Tuesday, May 7, 2013

Politik? PWTC pi pesta buku

Niat asal guwa adalah untuk menghasilkan entry berbaur politik. Tapi selepas guwa pikir dua tiga puloh kali, pikir punya pikir, guwa cancelkan plan A guwa. Banyak sangat dah orang bercerita pasal politik. Tak kurang di dada akhbar, facebook dan blog masing-masing. Jadi, better guwa jadi lain daripada yang lain. Lelaki Melayu terakhir gitu.

Kelmarin, guwa telah pergi ke pesta buku antarabangsa di PWTC. Guwa telah berkampung di sana selama dua hari satu malam. Berkampung ni bukan bermakna guwa buat tiang, lepas tu buh atap buat tangga bagai tu. Berkampung ni makna lainnya lebih kurang macam ang melepak atau menghadirkan diri kat sana. Lebih kurang la. Guwa pun tak berapa nak pasti. Hukhuk.


Antara novel yang sempat guwa sambar dalam kesibukan di PWTC adalah novel latest Hlovate yang bertajuk 'Anthem'. Secara kasarnya, Anthem ni berkisarkan mengenai kehidupan seorang remaja perempuan yang berlifestylekan kehidupan 'nomad' yakni bepindah randah. Dia sudah terbiasa dengan life stylenya ketika di India dan beberapa negara eropah. Apabila dia balik ke Malaysia, dia seakan-akan tidak diterima oleh orang melayu di Malaysia. Secara perlahan-perlahan, dia berubah dengan mendalamai apa itu Islam sebenarnya. Sejujurnya, guwa sendiri tak habis baca lagi. Kalau nak guwa cerita panjang, takut banyak yang menyimpang dari yang lurusnya. So, kalau ang nak tahu lebih lanjut, korbankan RM24 untuk sebuah novel yang padat dengan kata nasihat dan pengajaran ini. Serius tak rugi.

(gambaq guwa tibai google je)

Di PWTC, teringin juga guwa menyambar dua tiga biji nobel lain. Tapi disebabkan dengan kegairahan kaum-kaum hawa yang tidak lengang-lengan di booth novel, guwa batalkan segala niat suci guwa ini. Kat sini, guwa nak kongsikan satu perbualan antara guwa dengan kakak yang jaga booth novel.

Guwa: "Kak, tolong amek kan buku Anthem kak."
Akak: "Oh, nak buku. Ingatkan temankan sape tadi."
Guwa: Senyum segaris. "Latest kan kak?"
Akak: "Ya, latest. Yang lain dah ada?"
Guwa : "Ada dah kak." Terus menonong ke kaunter bayaran. Sat gi banyak pulak soalan yang timbul. 

Kalau kakak tu tanya guwa single ke double. Guwa nak jawab apa? Krik.krik.krik.

Guwa rasa, setiap booth perlu menyediakan kawasan khas untuk lelaki meneliti setiap perinci novel-novel seperti kereta api yang menyediakan tempat khas untuk perempuan sahaja. Kerajaan, alert masalah kami! Kalau tak, kita ubah! Hikhik..

p/s: serius guwa curious nak tahu siapa Hlovate yang sebenaqnya.
www.tips-fb.com

8 comments:

uyaitusaya said...

Belom terlambat. Serius. Pergi balik kedai buku. Dapatkan semua buku hlovate. Serius. Memang takkan rugi sesen pon. Kalo x mampu semua, cari contengan jalanan. Setiap helaian memang boleh berair mata. Insaf.

Syafiq Ahadin said...

TAK SEmpat nak beli aritu....

misspurple said...

Woow. minat eih dengan pesta buku,siap bole bkmpung lagi. HOHOHO. nisa neh,sebuah buku pon ambek mse pling pendek smnggu utk hbeskan. #50 pge# inikan pesta2 segala. Mcam x bminat -_- adesss

hanna sofea said...

best dak buku ni kim? pinjam! yeayy!! hehe

Unknown said...

hahahaha mls g sbb tu la

bersesak laki pempuan

pening ngn bau bdn lg ehh

kbai

Nur Zulaikha said...

lmbt dtg sini..politik dh hbs.. :P

liyana mohamad said...

serius, saya pun nk tahu sapa Hlovate.. tp xrugi kalo beli buku2 nya..
(^_^)

fatirah said...

Saya pun wajib berkampung 3 hari sepanjang 10 hari pesta buku berlangsung setiap tahun.

Every pieces of holvate must grab. WAJIB.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...