Tuesday, May 24, 2011

oh cinta...

Lama betul rasenya tak mengupdate blog ni.Rase rindu ingin menaip.Rasa rindu untuk kunjung ke blog rakan-rakan seperjuangan.Bukan tak nak menaip atau berkongsi sesuatu dengan rakan-rakan.Tapi kesibukan yang melanda diri menjadi punca saya terpaksa berjauhan dengan blog dan rakan-rakan blogger.InsyaAllah,esok exam saya yang terkahir.Mohon doa ye rakan-rakan.

Orang sering berbicara tentang cinta.Orang sering berdebat mengenai cinta.Masing-masing ada pendapat dan pendirian masing-masing.Masing-masing ingin menegakkan apa yang mereka tahu.Tapi tahukah kita hanya Allah yang Maha mengetahui.Saya akui bahawa sehingga kini saya sendiri masih tak mengetahui apa itu erti cinta.Cinta sangat mendalam maksudnya.

Bagi saya,cinta bukan sesuatu yang mudah.Ianya sangat complicated kerana ia melibatkan perasaan.Jika tidak dijaga dengan betul,ia boleh membawa kepada kecundangan.Jika tidak dipelihara ia boleh membawa kita kepada maksiat.Itu bahayanya cinta.Tapi, cinta itu sendiri mempunyai kebaikannya.Kerana cinta kita boleh berjaya.Kerana cinta kita boleh jadi seorang yang kuat.Kerana cinta kita sanggup berkorban harta benda dan segala.


Berikutlah apa yang saya faham mengenai cinta.Kita sendiri yang menentukan jenis cinta kita.Cinta maksiat,cinta kerana Allah,cinta monyet, itu semua ketentuan kita.Cinta juga boleh diibaratkan seperti seorang bayi yang baru lahir.Kita yang berkuasa sepenuhnya untuk membentuk bayi tersebut.Kita yang bertanggungjawab memberi didikan agama kepada bayi itu.Jika kita gagal menjalankan tanggungjawab kita,maka gagallah kita.Tapi sedarkah kita bahawa kegagalan ini akan membawa bayi itu kepada kehancuran.Pabila dia menjadi dewasa,lebih banyak benda yang terlarang dilakukannya.Kecuali dengan kehendak Allah.Allah akan membantu kanak-kanak itu.Sesungguhnya Allah itu sangat mengetahui dan berkuasa ke atas sesuatu yang dikehendakinya.

Dalam bercinta, pengorbanan itu sangat penting.Tapi apa itu pengorbanan cinta?Adakah kita beri cinta kita tu pada orang lain?Adakah pengorbanan cinta itu bermaksud kita korban kan diri atau berkorban harta benda?Entah lah.Saya sendiri kurang pasti dengan apa itu pengorbanan cinta.Yapi apa yang saya tahu,cinta selalunya menjadi batu penghalang untuk seseorang melakukan kebaikan.Tapi bukan semua.Ini apa yang saya lihat pada masyarakat kita kini.Jadi apa itu pengorbanan cinta?Yang pertama,kita berkorban untuk berubah dan bentuk cinta yang diredhai Allah.Yang kedua,korbankan cinta kita tu untuk seseorang yang lebih berhak untuk memilikinya.Jangan kita yang menjadi batu penghalang kepada orang lain untuk berubah.


Begitulah apa yang saya faham mengenai cinta.Tapi saya yakin,bukan itu maksud cinta yang sebenar.Ada yang lebih mengetahuinya.Apa-apa pun,sentiasalah berdoa agar orang yang kita cinta berjumpa dengan seseorang yang baik dan sesuai disamping mampu membantu perjuangan si dia. =)

Cinta umpama sungai,ia akan tetap mengalir walaupun banyak halangannya..tapi,jangan sesekali kita menjadi salah satu penghalang laluan sungai itu..biarkan saja ia mengalir..


www.tips-fb.com

Monday, May 16, 2011

::tips kaya dalam solat::

Assalamualaikum~

Hari ni bangun awal.Hajat nak study di pagi hari.Orang kata study pagi-pagi ni senang masuk.Betul ke?Mudah-mudahan.Semuanya dengan kehendak Allah kan?Apa sekali pun boleh terjadi.

Kepada mereka yang dah bangun ni.Ampa solat subuh pukul bape tadi?Hah!Tak solat?Awat cam gitu ceq oi.OOO..Tak leh solat.Paham-paham.Tapi kalau lelaki jangan nak mengada ye.Saya sekeh kunk.


Kita perlu menjiwai setiap perbuatan kita agar kita dapat merasai nikmat apa yang kita buat itu.Contoh la kalau wanita-wanita kat luar sana yang menitiskan air mata kalau tengok cerita melayu atau korea anda jangan pelik.Itu maknanya mereka menjiwai cerita tersebut.Seakan-akan depa yang berlakon tu.

Hal ini sama juga dalam solat.Kalau kita dapat menjiwai atau khusyuk dalam solat pasti kita akan merasai nikmat solat itu.Kita tak akan rasa penat dalam melakukan solat dan lebih banyak solat-solat sunat yang akan kita lakukan.Percaya tak?

Bagitu hebatnya nikmat solat ini kan?Saya akui,memang sukar untuk mendapatkan khusyuk ketika dalam solat.For sure dalam solat pasti kita fikirkan banyak perkara. "Nak makan ape ek lepas ni?" , "Nak update blog la lepas ni.Nak buat entry macam mane nak khsyuk dalam solat".Hehe.Padahal tengah solat tu kan.


Yang pertama,sebelum solat,kita perlu pastikan pakaian yang kita pakai itu bersih dan sesuai untuk solat.Jangan pakai baju yang ada lambang-lambang rock,tengkorak dan lain-lain.Ini akan menganggu fikiran orang lain termasuk pak imam "Eh,budak ni.Nak solat ke nak pi konsert" (kata pak imam dalam hati).

Yang kedua,pastikan tempat solat anda bersih dari segala kotoran.Kotoran-kotoran ini akan mengotorkan pemikiran kita.Hehe.Tak de la sampai macam tu.Tapi kotoran ini akan menganggu solat kita.Kata la tengah khusyuk-khusyuk solat ni tiba-tiba ada tahi cicak di tempat sujud kita.Pasti ia ganggu fikiran kita."Nak sujud tang mana ni?Nak kene senget sikit ni.Kalau kena ni sure batal".

Yang ketiga,amalkan membaca 3 qul iaitu surah an-na,surah al falaq dan surah al-ikhlas sebelum solat.Tujuannya adalah untuk menghindarkan solat kita dari gangguan syaitan.Depa ni bukan  boleh tengok kita senang.Lagi-lagi kalau kita nak beribadah.Jahat depa ni kan?

Cara yang keempat adalah dengan kita memahami setiap ayat yang kita baca.Kita faham maksud ayat-ayat itu baru akan timbul rasa takut kepada Allah.Sesungguhnya hukuman Allah itu sangat dasyat bagi mereka yang melanggar perintah Allah.


Yang kelima,buat solat secara berjemaah.Dengan berjemaah kita akan lebih merasai nikmat solat ini.Dengan solat berjemaah juga,kita akan lebih mudah untuk mendapat khusyuk kerana syaitan sukar menganggu mereka yang berjemaah.Lagi pun pahala berjemaah lagi banyak kan?27 kali ganda.Tak nak ke?Jom solat berjemaah(nasihat untuk diri sendiri..Hehe)


Selain itu,kita perlu pastikan wuduk yang kita ambil sebelum solat adalah sempurna.Wuduk yang sempurna mampu membantu kita untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.Disamping itu,ia akan memadamkan dosa-dosa kecil kita.Betul kan?

Yang terkahir,elakkan diri kita dari melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan khusyuk solat kita dan solat orang lain.Maksud saya disini,jangan bercakap ketika orang sedang solat.Silent atau tutuplah handset ketika sedang solat.Kalau ada panggilan ketika sedang solat,ia akan menganggu solat kita dan solat orang lain.Sesungguhnya,tiada panggilan yang lebih penting dari seruan Illahi.


Berikut merupakan sedikit sebanyak tips bagaimana untuk mendapat khusyuk di dalam solat.Tidak lupa juga kepada faktor pemakanan dan juga waktu solat.Buat la solat diawal waktu.Kalau solat diakhir waktu for sure fikiran kita kalut dan cepat nak habis.Betul kan?Saya tak de pengalaman lagi.Kawan-kawan yang cerita.Hehe.
 
p/s:bagaimana dengan perkongsian saya hari ni?mana yang kurang sila tambah-tambah ye.. www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...