Assalamualaikum...
Percaya tak kita yang ada sesetengah orang ni ada masalah nak tido awal.Kalau orang-orang kampung panggil depa ni owlman.Orang bandar panggil depa ni batman.Hehe.Mesti ada kan?Mungkin anda tergolong dalam golongan ni.Ala,golongan yang jenis tido pukul 4-5 pagi ni.Kata depa buat ape tido lame-lame.Banyak buang masa kat tidur je.Ye ye je depa tu.Kompem la kalau tido lewat bangun lewat.Mau-mau pukul 12 tengah hari baru bangun kot.
So bila ada masalah jangan pendam.Saya sebagai seorang sahabat sedia membantu.Kata pun pilihan hati.Tak pilihan hati lah kalau tak dapat membantu rakan-rakan sediri.Ada masalah?Jom kita setle kan...
Selalunya orang yang susah nak tido awal ni sebab memang dah jadi tabiat depa tido lewat pagi.Pukul 4 atau 5 baru nak tido.Waktu malam dah jadi pagi manakala waktu pagi jadi malam pada mereka ni.Sebab tu dipanggil owlman ataupun batman.Tapi jangan risau.Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.Jeng..jeng..jeng..
Bila kita payah nak tido awal,buatlah aktiviti yang memenatkan seperti beriadah pada petang hari.Buat sampai habis tenaga dan keluar semua peluh.Kompem malam tu tido awal.Kalau nak lagi nyenyak siap kuar air liur basi sume,sebelum tido,pi lari pecut satu melaka.Melaka ni tak de la besar mana.Tapi kalau berlari satu Melaka memang boleh tercabut lutut.Tak pasal-pasal kena tidur kat wad..
Tak boleh nak tido jugak walaupun penat?Pi try ambil buku-buku agama dan baca.Fokus pada buku agama tu.Kompem 5 minit dah terlentok.Tangkap lentok orang kata.Kalau tak de buku agama,buku sejarah pun boleh.Pengalaman memang banyak mengajar kita.Hehe.Kelas sejarah lah paling ramai yang tumbang.So,aplikasikan dalam kehidupan seharian ok!Ini falsafah pendidikan ni.Lingkup budak-budak..hehe
Apa!Tak berkesan?Wah..tak leh jadi ni.Nampak pintu?Nampak dinding?Try pi hantuk kepala kat dinding!Kuat-kuat sikit ye sampai pengsan.Kompem esok pagi bangun segar bugar macam baru keluar dari peti ais.Kalau nak lagi segar hentak lagi kuat lah.Baru hasilnya mengancam! =P
Haha.Setakat ni saya kongsi tiga cara dahulu ye.Kalau dapat sambutan nanti saya kongsi yang lain.Setiap masalah ada caranya kan?Cume nasihat saya,jangan amalkan pengambilan ubat tidur.Tak bagus untuk kesihatan anda.Yang penting kita jaga kesihatan kita untuk beribadah kepada Allah. =)
p/s:yang hantuk kepala tu tak payah try tau..bahaya!! =P
Assalamualaikum.
Macam mane life you alls sekarang?Happy?Sedih?Result exam tak ok?Ke sedih sebab Nora elena nak habis dah?Ish-ish..Mana ada cerita yang tak pernah habis.Mesti la kita nak tau ending sesebuah cerita kan?You alls pun ada ending nye tau.Sabau je la..
You alls kenapa ni?Meh habaq ceq.Ada masalah ngan suami ke?Kawen pun tak lagi.Macam mane ade masalah ni?Aish.Masalah kucing?Yang you alls pi bela kucing wat pe.Bela la harimau ke,buaya ke..kan ada ending tu bile kena ngap.Tak yah sedih-sedih lagi.
Fuuhh..cukup!Merapu sudah.Berbalik kepada tajuk entry kali ni,tak susah nak hidup bahagia.Saya tahu rahsianya dan saya nak share dengan semua.Anda pun boleh kongsi dengan rakan-rakan anda.Sebab,ilmu ni bukan milik saya.Bukan juga milik anda.Tapi,ilmu ni adalah milik Allah yang maha Mengetahui.Jadi,anda jangan buat macam anda punye ilmu ye.Jangan jadi seperti albert einstein yang bangga dengan ilmunya.Padahal bukan ilmu die pun.Hukhuk.Die-die je saya panggil.Macam member pulak.
Dalam life ni,bila kita nak bahagia,kita kena bahagiakan orang lain dahulu.Senang je.Kita pegang konsep memberi,bukan menerima.Bila orang lain bahagia,nescaya kita juga akan bahagia.Percaya tak?Tak caya?Try dulu.Konsep ini lagi berkesan jika diaplikasikan dalam rumah tangga.Mana saya tahu ni?Kawen pun tak lagi.Ada hati nak cakap pasal rumah tangga.Hah!jangan disangka air laut yang tenang tiada buaya.Buaya orang lain ok!
Apa pun,cara yang terbaik untuk bahagia saya rasa semua orang tahu.Apa caranya tu encik hakim oi?Ya,dengan mendekatkan diri dengan Allah.Kompem bahagia dunia akhirat.Lihat saja Rasulullah.Walaupun baginda tidak hidup mewah,tetapi baginda bahagia bersama keluarga baginda.Apa rahsia baginda?Allah..Ya!Allah.
Ada juga orang kata yang harta ni menjamin kebahagian.So,carilah pasangan yang kaya raya.Nak raya nanti senang.Boleh dapat baju raya banyak-banyak.Ish.Ade ke?Harta langsung tak menjamin kebahagian.Bila berharta,risiko nak dirompak tu tinggi.Nak kena culik pun boleh.Tak masuk lagi depa-depa yang iri hati tu.Kalau depa bako rumah kita macam mane pulak?Nak raya mane?Hurm,entah lah,tak pernah rasa kaya lagi.Hehe
So simple nak bahagia kan?Jadi jangan masam-masam.Hidup mahu bahagia.Mati pun biar dalam keadaan bahagia ye =)