Wednesday, May 4, 2011

::kebersihan tanggungjawab bersama::

Assalamualaikum~Sat agi ade kelas.Pape pun update blog dulu.Selagi ade idea kita tulis dulu.Idea ni bukan bertahan lama sangat.Ia umpama nasi saya yang cepat basi macam nasi saya semalam.Hehe.Ade pulak kan?

Kebersihan itu separuh daripada iman.Saya rase semua orang tahu benda ni.Tapi biasa lah manusia,tahu benda tu tak boleh,tak baik,tak bagus,tapi benda tu jugak la yang nak dibuatnya.Macam merokok jugak la.Semua orang tahu benda tu tak elok untuk kesihatan dan haram tapi ramai je nak try,test dan apa-apa lah.Last-last ketagih.Bukan salah perokok je.Yang jual pun bersalah.Nanti pandai-pandai la jawab ye.


Seperti mana yang kita tahu,kebersihan ni sangat penting kerana ia menggambarkan diri kita.Kalau kotor pakaian kita dan rumah kita maka itulah yang menunjukkan diri kita.Mungkin kita selekeh dan tidak mementingkan kebersihan.So,macam mane nak khusyuk dalam beribadah?Salah satu cara nak khusyuk dalam beribadah adalah berpakaian bersih dan melakukan ibadah di tempat yang bersih.Jadi,apa komen anda?

Apa yang saya nak tekankan kali ni adalah mengenai kebersihan tandas.Ya!memang kita tahu tandas memang tempat yang kotor.Tapi kebersihannya tetap kita perlu jaga.Untuk apa ye rakan-rakan?Untuk keselesaan pengguna.Saya pasti rakan-rakan semua mesti tak selesa jika menggunakan tandas yang kotor.Saya akuinya kerana saya sendiri melalui benda yang sama.Kekecewaan saya bertambah apabila ada juga tandas surau atau masjid yang dibiarkan kotor.


Sebagai seorang muslim,kebersihan itu amat dititikberatkan.Jadi, apa salahnya jika kita telah menggunakan tandas yang kotor dan kita membersihkannya.Jangan menambah kekotoron itu dan memberi beban kepada orang lain.Dapat pahala kan jika kita ikhlas?Bukan payah pun,just sembur sedikit air ataupun tarik flush.Senang je nak dapat pahala kan?


Jadi kepada rakan-rakan di luar sana,apa salahnye sekali sekala kita guna tandas yang kotor dan bersihkan ia.InsyaAllah kita kan dapat manfaat dari usaha kita itu.Jangan pilih tandas yang bersih je ye =P.Ini lah yang dikatakan kebersihan tanggungjawab bersama. www.tips-fb.com

Tuesday, May 3, 2011

::stress berbloging::

Assalamualaikum~Hari ni cuaca ok.Yang tak ok nye nasi saya yang rase macam dah basi.Ish-ish.Saya pun jadi tak ok.Tapi nak buat macam mane.Redha je la kan.Dah nasib lah labu.Hehe

Percaya tak berbloging ni kadang-kadang boleh buat kita stress.Ini pengalaman saya dan beberapa rakan blogger yang lain.Pelik kan?Bukan berbloging ni tempat nak release tension ke?I mean tempat kita luah perasaan dan kurang lah stress tu kan?


Ada betulnya.tapi saya bukan jenis yang melepaskan emosi di blog.Bagi saya,tempat terbaik untuk kita meluahkan perasaan adalah kepada Allah dan orang yang kita percaya.Blog ni adalah bacaan umum.Kalau nak berkongsi ilmu,blog memang medium yang sangat tepat.

So, macam mane nak elak dari stress ni?

1.Berbloging perlu ikhlas-Eh,berbloging pun nak ikhlas ke?Itu sudah pasti!Apabila kita ikhlas,apa yang kita nak sampaikan pasti akan sampai kepada pembaca,Then kita dapat pahala.Kan-kan?
2.Jangan mengaharapkan follower,komen dan seangkatan dengannya-Bila kita berbloging,kita jangan terlalu mengaharapkan orang akan follow kita.Siap dah sasaran nak 1000 folllower malam ni jugak.Kalau tak sampai sasaran memang kita akan stress.Dengan kata lain jangan terlalu mengharap dari orang lain,nak komen banyak,nak orag like.Tak perlu semua tu.


3.Bukan kerana trafik-kebanyakkan blogger ni mengharapkan trafik yang banyak.jadi satu hari tu mahu 4 hingga 5 entry.Jadi kualiti emtry yang dihasilkan semakin berkurangan.Masalahnya berlaku bila entry banyak dah dipost tetapi orang tak datang baca.Sure stress punye.
4.Entry mengikut mana yang mampu-Ada juga sesetengah blogger yang menetapkan satu hari 3 hingga 4 entry.Ini akan memberi masalah kepada blogger .Nasihat saya,bile ada idea baru menulis.Tak perlu terlalu perah otak dan tergesa-gesa ingin membuat entry baru.Bagi pembaca peluang membaca entry anda yang sedia ada.


5.Jangan terlalu dengar kata orang lain-Ini merupakan faktor yang sangat penting untuk mengelakkan masalah stress dalam berbloging.Kita tidak perlu terlalu mendengar kata-kata atau komen orang lain.Blog kita tak best la.Tak matang la.macam-macam lagi.Yang penting kita enjoy menulis dan perbaiki dari hari ke hari.InsyaAllah kita akan menjadi penulis yang hebat.
6.Pastikan emosi menulis dalam keadaan yang stabil-Kalau nak menghasilkan entry baru pastikan emosi kita dalam keadaan yang stabil.Kalau tak stabil,entry kita akan menjadi tak stabil dan pembaca juga menerima nasib yang sama.Jadi ia juga akan memberi kesan kepada kita kerana tidak berjaya menghasilkan entry yang baik.


Sebenarnya banyak lagi cara nak hilangkan masalah stress ketika berbloging.Nasihat saya,kita perlu ikhlas berbloging.Secara tidak langsung trafik,follower dan komen akan datang dengan sendirinya.Nasihat ini untuk diri saya juga~ www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...