::sekolahku syurgaku::
Hari ni hari isnin.Maka bermulalah persekolahan adik-adik kita selepas penat bercuti selama 2 minggu.Saya ni pula yang bergelar guru pelatih masih ade seminggu untuk guna dengan sebaiknya.Actualy, banyak benda yang nak dibuat tertangguh bila duk rumah ni.Mana taknya,asyik layan movie,online dan game.Banyak mase habis kat sini je.Tak masuk waktu tidur lagi tu.Ish..
Itu intro.Tapi bila kita bercerita tentang sekolah,pasti saya akan teringat waktu saya kecik-kecik dulu.Zaman duit belanje pun masih lima kupang.Sekarang ni jangan cakap,RM 1.99 sen pun tak cukup.Mesti nak RM2 jugak.Kalau lima kupang makan roti je la jawabnya.Roti gardenia coklat pun dah enam kupang kot.Gula gula jadi la.Lama-lama kena kencing manis.Lagi ribuan ringgit diperlukan untuk operate kaki.Wuuu
Sebenarnya,saya rindu zaman sekolah saya dulu.Masih terngiang-ngiang di igatan setiap perbuatan saya di sekolah.Kena rotan tu perkara biasa.Budak nakal la katakan.Tapi,nakal bukan sebarang nakal.Harapan sekolah tu.Hehe.Tak macam budak sekarang.Nakal tu sama,tapi pelajaran dilupakan.Macam mane nak jadi orang yang berguna?
Nak diceritakan,saya mula menjejakkan kaki di sekolah tercinta semasa darjah 3.Maka bermulalah kehidupan seorang budak KL yang baru berpindah ke Melaka tetapi lahir di johor.Buat-buat faham la ye.Perpindahan ke Melaka ini membuatkan saya terpaksa meninggalkan seorang sahabat karib di KL.Dulu pi sekolah sama-sama.Jalan sama-sama.Tidur pun sama-sama.Macam adik beradik.Ya,saya sebenarnya di jaga oleh ibunya ketika ayah dan ibu saya berkerja.Kehidupan di KL memang sangat mencabar.Siapa yang malas di KL pasti akan hidup susah dan ketinggalan.
Begitulah serba sedikit mengenai diriku yang bernama Mohamad Hakim bin Mohamad Nor.InsyaAllah, lepas ni nak cite pengalaman di sekolah pulak.Hehe.Ada ke yang bace ni?Tak pe la.Moga apa yang saya tulis ini akan mengukuhkan lagi kenangan manis saya ini. =)
5 comments:
ada je yang baca..
ade... pembaca setia.. ;)
kak wardah n cik awk:tq..=)
eh2..sekolah kat melaka?..kat mane ea?..hehe :)
iola:di selandar je..=) tau ke?
Post a Comment