Wednesday, June 1, 2011

::cantik vs tak cantik,bersyukur vs tak bersyukur::


-Saya tak cantik.So awak ade masalah dengan saya?Saya tak pernah pun kacau awk.Awak jagan ganggu hidup saya tau!
-Saya tau saya cantik.So awak ada masalah?Plissss,jangan ganggu hidup saya!grrrrr~

Assalamualaikum pembuka bicara..

Kat atas ni saya kepilkan dua ayat yang maybe kita pernah dengar.Wanita yang pertama mengatakan dirinya tidak cantik tetapi sering dinggangu.Pernah tak kita dengar?Kalau ade pun mesti jarang-jarang kan?Wanita yang kedua pula mengatakan dirinya cantik dan dia sering diganggu.Mesti kita selalu dengar kan?Sure selalu punye..

So,apa kesimpulan yang kita dapat?Kesimpulannya,bersyukur lah dengan apa sahaja kurniaan Allah.Jika diri kita tidak cantik sudah pasti ada hikmahnya.Kita tidak akan diganggu dan sebagainya(tak disimbah asid).Siapa la nak ganggu orang yang tak cantik ni kan.


Kepada yang cantik pula,gunakanlah kurniaan Allah itu dengan sebaiknya.Jangan sesekali memandang rendah pada orang lain.Sesungguhnya setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Apa yang nak saya tekankah adalah,setiap ciptaan Allah itu berbeza.Kalau semua nak cantik siapa pulak tak nak cantik?Kalau semua nak kaya.Siapa pulak nak miskin?Ini maknanya,hidup kita ni perlu saling bergantung.Depend on each other dalam bahasa omputihnya.Ada nelayan untuk menangkap ikan.Ada orang tengah untuk memasarkan ikan tersebut.Dan ada orang kaya untuk membeli hasil tangkapan itu.Tanpa salah satu dari pihak kan nampak macam ade kurangnya kan?


Jadi,belajar-belajarlah untuk menerima diri kita seadanya.Jangan sesekali cuba mengubah ciptaan Allah yang indah ini.Apa yang patut kita lakukan adalah bersyukur dan gunakan kurniaan Allah ini dengan sebaiknya.

Sesungguhnya,Allah ciptakan matahari untuk menerangi bumi pada waktu pagi.Bulan pula dicipta untuk waktu malam.Segala ciptaan Allah ini ada hikmahnya.Tanpa matahari,bergelaplah kita pada waktu pagi.Tanpa bulan pula,bergelaplah kita pada waktu malam hari.Jika matahari dibiarkan dari pagi hingga ke malam,maka berpanaslah kita dan kita tidak berpeluang merasai kedamaian di malam hari.Jika bulan dibiarkan hingga ke pagi pula,dari manakah sumber untuk membuat oksigen,maka tidak bernafaslah kita.Begitu sempurna dan indahnya ciptaan Allah.Sesungguhnya,Dia maha mengetahui dan sebaik-baik perancang.


p/s:entry ni banyak merapu ke banyak membantu?merapu vs membantu..hehe
www.tips-fb.com

Tuesday, May 31, 2011

::cinta Dia::


orang kata..
cinta itu buta..
tapi sedarkah kita..
bahawa yang buta itu kita,bukan cinta anugerah Allah..

orang juga kata..
tak kenal maka tak cinta..
maknanya,ramai lagi yang tak kenal Allah..
sebab ramai yang tidak mencintai Allah..
ramai yang lebih cinta pada harta dan dunia..


cinta juga boleh diibaratkan seperti angin..
ianya selalu bertiup sepoi-sepoi bahasa..
tapi berhati-hatilah..
jika ribut datang menjelma..
berpegang teguh lah pada asas yang kukuh(Islam)..


ada juga yang kata..
cinta tidak perlu dicari..
kerana cinta itu akan datang sendiri..
tapi,adakah cinta Allah tidak perlu dicari?
adakah ianya perlu ditunggu hingga datang sendiri?
kelak mati,kita yang rugi..


sekadar renungan bersama..
sekian~
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...