Tepat pukul 12 malam tadi maka genap la 20 tahun aku kat bumi Allah ni.Macam-macam kenangan manis dan pahit yang aku dah lalui.Sejak dari baby yang memang aku tak ingat apa-apa sampai la sekarang ni aku berumur 20 tahun.Tak sangka.Dah masuk alam 20 an aku ni rupenya.Dalam sedar tak sedar la kan.Risau jugak ni,kalau tak sedar lagi nanti dah masuk alam 50 an pulak.Bahaya!Orang kata alam 50 an tu memang sangat kritikal.Memang wajib keluar masuk hospital.Oh tidak..
Aku mungkin tak teringat langsung zaman baby dan zaman kecik ku dulu.Tapi ayah pernah cakap yang aku bukan jenis yang pandai memilih.Apa yang dibagi yang itu lah akan ku ambil.Senang cerita aku ni seorang yang tidak memilih dan terima seadanya.Ibu pula menambah cerita yang aku bukan jenis yang suka bercakap.Kalau dalam kereta lama aku hanya berdiri di belakang dengan mendepa kan tangan bersandar ke sit.Sambil-sambil tu aku melihat pemandangan ciptaan Allah yang indah ini.Entah apa yang aku fikirkan ye.
*kereta ni lah yang aku maksudkan =P
Semasa bayi,ibu kata kulitku putih dan kemerahan-merahan.Orang kata aku ni macam anak bosnia.Entah lah.Tak pernah tengok cermin pulak.Hehe.Tapi apa yang aku pasti,la ni kulitku hampir sama dengan orang bangla.Sikit lagi je ni.Nasib la aku jaga sikit.Kalau tak,kompem depa orang-orang bangla tu tegur aku kalau nampak aku.Depa ingat aku ni geng depa gak kot.Begitulah kehidupan ku.Apa yang aku pasti aku mula bernasyid pada umur 6 tahun.Hebat tak hebat la tu.Umur 6 tahun dah biasa berdiri di atas pentas.Microphone tu aku buat member je.Tapi itu lah,bukan ketetapan Allah untuk aku menjadi seorang artis atau penyanyi.InsyaAllah aku akan menjadi seorang guru yang berjaya.Tapi aku tetap bersyukur kerana aku diberi pengalaman yang banyak dalam bidang nasyid ni.Walaupun tak sehebat mana,masih banyak yang perlu dipelajari,tapi aku suka dan bersyukur.Pada siapa yang nak jemput nasyid boleh contact ye.Harga boleh runding.Hehe
*macam ni la aku kecik-kecik dulu..=P
Begitulah sedikit sebanyak mengenai aku.Aku harap,dengan bertambahnya umur aku ni,aku akan menjadi semakin matang.Aku akan lebih berfikir sebelum melakukan sesuatu.Aku juga akan membaiki akhlakku.Semoga aku tergolong dalam golongan yang diredhainya.Aku juga berharap agar aku akan menjadi insan yang berguna pada agama,bangsa dan negara.Aminnnn...
17 comments:
Selamat Hari Lahir.
Moga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan baik dan dimurahkan rezeki. Insyaallah.
dill.
selamat ary lahir ;)
sanah helwah!
may ALLAH bless u always
insya-ALLAH..amin :)
As Salam,
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke 20..
Semoga Allah s.w.t sentiasa merahmatimu.Amin. :D
Amin ~ all the best for ur future..
happy birthday 2 u!
may allah bless u and grant all ur wish :)
Assalamualaikum:)
Happy Birthday, moga selalu diberkati olehNya. Moga panjang umur, murah rezeki :)
p/s. suka baca your entries. keep it up :)
selamat hari lahir hakim. :)
may ALLAH bless you.
semoga diluaskan rezeki, dipanjangkan umur.
semoga berjaya. :)
Happy 20th bornday. !! welcome to the club . no more teenage world ryte . hehehe..;))))
happy sweet 20 ;))
semoga panjang umur dan murah rezeki..
beday kamo same dengan abah yart lah umur je berbeza haahah
oh dah 20 . hehe Tia lama lagi . bulan sebelas .. tua sikit lah ni ;)
selmat tua..opss!!!moga panjang umur dan murah rezeki...
Assalamualaikum...
alhakim..
pelangi nak ucap selamat hari lahir...
semoga diberkati Allah selalu...
dan semoga jadi bakal guru yang cmrlang..=)
happr besday.
moga terus sukses.
as salam...
▂ ▃ ▅ ▆ 100%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄
umur dah meningkat, mari kita sama-sama pertingkatkan amal ibadah
=)
pakcik makin dekat umur 30-1n..
laptop kata pergi, kubur kata mari~
maka, banyakkan amal demi redha-Nya..insya'Allah datang dengan gembira ;)
jom berbalas singgah menyinggah berkongsi ilmu, pendapat dan cerita ;)
Entri terbaru :
isu maki hamun berubah menjadi umpat
terima kasih..huhu~ =)
^_^ hb.
Selamat ulang tahun..
semoga dipanjangkan umur yg diredhai dan dimurahkan rezeki
Post a Comment