Budak form 4
saya malas dah nak cakap pasal cinta.Saya dah serik.Cukup la pengalaman yang ada.
Cikgu
Bagi saya,cinta tu fitrah.Memang normal kalau budak-budak ni couple. Sebab tu kat sekolah saya tak halang mereka. Cumenya jangan buat benda yang bukan-bukan dah la. Pernah belajar psikologi tak? (guwa kena tanye balik.memang dasar seorang cikgu.)
Budak U yang baru lepas graduate
tak payah la bercinta-cinta ni. Kumpul duit banyak-banyak then enjoy dengan duit yang ada.Haha. Kan best.
Betul kata orang. Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Macam tu jugaklah jawapan yang guwa terima. Berbeza-beza.
Seorang syeikh pun ada pendapat dan pengetahuannya yang tersendiri mengenai cinta.
Menurut syeikh Rohimuddin Nawawi Al Jahari Al Bentani, cinta itu memberi bukan menerima. cinta itu kebahagiaan bukan kesengsaraan dan cinta itu juga sumber akhlak.
.
Cinta itu memberi bukan menerima.
Cinta itu kebahagiaan bukan kesengsaraan.
Kalau tengok filem melayu,lelaki bertumbuk sebab nak kan seorang perempuan. Kalau tengok filem hindustan, adengan gaduh dengan bunyik yang tak logik mesti ada disebabkan nak selamatkan heroin. Actualy, kebanyakkan filem ni berpandukan kepada realiti masyarakat itu tersendiri. Masyarakat melayu sendiri, memang ada yang bergaduh sebab nak dapatkan seorang perempuan atau seorang lelaki. Itu bukan cinta tapi sengsara.
Cinta itu sumber akhlak.
Menurut syeikh, kita akan terikut akhlak orang yang kita cinta. Jika orang itu baik, kita akan jadi baik. Begitu juga sebaliknya. Sebab tu kita kena cari yang baik-baik. Jangan perangai sengal kita pengaruh dia yang baik sudah.
(gambaq guwa bersama dr farhan hadi dan kengkawan)
Perancangan Allah itu sangat hebat dan manis. Semalam guwa berkesempatan untuk ke majlis talk show bersama dengan Dr. Farhan Hadi dan isteri tercinta, Ustazah Fatima Syarha. Banyak pengisian dan ilmu yang guwa perolehi sepanjang talkshow berlangsung.
Cinta itu perkara kecik dalam Islam?
Ramai yang mengatakan cinta tu kecik je bahagiannya dalam Islam. Tapi Dr. Farhan Hadi dan Ustazah Fatimah Syarha mengatakan bahawa cinta itu memainkan peranan yang sangat besar dalam Islam.
Melalui cinta akan lahir baitul muslim. Seterusnya akan melahirkan masyarakat Islam. Melalui masyarakat Islam, akan lahir negara Islam dan seterusnya melahirkan dunia Islam.
Kecik ke hal ni? Besaq woi!
Sebab tu guwa suka tulis tentang cinta. Bukan sebab guwa jiwang ok!. =P
Guwa pun ada pendapat guwa sendiri mengenai cinta. Nak tahu? Guwa dah tulis kat sini.
2 comments:
ustazah fatimah syarha pun pernah ckp,
"Ilmu tentang cinta kita tak belajar di IPT, universiti tapi kita belajar di universiti kehidupan"
:)
cinta tu tersangat luas pengaruhnya dalam kehidupan. cuma bila cinta disalahguna, tu yang membinasakan diri.
Post a Comment