah nampak pulak.Ok2.Pak imam memberi khutbah dengan tegas"Rasulullah adalah contoh terbaik.Baginda sanggup menahan lapar.Walaupun baginda telah ditawarkan dengan kekayaan,pangkat dan wanita.Baginda tetap menolaknya.Pada suatu hari telah berlaku dialog antara baginda dengan sebuah gunung(lupa pulak nama gunung ni).Gunung sangat kasihan melihat baginda yang lapar.Gunung ini telah mencadangkan agar baginda mengikat perut dengan batu.Kerana rasa kasihan gunung ini kepada baginda,gunung ini telah menawarkan agar baginda menggali dirinya nescaya tanah ini akan menjadi emas.Namun begitu,baginda tetap menolak tawaran tersebut."
Pak imam menyambung khutbah beliau."Gunung itu berasa hairan dengan sikap baginda.Lalu gunung itu bertanya kepada baginda.Wahai Rasulullah,kenapa kamu tidak menerima tawaranku.Kenapa kamu tidak ingin merasa kesenangan dan kekayaan sedangkan kamu amat mudah untuk memilikinya.Lalu baginda menjawab.Aku diutuskan oleh Allah bukan untuk mengajar manusia erti kekayaan dan kesenangan.Dengan sikap naluri yang ada pada manusia,mereka akan pelajari ia dengan sendirinya.Saya diutuskan di dunia ini adalah untuk mengajar manusia apa yang benar dan salah.Bagaimana ingin mencari keredhaan Allah dan berpesan-berpesan kepada kebenaran dan kesabaran."
Kat sini kita boleh lihat yang manusia ni memang tak kan lari dari sikap ingin merasa kesenangan dan kekayaan.Tapi apa yang saya nak tekankan.Benda yang kita cari ini lah yang akan kita tinggalkan.Benda yang kita sibuk siang malam cari ini lah yang akan kita bunag.Walau sesen pun tak akan kita bawa apabila kita mati nanti.Cube kita bayangkan.Dalam kesibukan mencari harta,kita lupa kepada tanggunjawab kita.Kita lupa membuat amalan kita kepada Allah.Sedar tak kita bahawa amalan ini yang akan kita bawa bersama di akhirat nanti.
Ini la manusia akhir zaman.Sangat berbeza dengan para sahabat.Para sahabat sanggup bergadai harta dan nyawa untuk Islam.Tapi kita pula sanggup bergadaikan agama dan maruah untuk harta dan nyawa.Cube kita renungkan.Betapa jauhnya perbezaan iman kita dengan para sahabat.~Renung-renungkan lah..
p/s:Sekadar peringatan bersama dari pilihan hati..
4 comments:
Terima kasih :)) Sangat menusuk hati. :)
betul2.
=)
:)
pesanan yang amat cantik
Post a Comment