Saturday, July 28, 2012

Ujian hidup

Pejam celik pejam celik kita dah hampir kepada pertengahan bulan Ramadhan.Awat sat sangat masa berlalu?Rasa macam semalam baru je dengar pengumuman puasa jatuh pada esok hari.Tapi la ni dah nak dekat separuh perjalanan kita.


Lately ni guwa banyak diketuk dengan ujian.Bahasa ilmiahnya,ia dipanggil sebagai krisis hidup.Dan kita sebagai benda hidup even haiwan yang dikategorikan sebagai benda hidup pun tak boleh nak lari daripada krisis ini.Melainkan kalau ang dah tak hidup.Mungkin,krisis tak hidup pulak yang muncul.Mana nak tau..




Bila ujian ni mai,memang ramai di antara kita akan bertanya.'Awatlah aku malang sangat ni?','Awat la benda ni semua jadi kat aku?' dan macam-macam jenis ayat negatif lain yang akan muncul.Tapi sedar tak kita kenapa ujian ni hadir dalam hidup kita?


Agak-agak ang kenapa?Kalau orang tanya guwa,guwa akan jawap yang Allah dah rindu kat kita.Jadi Allah ketuk hati kita sikit dengan hadirkan sedikit ujian.Kan memang lumrah manusia, bila kita bahagia,bila kita senang kita akan lupa pada tuhan. Sebab tu la Allah ketuk kita supaya kita tak terus leka dengan buaian dan alunan dunia.Allah nak kita kembali pada Dia.


So,bila ujian ni mai ape yang kita nak buat?Salahkan ape yang dah berlaku?Salahkan penyebab berlaku masalah tu?Atau pasrah dan redha semata-semata?Pasrah tu menyerah,redha tu ikhlas.Hukhuk..


Bilamana kita salahkan punca berlakunya masalah ni,secara tak langsung kita salahkan pencipta masalah itu.Siapa penciptanya kalau bukan Allah?Nak salahkan takdir?Siapa yang cipta takdir?Allah..So,ape hak kita nak salahkan pencipta kita?Nak jadi hamba yang tak bersyukur?Sumpah jadi batu sat gi baru ang tau..


So bila masalah mai menimpa diri,cari jalan yang terbaik iaitu kembali pada Allah.Biaq pi la orang nak kata time susah baru nak cari Allah ke ape ke hape ke.Mulut manusia memang tak boleh kita nak tutup.Tutup mulut sendiri sudah la.Sebenaqnya depa jeles sebab Allah rindu pada kita,tak rindu pada dia.Tak gitu?



Guwa rasa sampai sini dulu kot.Guwa ada je story nak share dengan korang,tapi nantilah.Nak panas jari jemari balik untuk lebih aktif menaip lepas ni.Kepada kengkawan,amek la pengajaran dari apa yang guwa tulis ni.Mungkin ianya nampak remeh,tapi kalau dah kena batang hidung sendiri baru ang tau.


p/s:ingatlah Allah time susah dan senang.InsyaAllah,Allah akan ingat kita bila-bila masa saja =)

www.tips-fb.com

9 comments:

Syahirah Rasdi said...

Allah Maha Berkuasa..:)

Unknown said...

sebenarnya ALLAH memberi ujian kepada kita ni sama ada time kita ni senang ataupun susah... pape yg berlaku semuanya ujian dr ALLAH...

Keri said...

time senang lupa,
time susah baru ingat Allah,
itulah kita.
jadi sekali sekala ditimpa ujian kesusahan tak mengapa.
sebab ujian kesenangan itu lebih payah untuk dihadapi

Norhasfiza Roosli said...

Allah bg ujian sebab nak kita ingat balik kat DIA.. yelah, adat manusia.. bila susah baru carik Allah..
*soft reminder tuk diri sendiri jugee.. hehe*

Cik Aqilah Wardah said...

hidup kita ni, mudah je..

1 perkara sy belajar dgn sorg kawan...
selagimana kita bersangka baik dengan Allah, insya Allah,yg susah akn selalu dipermudahkan... :)

Mohd Rizwan said...

Allah akan sentiasa permudahkan hambaNya yang selalu mengingatiNya :')

done follow..klau sudi jemput ke blog wan..

rizwanewan.blogspot.com

Adeq Saniza said...

kalau takda dapat ujian, bukan manusia lah tu kot. hehe.
BW here. nanti jemput singgah blog ek?

Eein Azryn said...

Selalunya bila dalam kesusahan baru ingat Allah. Itulah manusia. -_-"

Ana Farhana said...

lama sgt x sggh snie.. selamat hari rayaaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...