Sunday, June 5, 2011

::bertemu dengan pakar cinta::

Assalamualaikum..


Jam 12 malam semalam maka berakhirlah segmen yang saya anjurkan.Melalui segmen ni memang saya lihat ramai yang berpotensi untuk jadi pakar cinta ni.Caya tak?Tak pe.Kejap lagi saya buktikan.Kepada mereka-mereka ni try la pi interview kat hospital atau klinik-klinik yang berdekatan.Mana tau ada jawatan kosong kan.Ahaks!Betul kan?Memang di Malaysia banyak masalah cinta..



Macam-maca versi jawapan yang saya jumpa.Ada yang kata cinta macam makanan,debunga,dan macam-macam lagi la.Ada jugak yang kata cinta ni macam belacan.Tapi bukan geng ni la.Geng budak sekolah mana ntah.Tak de yang lagi sedap dari belacan ke?Pizza ke?Kfc ke..kan sedap sikit tu.Mahal pun mahal.Hehe..


PHD
1.Cinta itu macam pelangi
2.Cinta itu fitrah
3.Cinta itu ibarat debunga


Master
1.Cinta buat kita lupa
2.Cinta tidak perlu sesiapa


Degree
1.Cinta itu kaca
2.cinta itu pelengkap
3.cinta itu unik
4.Cinta itu seperti makanan
5.Cinta itu komitmen
6.Cinta itu suci
7.Cinta ibarat bermain bola sepak


So,kalau nak lihat apa kata pakar cinta kita ni just klick perumpamaan mereka ni.Sangat menarik dan kreatif.Keep it up!^.^Bagi saya cinta itu apa pulak?Cinta itu memudahkan dan dimudahi.Boleh diterima dek akal tak?hehe.. www.tips-fb.com

::20 tahun aku di dunia::

Assalamualaikum..


Tepat pukul 12 malam tadi maka genap la 20 tahun aku kat bumi Allah ni.Macam-macam kenangan manis dan pahit yang aku dah lalui.Sejak dari baby yang memang aku tak ingat apa-apa sampai la sekarang ni aku berumur 20 tahun.Tak sangka.Dah masuk alam 20 an aku ni rupenya.Dalam sedar tak sedar la kan.Risau jugak ni,kalau tak sedar lagi nanti dah masuk alam 50 an pulak.Bahaya!Orang kata alam 50 an tu memang sangat kritikal.Memang wajib keluar masuk hospital.Oh tidak..


Aku mungkin tak teringat langsung zaman baby dan zaman kecik ku dulu.Tapi ayah pernah cakap yang aku bukan jenis yang pandai memilih.Apa yang dibagi yang itu lah akan ku ambil.Senang cerita aku ni seorang yang tidak memilih dan terima seadanya.Ibu pula menambah cerita yang aku bukan jenis yang suka bercakap.Kalau dalam kereta lama aku hanya berdiri di belakang dengan mendepa kan tangan bersandar ke sit.Sambil-sambil tu aku melihat pemandangan ciptaan Allah yang indah ini.Entah apa yang aku fikirkan ye.


*kereta ni lah yang aku maksudkan =P
Semasa bayi,ibu kata kulitku putih dan kemerahan-merahan.Orang kata aku ni macam anak bosnia.Entah lah.Tak pernah tengok cermin pulak.Hehe.Tapi apa yang aku pasti,la ni kulitku hampir sama dengan orang bangla.Sikit lagi je ni.Nasib la aku jaga sikit.Kalau tak,kompem depa orang-orang bangla tu tegur aku kalau nampak aku.Depa ingat aku ni geng depa gak kot.


Begitulah kehidupan ku.Apa yang aku pasti aku mula bernasyid pada umur 6 tahun.Hebat tak hebat la tu.Umur 6 tahun dah biasa berdiri di atas pentas.Microphone tu aku buat member je.Tapi itu lah,bukan ketetapan Allah untuk aku menjadi seorang artis atau penyanyi.InsyaAllah aku akan menjadi seorang guru yang berjaya.Tapi aku tetap bersyukur kerana aku diberi pengalaman yang banyak dalam bidang nasyid ni.Walaupun tak sehebat mana,masih banyak yang perlu dipelajari,tapi aku suka dan bersyukur.Pada siapa yang nak jemput nasyid boleh contact ye.Harga boleh runding.Hehe


*macam ni la aku kecik-kecik dulu..=P
Begitulah sedikit sebanyak mengenai aku.Aku harap,dengan bertambahnya umur aku ni,aku akan menjadi semakin matang.Aku akan lebih berfikir sebelum melakukan sesuatu.Aku juga akan membaiki akhlakku.Semoga aku tergolong dalam golongan yang diredhainya.Aku juga berharap agar aku akan menjadi insan yang berguna pada agama,bangsa dan negara.Aminnnn...



www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...