Tuesday, November 20, 2012

Hanya tinggal kenangan


Semalam result bebudak UPSR keluar. Ada yang suka, ada yang berduka. Itu memang lumrah setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan. Mungkin suka, kerana target tercapai. Mungkin berduka, kerana rasa penat lelah selama ini tidak terbalas. Yang terkejut beruk pun ada. Main lebih dari belajar, tapi dapat straight A. Mana tak terkejut.


Oh iye.


Mungkin, ada juga yang terlalu kecewa dengan result UPSR nya. 3b 2c 1d. Rasa macam tak berguna hidup  kat dunia ini. Malu dengan orang keliling. Tak de masa depan. Tak de orang hingin buat menantu. Oh, siapa yang ajar itu?


Nak diungkit kisah silam aku masa bebudak umur 12 tahun dahulu. Zaman ponteng sekolah lepak kat cyber cafe. Zaman tubuhkan kumpulan menjejak hantu ala-ala seakers. Zaman main polis entry pencurik jaga. Dalam tak sedar, sembilan tahun lamanya dah aku tinggalkan zaman tu. 


Eh, kenapa macam aku terdengar ada suara-suara yang menyuruh aku share result UPSR aku yang dulu?


Secara jujurnya, bukan aku tak nak sharekan berapa aku dapat masa UPSR dulu. Tapi nanti ang kata aku bongkak sebab dapat 5A. Hidung tinggi. Bajet pandai! Berlagak! Oh no. Sebab tu aku tak nak cakap berapa aku dapat. Ahak!


By the way, entry ni aku hasilkan sebab aku nak sharekan pendapat aku mengenai segala peperiksaan penting dan besar yang ada kat Malaysia ni. UPSR, PMR dan SPM. Tiga jenis peperiksaan yang paling orang risaukan. Pagi petang siang malam pigi tusyen. Mak bapak habiskan beratus-ratus ringgit untuk pandaikan anak-anak. Itu baru tusyen. Tak termasuk lagi wang ringgit untuk beli makanan tambahan dan kismis doa bagai.


Aku pernah dengar orang kata, kita kena dapatkan straight A SPM untuk jadi manusia yang berjaya. Kita kena cemerlang peperiksaan untuk kaya dan hidup senang. Kita perlu dapat seberapa banyak A yang ada! Kalau dua puluh satu subjek, dua puluh satu A la kita kena dapat. Kalau tak kita gagal! Ah, nice~


Adik-adik yang disayangi sekalian. Tak dapat straigt A tak jadi manusia ke?


Result periksa adik-adik tu bukannya penentu masa depan adik-adik. Ada je yang dapat straight A UPSR akhirnya jadi perompak, penyamun dan yang kena samun pun ada. Yang menentukan kejayaan adik-adik adalah kegigihan adik-adik mencari kejayaan itu.


Pernah dengar seorang penjual besi-besi buruk jadi jutawan? Pernah dengar penjual nasi lemak melebarkan branchnya ke luar negara? Kuncinya, kegigihan.

                           

Cumanya adik-adik yang disayangi sekalian, result peperiksaan yang cemerlang itu merupakan tiket untuk lebih mudah bagi adik-adik menempah nama di antara mereka yang berjaya dalah kehidupan ini. Bila adik berjaya UPSR, mudah untuk adik ke sekolah asrama penuh. Orang  kata, siapa yang bersekolah di asrama penuh ada masa depan yang cerah. Betul, tapi tak semua.


Walaupun adik tak dapat result peperiksaan yang cemerlang, adik tetap boleh jadi penjual besi buruk yang berjaya. Tapi cuba adik sebut berapa ramai penjual besi buruk yang kaya raya? Kalau nak dibandingkan dengan mereka yang berjaya disebabkan result SPM yang cemerlang, umpama satu dalam sejuta dia punya sikit.


So, pilihan ada pada adik-adik sendiri. Nak jalan biasa yang orang pilih, atau jalan yang penuh dengan liku-liku kehidupan. Kalau tak gigih, mungkin akan kecundang di tengah langkah perjalanan.
www.tips-fb.com

7 comments:

Luqman Zakaria said...

seriously entry nih terbaik..kalau ade yang bace sure boleh naikkan semangat untuk berusaha dengan gigih lagi..

Unknown said...

yang penting kesedaran diri dan usaha untuk berubah selepas dapat result tu. :)

al_hakim said...

betul.tp kesedaran tu yang payah nak dapat.hukhuk

Unknown said...

hee yela ustat hakim. akak stuju.. tapi bile tgk reslt sndri agak malu haha

al_hakim said...

haha..lumrah2..

Antara said...

oh. cekgu ke. ^^ tahniah~ :D

Syafiq Ahadin said...

giler weh ko pandai!!! patot laa masuk sbp. haha..

tak cam aku.... :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...