Sunday, February 20, 2011

::kita mengabaikan Allah?::

Kita sebagai manusia memang dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.Ada yang lebih kat situ dan ada yang kurang kat sana.Ada hikmahnya kenapa Allah menjadikan kita sebegini.Antaranya adalah untuk mengelakkan dari kita bersikap sombong  dan riak.Dengan kekurangan yang kita ada ni kita dapat memuhasabah diri kita.Gunakan kelebihan yang ada dengan membantu insan yang memerlukan.Dan sebab itu la kita dicipta berpasangan.Untuk melengkapi antara satu sama lain.Bahasa mudahnya tolong cover kelemahan kita.Boleh diterima tak?Hukhuk.


Kita sebagai manusia juga tidak lari dari sikap lupa.Macam mantan PM kita cakap.Melayu mudah lupa.Sebenarnya bukan melayu saja yang mudah lupa.Tapi bila kita digelar manusia memang kita tak boleh lari dari masalah ni.Lupe ni masalah ke?Bagi saya ianya bukan masalah kerana lupa juga boleh jadi ubat kepada masalah kita.Tapi kalau mudah lupa tu memang masalah la kot.

Bukan semua, tapi ada sesetengah individu yang sering mengabaikan Allah.Bukan maksud saya lupa terus pada Allah.Tetapi meletakkan Allah di tempat yang kedua,ketiga, keempat dan seterusnya.Kita boleh lihat,ade sesetengah orang yang apabila masalah datang dia cari kawan dulu.Cari kekasih hati dulu.Mengadu sampai nangis-nangis.Sepatutnya kita perlu mengadu kepada Allah terlebih dahulu.Semua benda atau musibah yang melanda diri kita ini juga datangnya dari Allah.Dan Allah merukan doktor yang terbaik.Menangis la dihadapan Allah.Allah maha Mengasihani dan Allah sangat menyukai hambaNya yang meminta.

Ada juga sesetengah orang yang sering memuji kehebatan manusia."Hebat la Abu,tak da siapa boleh lawan dia".Kita sebenarnya perlu sedar bahawa semua kehebatan ini adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada kita.Puji lah Allah dengan ucapan 'Allah maha Besar'.Ada juga sesetengah orang yang sering mengutuk fizikal seseorang yang nasibnya kurang baik.Patut ke?Sebenarnya orang itu juga telah mengutuk ciptaan Allah.Insaflah wahai sahabatku.



p/s:siapa tak join segmen saya lagi??ayuh sahut cabaran!! click sini~ www.tips-fb.com

11 comments:

Aqila Borhan said...

Alhamdulilah...

entri yg manfaat. :)

athifah saidi said...

erm..
stuju2:)
xsempurna fizikal pon perasaan same cm kita jugakkan?

al_hakim said...

cik kyla:masyeh sudi bace..=)

athirah:betul..=)

Sunah Sakura said...

kadang2 kita melebihkan blog daripada ibadah kepadanya...insaf..

terima kasih untuk entry ni..

fify said...

entry yg sangat berguna :) thanks hakim.

Nazrul Ashraff said...

good entry..:DD

Qaseh Dalia said...

akim !
tq mengingatkan ...
header baru dah siap haha

ana_liyana said...

Lame ta komen kat blog senior nih..he3 Syukran ats perkongsian..
Benar, kbanyakan kita mengabaikan Allah..sdangkan yang paling berhak utk kita serahkan segala-galanya adalah kepada Dia.. Yang Maha Esa..

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda: Allah telah berfirman:

"Wahai anak Adam! Jika engkau ingat kepadaKu. Aku juga tetap ingat kepadamu. Dan jika engkau lupa kepadaKu. Aku masih ingat terus kepadamu. Apabila engkau taat kepadaKu. Maka pergilah ke mana saja yang engkau suka di tempat engkau mematuhiKu dan Aku mematuhimu dan engkau mengikhlaskan kecintaanmu kepadaKu dan Aku mengikhlaskan kecintaanKu kepadamu. Kemudian engkau memalingkan diri daripadaKu...sedang Aku tetap mengambil berat terhadapmu. Siapakah yang memberimu makan sewaktu engkau masih janin di dalam perut ibumu... Aku tetap menguruskan segala keperluanmu dengan baik. sehingga terlaksana semua takdirKu terhadapmu. Apabila Aku lahirkan engkau ke alam dunia lalu engkau pun membuat banyak maksiat. Bukan begini sewajarnya balasanmu. terhadap siapa yang berbuat baik kepadamu."
(Riwayat Rifa'i dan Abu Nasr)

Ya Allah..khilafnya kita..Malunya kita kpd Allah..
Semoga Dia ta jemu ampunkan dosa2 kita.. Parah kita kalo Dia da mula jemu.. We're nothing without Allah..
Wallahu'alam..

IHSAN HADIS : cahayamukmin.blogspot

al_hakim said...

sunah:betul2..dah sume!tutp blog!huu

fifY;masyeh sudi bce fie..=)

nazrul:masyeh...

qaseh:wah..nak tengok!

junior (ana):komen yg sangat membina n panjang!masyeh..

atien said...

time kasih .. i love this entry . :)

al_hakim said...

masyeh atien..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...