Wednesday, June 6, 2012

berubah

Hari ni tajuk entry guwa sangat la mudah untuk korang nak paham. 'BERUBAH'. Kalau mengikut kamus bahasa kampung, berubah ni membawa maksud change atau berbeza dari dahulu dan sekarang. Contohnya:


"eh, Tipah dah kurus la sekarang. Dulu bukan main gemoks lagi!"
"eh, dah cengkung kau ea..dulu kurus aje."


Nampak tak apa itu erti berubah? Senang kata dulu lain dan sekarang lain.




Kalau tengok dari segi definisi mungkin ianya tampak mudah. Tapi pernah tak korang rasa macam mane susah atau senangnya proses untuk berubah?


Korang ingat senang nak berubah dari kurus ke gemoks? Payah! Korang kena maintain makan lemak tiap-tiap hari. Jangan joging dan amalkan aktiviti kurang sihat seperti memerap di bilik bersama kacang Guai Yin. Just kopek dan sumbat dalam mulut.


Dan korang fikir mudah ke nak berubah dari dulu diri korang yang gemoks tu nak menjadi selim melim? Korang tahu apa dugaannya? Kalau dulu makan pizza, sekarang makan roti sekeping. Kalau dulu makan kfc sekarang makan kepak ayam. Dan dulu makan burger sekarang makan putu piring aje.


Bila cakap pasal berubah, for sure korang akan kaitkan dengan hidayah Allah. Biasa sangat guwa dengar ayat 'Hidayah Allah tak sampai lagi' dan 'tak sampai seru lagi'. Lame sungguh ayat-ayat ini!!


By the way, korang tahu ke hidayah Allah tu nak sampai macam mane? Dalam bentuk yang macam mane? Bila? Ia sebenarnya datang dalam pelbagai bentuk. Pernah tak korang terfikir, 'eh,dah cukup baik ke aku ni?', 'hm..kenapa rasa diri aku kosong je ni?' dan lain-lain? Sebenarnya itu adalah hidayah Allah yang datang mengetuk pintu hati korang.




Bila korang dah rasa macam tu, just go on. Cari mane yang kurang. Tampal mana yang koyak dan jangan toleh-toleh belakang lagi. Benda yang lepas tetap akan lepas. Ia tak kan berulang lagi. Bina masa depan yang baru.


Bukan senang nak berubah? Awal-awal lagi guwa dah cakap. Dan guwa pernah merasai semua ni. Sangat sakit.


Guwa akui, bukan mudah nak solat hari-hari di surau. Bukan mudah nak bangun subuh nak tolak selimut yang nipis tu. Bukan mudah nak jaga pandangan. Dan bukan mudah nak hilangkan perasaan rindu pada seseorang yang tak halal buat diri kita. Guwa dah try dan guwa masih mencuba. Sesungguhnya Allah tak pandang pada hasil, tapi Allah pandang pada usaha kita.


Bagi korang yang perempuan. Guwa tahu bukan mudah nak berubah dari pakai tudung tak cukup kain nak pakai tudung labuh. Dari dulu pakai jeans ketat nak pakai jubah yang labuh. Korang kena tahu, even potongan badan korang cantik sekalipun, ia bukan untuk dijaja dan dilihat oleh sebarang lelaki.




Bila cakap pasal berubah ni guwa nak rekemen kan beberapa novel pada korang. Novel karya Hlovet tajuk VERSUS dan CONTENGAN JALANAN. Seriusly guwa tak dapat sesen pun bila guwa rekemen novel ni pada korang. Tapi benda yang baik jangan disimpan sorang-sorang. Syurga tu luas. Boleh dikongsi bersama-bersama.


Dan bagi guwa sendiri, bila korang nak berubah, carilah kengkawan yang nak berubah sekali. Bila dalam jemaah ni korang akan rasa lebih mudah. Bila down ada yang bagi semangat dan kekuatan. Bila terlupa, ada yang akan ingatkan. 


Dan dalam usaha korang nak berubah, just pedulikan kata-kata orang lain. 'bajet baik', 'bajet alim' dan lain-lain lagi tu hanya salah satu dugaan untuk korang. Dah penat nanti senyap la diorang tu. Kalau benda tu dah betul, just go on. Ingat! Jangan sesekali toleh ke belakang mengingat masa lampau.




 mujahadah itu pahit kerana ganjaran syurga itu manis..

www.tips-fb.com

21 comments:

Umie Naziera said...

susah weyh nak berubah..kena kental betul2..
btw,naiss pantun ek

TUGAU GATES said...

yah,guwa setuju dgn semua yg lu ckp kat atas nih kecuali part novel tu...guwa tak lyn novel derr..tp entri ini sgt bagus

al_hakim said...

pantun amek google je..haha

zuhaida said...

selalunya kalau kita mcm nak jadi baik sikit ataupun cakap pasal benda unsur alim2 sikit, diorang memang akan cakap bajet baik. takfaham jugak dengan sesetengah orang ni. huhu.

al_hakim said...

mulut manusia siapa yg boleh tutup?buat keras aje

Unknown said...

y pnting niat
kalau nk berubah

jgn dgr kate org

Unknown said...

Selepas gua baca entri lu. Gua berubah. Adakah ini dipanggil perubahan mendadak? Haha.

#kalau nak berubah,tak perlu tunggu sapa2 kerana mati takkan menunggu kita. Haha.

Unknown said...

hidayah Allah ada di mana2 je. kita je kadang2 buat tak faham.

and bila sedang berubah ke arah lebih baik, Insyaallah, Allah hantar insan2 yang soleh,solehah untuk kita dampingi.

moga dipermudahkan

Dkna Abza said...

dkna tak berubah dari dulu sampai sekarang tang berat badan jer la..tak penah gemokkss..hehee

memang susah nak berubah kan samada dari yang baik ke jahat *kejam!!
dan dari yang jahat ke baik :)

fiqas said...

mmg sgt2 susah utk berubah... lagi2 kalau berubha kearah kebaikan...


novel hlovate mmg terbaik..

Ana Farhana said...

huhu.. nak berubah ni senang je, nak istiqamah tu yg susah. nak kurus pun tak mudah.. huhu

kusyi said...

yes. berubah tu harus kita bertindak sendiri. tak boleh tunggu. klau x buat, camne nak berubah,kan? btw, saya tgh habiskan contengan jalanan yang K2. Memang novel yang menginsafkan. :)

al_hakim said...

yup..hlovate best =)

nak berubah memang payah..tp tak mustahil kan =)

Yaya Azura said...

mmg susah nak berubah..sy sendiri sdg berusaha..mmg payah..yg plg utama diri sendiri..hendak seribu daya..

uyaitusaya said...

akhirnya jd peminat hlovate eh? :)

al_hakim said...

sy bukan oeminat beliau.tapi ade teringin nak berjumpa beliau.mungkin sebab sy kagumi dengan usaha beliau.tapi sy bukan peminat beliau..hehe

sarah zulk said...

pantun tu mmg catchy! hehe..

mutiara sabah dalam gobok,
marik kite berubah esok!

sunshine..... said...

mujadah?? ke mujahadah??? kalu saya salah harap perbetulkan yer..:D

al_hakim said...

yg ade gelak belakang tu kenapa?haha..mujahadah la..typo =P

Anonymous said...

already reads..interesting and muhasabah diri..in progress to have all the hlovate novels..insyaAllah..tak sangka ramai gak bdk laki suke bace novel..

Norshahida said...

Memang susah nak berubah bile tiada bimbingan :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...