Monday, June 13, 2011

::dalam mihrab cinta::

Assalamualaikum...


Tak nak review nora elena.Tak nak review KL Gangster.Tak nak review X-men jugak.Tapi saya nak review filem dalam mihrab cinta.Kenapa filem ni jugak yang saya pilih?Bukan dah lama ke?Alah!Suka hati I la.Hehe.Filem-filem lain tu dah ramai orang review dah.Penat den nak bace.Filem-filem yang islamik ni sape pulak nak review?Nak tunggu imam-imam muda atau imam-imam tua review kan?Tak dok la aih...


Apa menariknya filem indon ni?Dah la tak support filem-filem melayu!Ni dok bangga filem negara luar pulak?Tak melayu langsung!Ish.Melayu ke Islam yang lagi penting?Senang cite jage dua-dua la kan?Tapi,jangan kerana adat agama diketepikan.Agama first okaih!


Syamsul Hadi

-hero
-berumur 20 tahun
-pandai bersilat
-penuntut persantren Al-Furqan di Daerah Kendiri

Sylvie

-heroin
-guru matematik 
-anak orang kaya
-tunang burhan

Zizi

-heroin
-adik pemilik pesantren Al-Furqan
-wanita solehah
-penyabar dan baik hati

Ceritanya bermula begini.Zizi dalam perjalanan pulang ke pesantren barangkali mendapat kabar yang bapanya meninggal dunia.Di dalam kereta api beliau menangis seorang diri.Pengarah filem telah mengarah Syamsul Hadi agar menaiki kereta api yang sama.Kalau kereta api lain-lain memang tak jadi la cerita ni.Hehe.Pengarah filem ni memang bijak sebab die merancang agar Syamsul mendapat tempat duduk bersebelahan dengan Zizi.Kalau sit lain-lain memang syamsul tak jumpa zizi ni.Kalau nak jumpe pun mungkin kat kedai makan atau kedai topup kot.Sebelum turun dari kereta api,syamsul telah menyelamatkan zizi dari begnya dicuri.Nak dijadikan cerita,tempat yang dituju syamsul dan zizi ni adalah sama iaitu ke pesantren Al-Furqan di daerah Kendiri.Cuma tujuan mereka je lain.Tujuan Syamsul adalah ingin menuntut di sana.


Pada suatu hari,burhan yang merupakan teman sekamar syamsul telah memerangkap dan menfitnah syamsul sebagai pencuri.Burhan sanggup bersumpah semata-mata ingin menyelamatkan diri dia dari dikatakan penipu.Burhan sebenarnya iri hati dengan syamsul yang kacak lagi bergaya.Dia ingin sekali melihat syamsul menderita dan dibuang dari pesantren.

Akhinya Syamsul didapati bersalah dan beliau dibuang dari persantren.Keluarganya sendiri tidak termasuk emak dan adiknya tidak dapat menerima syamsul sebagai pencuri.Mereka mempercayai syamsul bersalah dalam hal ini.Emak dan adik Syamsul tidak mempercayai semua ini dan lebih menyebelahi Syamsul.Mungkin naluri wanita ni hebat jugak kan?Lagi-lagi naluri seorang ibu.



Syamsul nekad lari dari rumah kerana beliau beranggapan tiada gunanya beliau dirumah jika tiada sesiapa yang mempercayainya.Akhirnya,beliau terpaksa mencuri dan meragut kerana wang sakunya telah habis.Beliau tertangkap dan diletakkan di penjara.Berita seorang pencuri ini terpampang di dada akhbar negeri sana.Surat khabar ape ntah.Lupe!

Syamsul dibebaskan oleh adiknya dengan syarat die ikut pulang ke rumah.Syamsul melarikan diri kerana tidak sanggup pulang ke rumah.Dia terus melakukan aksi hebatnya iaitu meragut setelah mendapat beberapa ilmu meragut dan membuat jahat dari beberapa orang legend peragut ketika di penjara.Yang peliknya,legend pun kena tangkap.Aish..

Secara kebetulan,beliau telah meragut dompet tunangan burhan iaitu Sylvie.Dia mengambil keputusan untuk mendekati sylvie untuk membalas dendam dengan perbuatan burhan.Syamsul juga telah mendapat pekerjaan di tempat yang sama dengan Sylvie iaitu sebagai seorang ustaz dengan berkat ilmu yang beliau ada ketika berada di persantren.

Syamsul akhirnya bertaubat dan meneruskan kehidupannya sebagai seorang ustaz.Beliau mendapat banyak jemputan untuk membuat ceramah kerana beliau hebat dalam memberi ceramah.Beliau juga telah mendapat kerja tetap di tv untuk mengisi slot dakwah.


Nak dijadikan cerita,rahsia burhan dimana dia telah menfitnah syamsul telah terbongkar.Burhan telah dipenjara di atas kesalahannya itu.Syamsul juga telah membongkar identiti burhan yang sebenarnya kepada keluarga Sylvie.Akhirnya,keluarga sylvie telah memutuskan tali pertunangan mereka kerana sikap burhan yang buruk itu.

Secara terus terang,syamsul juga telah memberitahu sylvie bahawa die sendiri yang telah meragut dompet sylvie.Sylvie marah tetapi dia tahu syamsul sudah berubah.Sebelum tu ye,syamsul memulangkan kembali dompet yang diragutnya dahulu dengan wang yang sedia ada di dalam setiap dompet dengan menggunakan pos.Kalau pulang face to face mahu kena parang jugak ustaz syamsul ni.Hehe.

Keluarga sylvie telah mendatangi keluarga syamsul dengan niat mahu bertanya ustad syamsul sudah ada yang punya ke?Akhirnya mereka bertunang dan akan berkahwin.Dalam diam,Zizi sebenarnya juga meminati Syamsul.Syamsul mengetahui hal ini tetapi beliau merasakan yang dirinya tidak layak untuk Zizi yang solehah.Sebab itulah beliau memilih Sylvie.


Dalam cerita ini,sebelum perkahwinan mereka,Sylvie telah kemalangan dan meninggal dunia.Allah telah menemukan Ustaz Syamsul dengan Zizi kembali.Akhirnya mereka berkahwin dan menjadi pasangan suami isteri yang bahagia.Tamat..

p/s:ini bukan review ni, macam buat jalan cerita je..hehe.
www.tips-fb.com

::sekolahku syurgaku::

Hari ni hari isnin.Maka bermulalah persekolahan adik-adik kita selepas penat bercuti selama 2 minggu.Saya ni pula yang bergelar guru pelatih masih ade seminggu untuk guna dengan sebaiknya.Actualy, banyak benda yang nak dibuat tertangguh bila duk rumah ni.Mana taknya,asyik layan movie,online dan game.Banyak mase habis kat sini je.Tak masuk waktu tidur lagi tu.Ish..


Itu intro.Tapi bila kita bercerita tentang sekolah,pasti saya akan teringat waktu saya kecik-kecik dulu.Zaman duit belanje pun masih lima kupang.Sekarang ni jangan cakap,RM 1.99 sen pun tak cukup.Mesti nak RM2 jugak.Kalau lima kupang makan roti je la jawabnya.Roti gardenia coklat pun dah enam kupang kot.Gula gula jadi la.Lama-lama kena kencing manis.Lagi ribuan ringgit diperlukan untuk operate kaki.Wuuu



Sebenarnya,saya rindu zaman sekolah saya dulu.Masih terngiang-ngiang di igatan setiap perbuatan saya di sekolah.Kena rotan tu perkara biasa.Budak nakal la katakan.Tapi,nakal bukan sebarang nakal.Harapan sekolah tu.Hehe.Tak macam budak sekarang.Nakal tu sama,tapi pelajaran dilupakan.Macam mane nak jadi orang yang berguna?


Nak diceritakan,saya mula menjejakkan kaki di sekolah tercinta semasa darjah 3.Maka bermulalah kehidupan seorang budak KL yang baru berpindah ke Melaka tetapi lahir di johor.Buat-buat faham la ye.Perpindahan ke Melaka ini membuatkan saya terpaksa meninggalkan seorang sahabat karib di KL.Dulu pi sekolah sama-sama.Jalan sama-sama.Tidur pun sama-sama.Macam adik beradik.Ya,saya sebenarnya di jaga oleh ibunya ketika ayah dan ibu saya berkerja.Kehidupan di KL memang sangat mencabar.Siapa yang malas di KL pasti akan hidup susah dan ketinggalan.



Begitulah serba sedikit mengenai diriku yang bernama Mohamad Hakim bin Mohamad Nor.InsyaAllah, lepas ni nak cite pengalaman di sekolah pulak.Hehe.Ada ke yang bace ni?Tak pe la.Moga apa yang saya tulis ini akan mengukuhkan lagi kenangan manis saya ini. =)

www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...