Tuesday, June 14, 2011

::tak susah nak hidup bahagia::

Assalamualaikum.


Macam mane life you alls sekarang?Happy?Sedih?Result exam tak ok?Ke sedih sebab Nora elena nak habis dah?Ish-ish..Mana ada cerita yang tak pernah habis.Mesti la kita nak tau ending sesebuah cerita kan?You alls pun ada ending nye tau.Sabau je la..


You alls kenapa ni?Meh habaq ceq.Ada masalah ngan suami ke?Kawen pun tak lagi.Macam mane ade masalah ni?Aish.Masalah kucing?Yang you alls pi bela kucing wat pe.Bela la harimau ke,buaya ke..kan ada ending tu bile kena ngap.Tak yah sedih-sedih lagi.



Fuuhh..cukup!Merapu sudah.Berbalik kepada tajuk entry kali ni,tak susah nak hidup bahagia.Saya tahu rahsianya dan saya nak share dengan semua.Anda pun boleh kongsi dengan rakan-rakan anda.Sebab,ilmu ni bukan milik saya.Bukan juga milik anda.Tapi,ilmu ni adalah milik Allah yang maha Mengetahui.Jadi,anda jangan buat macam anda punye ilmu ye.Jangan jadi seperti albert einstein yang bangga dengan ilmunya.Padahal bukan ilmu die pun.Hukhuk.Die-die je saya panggil.Macam member pulak.


Dalam life ni,bila kita nak bahagia,kita kena bahagiakan orang lain dahulu.Senang je.Kita pegang konsep memberi,bukan menerima.Bila orang lain bahagia,nescaya kita juga akan bahagia.Percaya tak?Tak caya?Try dulu.Konsep ini lagi berkesan jika diaplikasikan dalam rumah tangga.Mana saya tahu ni?Kawen pun tak lagi.Ada hati nak cakap pasal rumah tangga.Hah!jangan disangka air laut yang tenang tiada buaya.Buaya orang lain ok!



Apa pun,cara yang terbaik untuk bahagia saya rasa semua orang tahu.Apa caranya tu encik hakim oi?Ya,dengan mendekatkan diri dengan Allah.Kompem bahagia dunia akhirat.Lihat saja Rasulullah.Walaupun baginda tidak hidup mewah,tetapi baginda bahagia bersama keluarga baginda.Apa rahsia baginda?Allah..Ya!Allah.


Ada juga orang kata yang harta ni menjamin kebahagian.So,carilah pasangan yang kaya raya.Nak raya nanti senang.Boleh dapat baju raya banyak-banyak.Ish.Ade ke?Harta langsung tak menjamin kebahagian.Bila berharta,risiko nak dirompak tu tinggi.Nak kena culik pun boleh.Tak masuk lagi depa-depa yang iri hati tu.Kalau depa bako rumah kita macam mane pulak?Nak raya mane?Hurm,entah lah,tak pernah rasa kaya lagi.Hehe



So simple nak bahagia kan?Jadi jangan masam-masam.Hidup mahu bahagia.Mati pun biar dalam keadaan bahagia ye =) www.tips-fb.com

7 comments:

Puan Nurussalwa said...

mati biar dalam keadaan beriman.. hepi tak hepi belakang kira.
=)
neway,
Alhamdulillah.. suka entri ni.
:)

AnakPakZohar said...

hati bahagia bila dekat dengan Allah.. =)

al_hakim said...

cik salwa:insyaAllah org yg beriman akan mati dlm keadaan yg bahagia..

yadz:thats true..

Unknown said...

Betul2 ;)
Harta memang tak menjamin kebahagiaan seseorang sebab tak smua orang yang berharta itu hidup bahagia kalau dah asyik kejar harta je kja :) .

al_hakim said...

betul..tak salah nak kejar harta..tp berpada pada la..hukhuk,,harta tu tak kemana la..

Unknown said...

nak happy dalam hidup,utamakan tuhan dalam setiap perbuatan kita

al_hakim said...

betul..utamakan Allah..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...