Friday, September 14, 2012

bayam,cikgu dan perhimpunan

Dua tiga menjak ni, guwa perasan ada banyak isu yang agak hangat di pasaran. Yang hangat-hangat tahik ayam pun ada. Tapi guwa buat endah tak endah ja.

Isu pertama yang paling hangat adalah mengenai isu bayam style guwa rasa. Yang guwa tak paham pasal bayam style ni kenapa ianya cepat sangat tersebar dekat negara kita? Yang terbaru guwa dengar pasal benda alah ni, satu universiti kat negara kita ni duk buat style berbayam kat majlis suai kenal depa. Kalau lelaki yang buat tu guwa tak nak kata ape sangat, tapi ni golongan gegurl yang duk buat. Siap bertudung lagi. Oh, Islam mungkin.


Bila sebut pasal orang perempuan, guwa teringat Summaiyah. Tangan yang disangka lembut menghayun buaian mampu menggoncang dunia mencipta sejarah. Tapi orang perempuan la ni, kalau nak goyang iman lelaki memang dia cukup pandai! Tapi bukan semua. Masih ada yang memelihara kehormatan mereka. Alhamdulillah =)

Dah, guwa tak nak kupas pasal bayam style ni. Tapi sejujurnya, guwa nak buat depan orang lelaki pun guwa dah malu malu kucing, apatah lagi kalau guwa nak buat depan awek-awek. Macam tak macho je. Macam bayam kelayuan pun ada.

Isu yang kedua adalah mengenai seorang gegurl duk kutuk kerjaya cikgu. Katanya kerjaya cikgu ni mudah macam buat bayam style. Pui! Yang ni guwa tambah ok.

*cukup untunglah bebudak sekarang dapat cikgu yang hensem macam ni kan?keh keh..

Kalau nak diikutkan, semua pekerjaan tu adalah mulia. Even kerja basuh pinggan ataupun pungut sampah, ang tak layak nak kutuk kerjaya dia. Tanpa depa memang tak kan terkutip sampah kat rumah ang. Ang kan enginneer gaji besaq, mane berani nak pegang sampah. Pui!

Inikan lagi bila ang nak kutuk kerjaya cikgu yang dah terbukti sangat mulia dari dulu dan sampai bila-bila. Daripada cikgu terhasilnya doktor. Daripada cikgu terhasilnya enggineer dan cikgu itu sendiri terhasil daripada cikgu. Kalau ang kutuk cikgu, maknanya ang tak berterima kasih dengan cikgu ang. Nasib bek guwa bukan cikgu ang.

Satu je guwa nak cakap. Kerjaya sebagai seorang cikgu ni bukannya mudah seperti yang ang sangkakan. Pergi pagi, balik tengah hari. Nampak senang kan? Sebenarnya dalam masa tempoh pagi sampai tengah hari tu tugas sebagai seorang cikgu ni sangat lah mencabar. Sebab apa? Sebab sebagai cikgu ni lagi-lagi cikgu sekolah rendah, ang kena bekerja dengan budak-budak yang level pemikiran depa jauh kebelakang daripada ang. Depa baru nak belajar 1 2 3, kita dah belajar calculus. Depa baru nak belajar alif ba ta, kita dah pandai bertaranum. Depa baru nak belajar bercakap, kita dah pandai nak mengata. 

Isu yang ketiga adalah mengenai isu filem yang kutuk junjungan besar kita iaitu Rasulullah. Ang tak tau pasal berita ni? Haa..yang ni guwa tak paham kenapa ramai yang tak tau. Kalau pasal bayam style, cepat je tersebar kan? Cepat je ang belajar buat kan? Nasib baik tak de lagi yang duk buat tutorial macam mane nak berbayam style. Ke guwa yang tak up to date ni? Kalau ada, sila sepak dia laju-laju. Tak de pekdahnya berbayam style ni.

So, dengan ini, guwa nak ajak ang semua join satu perhimpunan bantahan filem hina Nabi kita. Bagi yang berkelapangan, moh la join. Paling kurang, kita ada usaha untuk mempertahankan Nabi kita yang tercinta ;)


p/s:dua tahun lagi guwa akan jadi cikgu. InsyaAllah =)
www.tips-fb.com

11 comments:

nurdani said...

filem 'innocent of muslim' tu memang tak patut. moh kita pergi.

hnahdy said...

bayam syle? benda pa tu. search jap..

al_hakim said...

gannam style la..hukhuk

Syafiq Ahadin said...

aku pun secara x sngaja tau nate alah tuuu.... opah stail...

Datin NurulSyazwanie said...

gangnam style tu buat ke rasa macam nak ganyang ganyang je sape yg menari tuh.

Anonymous said...

http://blogzorroxx.blogspot.com/
mohon mencelah ea, nice entri anda.keep it up!

Unknown said...

layan lagu bayam style aku rasa xpe kot, TAPI kalau dah pompuan yg btudung menari macam tu mmg nak kena ganyang tu.. hoho..

aku pun insya Allah bakal cikgu gak.. mmg sentap jgk la baca blog tu.. ntah la npa ramai sgt yg x puas hati ngan keja cikgu ni?? dengki ehh??

zuhaida said...

untunglah budak2 ni dapat cikgu hensem :P hehehe.

Norhasfiza Roosli said...

Minat je tengok drama korea, 2PM, tp klu part gangnam style tu, nonsense..! Menyampah je.. haha

Yaya Azura said...

cikgu hensem murid semangat nak belajar..teringin benar akak nak jadi cikgu tapi tak kesampaian..keje menekan kalkulator aje setiap hari..
bila dah ada anak baru tau bkn senang nk jadi pengajar..tahap kesabaran kena tinggi..

Anonymous said...

Suke bce blog abg ni...seronok...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...