Tuesday, June 7, 2011

::bukan Fatin liyana,ben ashaari,zack zukhairi,cik epal dan lain-lain::

Assalamualaikum..


Fatin liyana terkenal dengan kecantikan,fashion dan gaya penulisannya yang menarik.Cik epal pun seiring dengan fatin liyana.Ben Ashaari pula terkenal dengan segmen,peramahnya dengan blogger dan juga entrynya yang simple tapi penuh dengan kata nasihat.Manakala zack Zukhairi terkenal dengan gaya penulisannya yang menarik dan lukisannya.Mereka semua hebat kerana mereka ada gaya dan cara yang tersendiri.


Kita?Apa yang kita ada?Bukan dengan cara meniru mereka.Mereka dengan cara mereka.Kita dengan cara kita.Setiap orang ada cara yang tersendiri untuk berjaya.Meniru bukan cara yang terbaik.Jika kita pilih itu sebagai cara kita,makanya kita telah membuat satu kesilapan.



Sebagai seorang blogger,kita perlu cari identiti kita sendiri.Kita perlu asah dan tajamkan kebolehan kita.Jangan terlalu terikut dengan orang lain kerana itu ideniti mereka.Mereka pakar dalam bidang mereka.Kita?Cari kepakaran kita dan pasti kita akan berjaya.Dalam mencari kepakaran kita,kita perlu sabar dan tabah.Berkat kesabaran dan tabah yang akan membantu kita dalam dunia blog ini.


Saya tahu,saya bukan sesiapa untuk bercakap begini.Saya tahu saya hanya insan kecil dalam dunia blog.Tapi percayalah!Insan kecil ini lah yang akan bangun suatu hari nanti untuk menggantikan mereka-mereka yang hebat ini.Bukan maksud saya ingin menjatuhkan mereka.Tetapi biar kita seiring dengan mereka.



Kita tak cantik?Itu tak diperlukan dalam dunia blog.Bukan kecantikan yang dinilai.Gaya dan mutu penulisan yang dinilai dalam dunia ini.Tak pandai menulis?Saya tergolong dalam golongan ini.Tapi,jika kita tak cuba maka kita telah tewas awal-awal lagi.Belum cube belum tahu.Dah cube baru berjaya.Itu prinsip saya.Tak kreatif?Kreatif ini bukan semua orang ada.Tapi ia boleh dicari dan diasah.Tiada apa yang mustahil kan?


Bila ada identiti sendiri,kita akan lebih bermotivasi untuk berbloging.Kita juga akan lebih bersemangat.Dengan motivasi dan semangat yang tinggi ini,percayalah,entry-entry kita akan semakin menarik dan berkualiti.Secara langsung,orang akan mula kenal kita dan minat pada entry-entry kita.Menunggu setiap entry baru untuk dibaca.


*tempat menunggu..hehe
Kita mungkin lihat kejayaan mereka yang manis,tapi kita tak pernah tahu kesusahan mereka sebelum tiba saat yang manis ini.Jadi,biarlah kita merasa kepayahan ini dulu sebelum kita merasa kesenangan seperti mereka.Yang penting,biar Ikhlas dalam berbloging..


mood:semangat ni!Gambate!!hehe.. www.tips-fb.com

::ramainya blogger dunia..::

mood-insap...

Assalamualaikum..

Saya perasan yang bilangan blogger semakin bertambah.Ini satu perubahan yang sangat bagus.Orang kata,blogger ni suka membaca.Lagi-lagi kalau isu yang panas dan hot.Gosip-gosip.Lagi panas kan?Kejap je penuh komen pada entry tu.Ni kan salah satu usaha memupuk sikap suka membaca.Ye ke?

Hari ni saya insap.Semalam saya ditegur oleh cik tunang.Janganlah jadi blogger dunia semata-mata.Tak ada manfaatnya.Kelak, kita akan ditanya.Apa yang kita lakukan ke atas blog kita.Jika kita mensia-siakan blog kita begitu saja, faham-faham je la akibatnya.Takoooott..


Apa itu blogger dunia?Blogger dunia adalah blogger yang menceritakan hal-hal dunia semata-semata.Nasihat saya,buat lah entry yang bermanfaat.Jangan hanya ingin kan keseronokan.Kalau boleh,hindarkan gosip-gosip ni semua.Tak de manfaatnya pun.

Cuba kita contohi blogger-blogger yang memperjuangkan agama Islam.Ada faedah dan manfaatnya.Ini tak,tak habis-habis dengan gosip-gosipnya.Apa yang kita dapat bila bergosip ni?Tarraaaak!Baik tolong promosikan blog pilihan hati ni.Boleh jugak orang kenal.


Tak salah kalau kita menceritakan mengenai hal dunia.Tapi jangan sesekali melupakan hal akhirat.Kita semua tahu,jika kita kejar dunia,pasti akhirat akan pergi begitu saja.Tapi bila kita kejar akhirat,dunia yang akan mencari kita.Faham kan?So,mari kita kejar akhirat!


www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...