Tuesday, February 22, 2011

::bersyukurlah dengan nikmat yang ada::

"Hari ni saya makan pisang je awak"."Hari ni saya dapat tidur 1 jam je awak"."Hari ni saya saya rasa tak puas hati dengan diri saya la awak".Sebenarnya sedar tak kita yang hari ni jugak ada insan yang tak makan apa-apa kerana terpaksa mengikat perut kerana tiada makanan mahupun wang.Sedar tak kita yang hari ni juga ada insan yang tak dapat rehat dan lelapkan mata langsung kerana negaranya tidak aman.Sedar tak kita yang hari ni juga ramai yang terkorban kerana terbunuh dan dibunuh oleh orang yang tak bertanggungjawab.Sedar tak kita akan semua tu?Betapa besarnya nikmat yang kita dapat, tetapi kita tak nampak.

Memang sudah menjadi adat ataupun lumrah yang manusia ni tidak pernah puas dengan apa yang ada.Tak payah pergi jauh.Tengok diri sendiri saja dan cukup.Pernahkah kita puas dengan apa yang kita ada?Kalau boleh nak lagi dan lagi.Tak pernah berterima kasih dan bersyukur kepada pencipta kerana memberi kita nikmat yang melimpah ruah.Ini kerana kita cuma nampak apa yang ada pada orang lain sedangkan nikmat yang diberi kepada kita tidak terkira nilainya.Ini lah yang dikatakan gajah yang besar di depan mata tak nampak sedangkan kuman yang jauh nampak dengan jelas.

Apa pun,kita perlu tahu bahawa nikmat yang paling besar yang kita ada adalah nikmat iman.Bukan semua insan perolehi nikmat ini.Betul kan?Jadi bila kita sudah dapat nikmat yang besar ni kite perlu bersyukur dan menggunakannnya dengan sebaiknya.Bukan sia-sia kan begitu sahaja.Takut Allah akan tarik nikmat ini kembali.

Kadang-kadang rezeki kita dikurangkan atau ditarik.Ini merupakan ujian dari Allah.Bukan sengaja Allah menguji kita.Bila Allah menguji kita maknanya Allah sayang pada kita.Kita juga perlu tahu.Ujian Allah ini ada bermacam rupa.Ada yang ditimpa musibah.Dan ada yang diberi rezeki yang melimpah ruah.Jika kita tidak berhati-hati, kita akan hanyut dengan hidup dan dunia kita.Apa-apa pun kembali lah kepada Allah tidak kira dalam keadaan senang mahupun susah.

mood ceramah*hukhuk

p/s:bersyukur lah dengan nikmat yang ada..=)..nasihat untuk diri sendiri dan rakan semua..
www.tips-fb.com

15 comments:

Puan Nurussalwa said...

yg makan pisang je tu saye la.. hehe~

sy bersyukur..
sje nk ngadu manje je..

uhuk~

Eliza Sulaiman said...

betul tu,

setuju sangat,

manusia kadang-kadang alpa ,

:)

niesz said...

betul tu..ALLAH dah tetapkn rezki tuk setiap mahlukNYA.. :)

syazwani ab said...

Betul2 .
ustazah wani pun ade cakap sebenarynya nikmat yang kite dapat kat dunia ni dah lebih dari cukup ^^

Niesa said...

Salam..nisa sokong entry ni...kdg2 kita mmg xpndai bersyukur dgn apa yg kta ada..sbb tu la perlunya kta ingt mengingti sesma insan agar lebih bersyukur dgn nikmat yg ada..smoga Allah sntiasa meredhai jln Hakim..amin~(^^,)

Noraini Jamil said...

fitrah manusia xpernah berpuas hati walaupun perkara yang dh dibuat kadang2 sudah berbaloi untuknya...

Nazrul Ashraff said...

baca kau punya entry mesti entry sedih atau entry pikir sampai otak pusing2..ngee.i like..

Gimi said...

Ak bersyukur atas nikmat yang Allah berikan.. nice entry

C-Tie said...

Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, Dia beri aku kaktus berduri. Aku minta pada Allah binatang mungil nan cantik, Dia beri aku ulat berbulu. Aku sedíh & berkata… “betapa tidak adilnya ini!” Kemudian…kaktus itu berbunga indah bahkan sangat indah, & ulat berbulu itupun menjelma jadi kupu2 nan elok. Aku terpesona & aku tersedar, itulah jalan Allah indah dan cantik pada waktunya. Allah tidak memberi apa yg kita inginkan, tapi…memberi apa yg kita perlukan, kadang2 kita sedih, kecewa & terluka, tapi ketahuilah jauh diatas segalanya, Allah selalu memberikan yang terbaik. Jadi, kita harus bersyukur atas segala nikmatNya & kurniaanNya..

al_hakim said...

awak:mmg manje tu..huu

cik eliza:sebab tu kite kene saling mengingati..=)

niesz:that rite..=)

wani:=)

niesa:amin..kita perlu sentiasa bersyukur kan niesa..

garfield:semoga kita tergolong dalam golongan yang bersyukur..amin

naz:hehe..pusing jgn tak pusing..

gimi:masyeh gimi..

Hafiza Hafinas said...

tak perlu mengubah apa yang Allah dah beri.. Allah dah beri yang terbaik utk hamba2Nya.. kalau rambut lurus n kerinting la.. dah putih nak gelapkan pulak... adoi.. bersyukur la..

farhana sahri said...

adang2 rasa kurang rezeki...asyik kena kuar duit je..hehee

al_hakim said...

chekjah:baetul tu..kita kene belajar bersyukr..

farhana:hukhuk..syukur2..hehe

Ema | Memoir said...

2 nikmat yang manusia sering lupa..
nikmat kesihatan dan waktu lapang..

Anonymous said...

haha..betul tu..kalo kte bersyukur dengan semua nikmat and ujian yang Allah bagi hidup pun rasa tenang jer..semuanya ada hikmah di sebaliknya.kalo asyik merungut bukan ada faedah pun

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...