Wednesday, June 1, 2011

::beza blogger lelaki dan wanita::

Assalamualaikum..


Lelaki dan perempuan sudah pasti sangat berbeza.Maybe ada la sikit-sikit je yang samanya.Tak payah pi jauh.Kalau tengok dari segi fizikal je kita dah tau yang tu wanita atau yang tu lelaki.Boleh terima tak?Hehe..


Hari ni kita relaxkan minda ya.Apa kata kita lihat perbezaan antara blogger lelaki dengan wanita.Maybe kita boleh lihat antara keistimewaan antara blogger lelaki dan blogger wanita.



First sekali,bila kita buka je blog seseorang tu sebenarnya kita dah boleh bezakan pemilik blog itu adalah wanita atau lelaki.Macam mane pulak tu kan?Ya,melalui template atau background blognya.Wanita akan lebih kepada template yang bewarna lembut seperti pink.Pastu ada la bunga-bunga sikit.Bukan sikit ye rakan-rakan,tapi banyak.Boleh dikatakan hampir memenuhi blog tersebut.


Kalau lelaki pulak macam mana?Macam biasa la.Lelaki lebih suka kepada warna-warna gelap seperti hitam."Hitam nampak kemas".Kan-kan?Tapi ada juga sesetengah blogger lelaki yang suka pada warna lembut.Macam saya.Tapi bukan bermakna saya lembut ya.Saya sekadar suka warna lembut kerana sedap mata memandang.Tak gitu?



Kemudia,kita beralih pula kepada entry-entry yang dihasilkan.Kalau wanita la kan.Depa ni jenis yang suka berangan.Betul tak?Bek ngaku cepat!Hehe.Tak salah sebenarnya.Tapi berangan depa ni macam lebih-lebih je.Buat entry pasal berangan bertunang tak pun kawen.Pastu duduk kat kerusi pengantin.Tangkap gambar banyak-banyak.Macam tu la.Hehe..


Lelaki pulak.Ada je yang berangan.Tapi tak la jadi pengantin.Berangan lelaki ni pun lebih kepada sesuatu yang berbaloi.Ceyh,kat mana yang berbaloi entah la.Ye kot.Lelaki kan suka berangan-angan jadi superhero macam batman,otromen,dan hero-hero lain.Berbaloi la bila dapat selamatkan bumi. =P


Tapi,apa yang saya respect pada blogger wanita adalah gaya penulisan mereka.Ramai blogger wanita yang pandai menulis.Entry tu.Panjang melebar.Berbeza dengan lelaki.Lelaki maybe tak berapa nak pandai menulis.Merapu banyak.Contoh terbaik adalah saya sendiri la.Merapu adalah sebahagian dari hidup saya.Tapi,bukan bermakna lelaki tak hebat.Bagi saya,blogger lelaki memang kreatif-kreatif.Tak caya?Ce tengok saya.Eh,semua saya pulak ni!


Begitulah sedikit sebanyak perbezaan antara blogger lelaki dan wanita.Apa yang saya sangat pasti adalah blogger wanita lebih ramai dari lelaki.Tak tau kenapa.Maybe wanita lebih banyak idea dalam menulis atau lelaki yang tak suka menulis.Semua jawapannya ada pada anda..


p/s:maybe ada perbezaan lain..ce cite.. www.tips-fb.com

::cantik vs tak cantik,bersyukur vs tak bersyukur::


-Saya tak cantik.So awak ade masalah dengan saya?Saya tak pernah pun kacau awk.Awak jagan ganggu hidup saya tau!
-Saya tau saya cantik.So awak ada masalah?Plissss,jangan ganggu hidup saya!grrrrr~

Assalamualaikum pembuka bicara..

Kat atas ni saya kepilkan dua ayat yang maybe kita pernah dengar.Wanita yang pertama mengatakan dirinya tidak cantik tetapi sering dinggangu.Pernah tak kita dengar?Kalau ade pun mesti jarang-jarang kan?Wanita yang kedua pula mengatakan dirinya cantik dan dia sering diganggu.Mesti kita selalu dengar kan?Sure selalu punye..

So,apa kesimpulan yang kita dapat?Kesimpulannya,bersyukur lah dengan apa sahaja kurniaan Allah.Jika diri kita tidak cantik sudah pasti ada hikmahnya.Kita tidak akan diganggu dan sebagainya(tak disimbah asid).Siapa la nak ganggu orang yang tak cantik ni kan.


Kepada yang cantik pula,gunakanlah kurniaan Allah itu dengan sebaiknya.Jangan sesekali memandang rendah pada orang lain.Sesungguhnya setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Apa yang nak saya tekankah adalah,setiap ciptaan Allah itu berbeza.Kalau semua nak cantik siapa pulak tak nak cantik?Kalau semua nak kaya.Siapa pulak nak miskin?Ini maknanya,hidup kita ni perlu saling bergantung.Depend on each other dalam bahasa omputihnya.Ada nelayan untuk menangkap ikan.Ada orang tengah untuk memasarkan ikan tersebut.Dan ada orang kaya untuk membeli hasil tangkapan itu.Tanpa salah satu dari pihak kan nampak macam ade kurangnya kan?


Jadi,belajar-belajarlah untuk menerima diri kita seadanya.Jangan sesekali cuba mengubah ciptaan Allah yang indah ini.Apa yang patut kita lakukan adalah bersyukur dan gunakan kurniaan Allah ini dengan sebaiknya.

Sesungguhnya,Allah ciptakan matahari untuk menerangi bumi pada waktu pagi.Bulan pula dicipta untuk waktu malam.Segala ciptaan Allah ini ada hikmahnya.Tanpa matahari,bergelaplah kita pada waktu pagi.Tanpa bulan pula,bergelaplah kita pada waktu malam hari.Jika matahari dibiarkan dari pagi hingga ke malam,maka berpanaslah kita dan kita tidak berpeluang merasai kedamaian di malam hari.Jika bulan dibiarkan hingga ke pagi pula,dari manakah sumber untuk membuat oksigen,maka tidak bernafaslah kita.Begitu sempurna dan indahnya ciptaan Allah.Sesungguhnya,Dia maha mengetahui dan sebaik-baik perancang.


p/s:entry ni banyak merapu ke banyak membantu?merapu vs membantu..hehe
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...