wahai sahabatku..
kenapa ramai yang mengalirkan air mata hanya kerana sebuah cerita dunia
tetapi tidak mengalirkan air mata ketika sedang bermunajat kepada Allah..
wahai sahabatku..
kenapa ramai yang sanggup berpusu-pusu ke konsert
tetapi ceramah dan majlis agama banyak lagi kerusi kosong..
wahai sahabatku..
kenapa seorang artis diagung-agungkan
tetapi seorang khalifah dan pejuang Islam langsung tidak dikenali..
wahai sahabatku..
kenapa hal dunia sering dibangga-banggakan
tetapi hal akhirat langsung mereka tidak tahu...
wahai sahabatku..
kenapa ramai yang kata mereka Islam
tetapi mereka tidak memperjuangkan Islam..
wahai sahabatku..
kenapa ramai yang sanggup berhabis duit untuk dunia
tetapi tidak mampu untuk bersedekah walaupun satu sen kepada mereka yang memerlukannya..
sahabatku..
mengapa ini semua berlaku?
hanya mereka dan mereka saja yang tahu..
semoga kita semua sentiasa berada dalam redha Illahi..
amin ya Rabb..