Wednesday, February 23, 2011

::aku kecewa dengan sikap dan perangaimu::

Ahad yang lepas saya dan rakan-rakan telah melancongkan diri.Tak de la jauh mane pun.Setakat ke padang besaq je.Sebenarnya ni kali pertama saya sampai padang besaq.Bukan senang orang jauh nak sampai padang besaq ni.Apa pun memang seronok sampai sana.Bershoping sakan.Saya rasa kalah pompuan bershoping kalau nak dibandingkan dengan saya time tu.Tapi time tu je k.

Lepas penat bershoping kami sambung lencongan kami ke Gua Gelam di Perlis.First time jugak sampai kat gua kelam ni.Nasib kami amat malang kerana time tu jugak la gua kelam ni tutup.Memang dah nasib badan.Time kami datang pulak die tutup.Time tutup la pulak kami datang.Last-last mandi kat luaq je.Haha.Padan muka ampa.

Macam biase.Tak sah kalau kat tempat yang mandi-mandi ni kalau tak dedah aurat.Tak kira la orang melayu atau tak(Islam atau tak tu saya tak tau la pulak).Depa ingat cantik la tu dedah sana sini.Depa tak sedar yang wanita muslimah ni lagi ayu.Baru cayaq tengok.Ni kain di badan pun tak cukup.Pastu nak lelaki yang soleh.Ape cer?Nak pasangan yang baik,didik diri jadi baik dulu.InsyaAllah yang baik akan datang dengan sendirinya.Fikir baik-baik ye.

Bagi saya,tempat macam ni memang tak sesuai untuk orang perempuan.Ye la.Kalau datang je nak mandi.Kalau nak mandi je nak tunjuk aurat.Tak payah la ye.Beli la tempat mandi yang budak-budak punye tu.Murah je.Letak kat bilik ayaq then mandi la puas-puas.Saya sangat kecewa dengan sikap-sikap saudara mara saya ni.Sanggup dedah aurat.Tak takut dosa ke?Ih ih dan ih!Kalau lelaki macam mane pulak?dedah jugak aurat tu.So, due-due tak payah!haha

Kekecewaan saya ditambah dengan keserian mereka yang mandi bersama pasangan masing-masing.Nak buat ape ni?adui.P la mandi tempat lain.Buat sakit mata je.Hukhuk.Romantik la tu konon.Bagi saya,kalau kita sayang seseorang tu kita tak kan bawak orang tu ke tempat yang macam ni.Ntah pape.Tak romantik langsung!

Hari ni jugak saya rase sedih sangat.Ada seorang mak cik yang ada tudung di kepala.Dihiasi dengan baju dan kain yang menutup aurat,Tup tup hilang kain dan tudung di kepala.Tinggal baju ngan suar tite je.Mak cik!Apa yang mak cik nak buktikan ni!Habaq kat saya mak cik!Rasa nak jerit je ni.Hukhuk..

Hari ni saya belajar banyak perkara.Antaranya, ramai yang kata depa ni Islam.Tapi tak nampak pun ciri-ciri keIslaman tu.Ramai juga yang kata depa ni Islam,tapi amek ringan soal aurat.Saya rase depa ni tau.Tapi saje je tu.Tak rase hukuman lagi kan.Dah rase dasyatnya hukuman Allah nanti baru nak sedar ke?Tak guna dah!


mood:kecewa~
www.tips-fb.com

13 comments:

Sunah Sakura said...

Itu tanda hati kita mati...naudzubillah...

Minggu Persahabatan Ke? :)

efa said...

tu tanda tak takut dosa la kot

al_hakim said...

sunah:moga kita tak tergolong dalam golongan tu..=)

efa:maybe!

Trx said...

betul2...lama dah tgok bnde2 mcmni...aisshhh....

Puan Nurussalwa said...

garang bab cmni xpe.. tp, garang len jgn la ye.. tu pun xelok jgk.

:)

al_hakim said...

syuk:jom banteras..hehe

awak:sy garang!hehe

Nazrul Ashraff said...

benda ni ada kat mana2 je..

dya adriza said...

wah.. melancong.. betul3. tp klu setakat celup2 kaki boleh kan? hehe

*fuyoo..dah tukar background.. sama cm manna_salwa la.. o_0

al_hakim said...

naz:betul..kita je yg kene pejam mata ...eheh

dya:celup kaki tak best!hehe..same ke?hukhuk

farhana sahri said...

makcik ooo makcik..huhu

al_hakim said...

farhana:hukhuk..makcik2..

Anonymous said...

Assalamu'alaikum warahmatullah ...

Alhamdulillah , tak ramai yg sedar tntg prkara ni tp enta terpilih utk mnyedarinya .

tp sbg hamba tiada siapa yg sempurna .

mgkn hri ini mrka jd begitu tp siapa tahu esk lusa mrka lbh baik dr kita ?

kita bknlh sesiapa yg blh mnilai sesipa shj tp sbaliknya kita hrus sma2 mndo'akn yg trbaik buat mrka dan diri kita krna x mustahil satu hri Allah akn jdkan kita plk spt mrka Na'udzubillah .

wallahua'alam ~

Nurul Aqilah said...

salam ziarah,,org islam skrg ni da senipis kulit bwg imannye..kalu x boleh dikawal hancur la jdinye..susah nk jumpe org yg betul2 mengikut ajaran islam zaman skrg ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...