Friday, June 8, 2012

buat dirimu


Muzicons.com
(kasi play)

Orang kata, cinta itu kekuatan..
tapi ada juga yang kata, cinta hanya melemahkan..
tapi bagi saya,
cinta itu kekuatan dalam kelemahan..
walaupun saya tahu saya bukan sesiapa pada awak..
tapi hati ini tetap kuat untuk terus mengingati awak..

Hari semakin berlalu..
banyak benda berubah..
namun yang pasti,
hati ini tidak pernah berubah..
dan tak akan berubah..
semakin hari,
hati ini semakin kuat untuk tabah..

orang kata,
cinta tak semestinya bersama..
cinta tak semestinya berbalas..
cinta tak semestinya memperolehi..
dan cinta tak semestinya memiliki..
tapi saya pasti..
cinta itu cukup sekadar melihat orang yang kita cintai bahagia..

orang kata,
bila cinta tak dibalas, lupakan saja dia..
saya dah cuba..
tapi bagi saya,
jangan melupa dan biarkan dia terus wujud dalam doa kita..
itu cinta sejati..

awak..
bukan saya tak cinta..
tapi siapalah saya untuk mendampingi..
namun kenangan yang pernah tercipta tetap akan kekal abadi..
biarlah ia jadi sebuah memori yang manis buat diri..
yang pasti, ia akan kekal dan tetap kekal buat diri ini..

cinta,
boleh jadi racun..
menyakitkan,
namun dia jugalah penawar..
mengubati segala luka..


awak..
andai bisa masa diputar..
akan saya guna kesempatan yang ada..
untuk memiliki hati awak..
dan saya akan jaga ia baik-baik..
kerana ia sangat berharga buat diri.. 


awak..
cinta dah mengajar saya banyak perkara..
cinta mengajar saya erti tabah..
erti redha..
cinta mengajar saya erti bahagia..
dan juga erti indah..
dan harapan saya,
cinta ini akan terus kekal abadi..
untuk mengajar saya lebih banyak perkara lagi..


namun kini,
saya sedari..
cinta hanya datang sekali..
namun tetap saya gagahkan diri..
saya yakinkan diri ini yang ia mungkin akan hadir sekali lagi..
tapi mungkin tidak seperti yang dulu..
apa pun saya hanya berserah pada Illahi..


take care !

www.tips-fb.com

23 comments:

shada wentz said...

amboi amboi amboi hakim ;p
haha

al_hakim said...

ok blogger popular mai singgah blog kita!happynya! =P

cik najihah said...

pasrah je nampak

Iffah Afeefah said...

ini nga mendalami cerpen ke ape ni dek

ctk said...

lau ditujukan untuk saya kan best :)

hahahaha...perasan sudaaa :P

al_hakim said...

kak iffah:haha..tak la..

ctk; =)

Tentang Biela said...

http://nabilafatini.blogspot.com/ follow my blog =) nice entry

siti_naqiah said...

tacing siot bace, hoho

kusyi said...

ya. cinta mmg mengajar sy erti tabah. cinta. sepatah perkataan yang sukar nak digambarkan. haihhh..

#eh! best lagu latar. hee..

Zul Fattah said...

kena atas diri sndiri ni.. beginilah keadaan aku skrang ni.

al_hakim said...

bro..tabah bro

uyaitusaya said...

moga Allah terus pelihara hati.
amin :')

Umie Naziera said...

amboi ayat,xhengatttt punya jiwang..*tacing*

farrah hayati said...

jika cinta itu ditakdirkan untuk kamo..insya-Allah kamo akan mengecapi kebahagiaan suatu hari nanti ;)

al_hakim said...

amin..tq =)

mieza said...

cinta tak harus memiliki..
chewahhh. haha

hanna sofea said...

huk3... akim2.. pndai buat ayat.. serius tacing. tepat kne kt dahi.. huhu

M Fizan said...

kat sapa pun entri ni ditujukan, anda memang jiwang. patut follower 4751. haha. suka satu frasa. "cinta itu KEKUATAN dalam KELEMAHAN". dan cinta itu memang satu konklusi melihat orang yang kita cinta bahagia walaupun tak bisa memiliki atau tak berbalas. romantik yang sensasi!

mohd azhar almarbawi said...

sempoi.... !!!!

Niesa said...

cintaa.....hemm...tacing smpai xmampu berkata apa2..hukhuk.. :(

lama x singgah blog ni..apa2 pun Selamat menunaikan ibadah puasa ye hakim.. :D

Cromirama said...

best.

Rose Ieza said...

salam.. saya nak promote blog ni.. harap sudi baca.. :)

http://sayanovelisamatur.blogspot.com/

♥ Miss Hearty ♥ said...

cinta itu indah kalau kita pandai menghargainya :)

http://heartylolipop.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...