Tuesday, June 7, 2011

::bukan Fatin liyana,ben ashaari,zack zukhairi,cik epal dan lain-lain::

Assalamualaikum..


Fatin liyana terkenal dengan kecantikan,fashion dan gaya penulisannya yang menarik.Cik epal pun seiring dengan fatin liyana.Ben Ashaari pula terkenal dengan segmen,peramahnya dengan blogger dan juga entrynya yang simple tapi penuh dengan kata nasihat.Manakala zack Zukhairi terkenal dengan gaya penulisannya yang menarik dan lukisannya.Mereka semua hebat kerana mereka ada gaya dan cara yang tersendiri.


Kita?Apa yang kita ada?Bukan dengan cara meniru mereka.Mereka dengan cara mereka.Kita dengan cara kita.Setiap orang ada cara yang tersendiri untuk berjaya.Meniru bukan cara yang terbaik.Jika kita pilih itu sebagai cara kita,makanya kita telah membuat satu kesilapan.



Sebagai seorang blogger,kita perlu cari identiti kita sendiri.Kita perlu asah dan tajamkan kebolehan kita.Jangan terlalu terikut dengan orang lain kerana itu ideniti mereka.Mereka pakar dalam bidang mereka.Kita?Cari kepakaran kita dan pasti kita akan berjaya.Dalam mencari kepakaran kita,kita perlu sabar dan tabah.Berkat kesabaran dan tabah yang akan membantu kita dalam dunia blog ini.


Saya tahu,saya bukan sesiapa untuk bercakap begini.Saya tahu saya hanya insan kecil dalam dunia blog.Tapi percayalah!Insan kecil ini lah yang akan bangun suatu hari nanti untuk menggantikan mereka-mereka yang hebat ini.Bukan maksud saya ingin menjatuhkan mereka.Tetapi biar kita seiring dengan mereka.



Kita tak cantik?Itu tak diperlukan dalam dunia blog.Bukan kecantikan yang dinilai.Gaya dan mutu penulisan yang dinilai dalam dunia ini.Tak pandai menulis?Saya tergolong dalam golongan ini.Tapi,jika kita tak cuba maka kita telah tewas awal-awal lagi.Belum cube belum tahu.Dah cube baru berjaya.Itu prinsip saya.Tak kreatif?Kreatif ini bukan semua orang ada.Tapi ia boleh dicari dan diasah.Tiada apa yang mustahil kan?


Bila ada identiti sendiri,kita akan lebih bermotivasi untuk berbloging.Kita juga akan lebih bersemangat.Dengan motivasi dan semangat yang tinggi ini,percayalah,entry-entry kita akan semakin menarik dan berkualiti.Secara langsung,orang akan mula kenal kita dan minat pada entry-entry kita.Menunggu setiap entry baru untuk dibaca.


*tempat menunggu..hehe
Kita mungkin lihat kejayaan mereka yang manis,tapi kita tak pernah tahu kesusahan mereka sebelum tiba saat yang manis ini.Jadi,biarlah kita merasa kepayahan ini dulu sebelum kita merasa kesenangan seperti mereka.Yang penting,biar Ikhlas dalam berbloging..


mood:semangat ni!Gambate!!hehe.. www.tips-fb.com

19 comments:

Falling . said...

betol3~

Anonymous said...

cari identiti masing2,,

shada wentz said...

saya tiru sape? huhu

syaza nazura said...

Betul tu. Kita tak boleh tiru orang lain, kita kena guna identiti kita sendiri, jangan hipokrit semata-mata mahu dikenali ramai:)

p/s. malas nak sign in, internet sekolah lambat. :D

syaza nazura
www.syazanazura.blogspot.com :)

heart_fatin said...

yes u r rite.. sy stuju..!!

zacky786 said...

btol tu :D

n.a :) said...

"ikhlas dalam berblog"

yup, betul. tak kesah lah pasal follower atau jadik famous, yang penting ikhlas menulis entry2. :)

nice one lah hakim.

sjaa64 said...

semangat ni yg kita nak..yeah!!!

Unknown said...

identiti 2 penting..
xmaju if asyik mo tiru penulisan org len..
;)

Miera Hassan said...

betul... stuju.hihi

kaAka said...

btl 2...apa2 pn mst kna ada jati dri,btl x cg???

al_hakim said...

kaaka:hukhuk..yeah!

Abu Huzaifah said...

aku adalah aku.. :)

cik husna said...

entry y TERBAEKKK... :)

Ben Ashaari said...

:) blog adalah identiti blogger .. cari keunikan masing masing ... pembaca akan ingat uniknya blog kita itu ..

Raden said...

ape yg spesel pd belog ku?
erm...im a jawa tok tok gurl!

Shar Asqif said...

btol2. stiap org ada identiti yg brbeza.wlopon cuba mniru pn ia ttap tak sma.better jd diri sndri :)

Nissa Jalaluddin said...

best nya entri ni.penguat semangat utk newbie mcm saya..tq

[wani_mn] said...

saya tulis je apa2.. HAHA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...