Friday, October 19, 2012

Priview filem 'Untuk 3 Hari'

Salah satu novelist yang guwa suka gaya penulisannya adalah Ahadiat Akashah.Gaya penulisannya nampak matang dan sempoi-sempoi bahasa.Memang sesuai dengan jiwa para remaja.

Baru-baru ni,novel penulisannya iaitu Untuk Tiga Hari telah dijadikan filem. Antara novel beliau yang telah dijadikan filem adalah Lagenda Budak Setan 1 'Akashiah' dan Lagenda Budak Setan 2 'Katerina' bakal menyusul tidak lama lagi.


Secara kasarnya, filem atau novel ini mengisahkan mengenai percintaan dua insan yang terkandas di tengah jalan. Mereka mempunyai perancangan untuk berkahwin tetapi mereka bertekad untuk mengikut pilihan ibu bapa masing-masing atas dasar nak membahagiakan orang tua mereka. Tapi, hanya untuk tiga hari.

Watak utama bagi filem ini adalah pasangan suami isteri Rashidi Ishak dan Vanidah Imran. Pelakon lain adalah Afdlin Shauki yang juga pengarah bagi filem ini dan juga Ayu Raudhah.

Bagi pendapat peribadi guwa, jalan cerita bagi novel ini sangat unik. Guwa pasti, para pembaca termasuk guwa sendiri berdebar-debar ketika membacanya kerana sentiasa ingin tahu apa yang berlaku seterusnya.

Banyak perubahan yang telah dilakukan oleh pengarah filem. Salah satunya adalah watak Balqis kekasih lama Zafrin. Dalam novel, Balqis merupakan seorang gadis yang sopan santun dan bertudung. Tetapi dalam filem, wataknya tu macam dah diolah sedikit. Dia tak bertudung dan agak kasar.


Dalam novel, watak yang dipegang oleh Afdlin Shauki sepatutnya seorang yang hensem. Tapi dalam filem, Afdlin Shauki?erk..haha.Kalau Fahrin Ahmad tu ok. Guwa pun ok kot.Kehkeh.

Dari pendapat guwa sendiri, banyak part dalam novel yang telah dipotong. Jadi macam ada yang kurang dalam filem ni. Mungkin, bagi korang yang tak pernah baca novel ni korang ada pendapat korang sendiri. By the way, guwa bagi 7/9 untuk filem ni.

Guwa ternanti sambungan filem ni, Tiga Hari Kemudian.. www.tips-fb.com

5 comments:

Ana Farhana said...

menarikkk! lamaa x baca novel.. hee.

lama jugak x jenguk blog nih. apa khabar blog? hee.

ajarkan cara nak buat link entry yg lps2 mcm bawah iklan nuffnag ni..blh?

al_hakim said...

mcm mane nak ajar ye.hm..nampak tak button link within tu?cube klik n follow instruction.

ana said...

ohhhh... senang je.. terima kasih yaa

Syafiq Ahadin said...

abg...
ko remaja ke? haha!

al_hakim said...

weh,sape abg ko?kahkah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...