Friday, March 2, 2012

nikmat wanita kepada seorang lelaki

Selama guwa bergelar seorang lelaki,memang tak dinafikan yang orang lelaki ni pemikiran dia banyak tertumpu pada perempuan.Dan itu memang lumrah seorang insan yang bernama lelaki.Sesibuk mane pun dia bekerja,pasti dan pasti akan ada satu saat dalam kesibukan dia tu dia akan terfikir mengenai perempuan.Tak kiralah mak,akak,adik,tunangan,atau pun isteri.Asalkan full perempuan bukan separuh lelaki separuh perempuan dah lah.Itu dua alam namanya.

Jadi bila dah remaja,perasaan nak ada seorang perempuan kat sisi tu membuak-membuak.Kononnya nak ada tempat untuk mengadu,nak ada tempat untuk bermanje dan nak ade tampat untuk curahkan kasih sayang.Itu normal thing sebenarnya bagi seorang lelaki.Allah pun dah ciptakan kita berpasangan.Cuma yang tak pasti samada betul atau tak je yang dia tu pasangan dunia dan akhirat kita.


Jadi bila dah ada pasangan,jika kita tak jaga batas-batas maka akan banyaklah berlaku kes-kes masalah sosial.Berpegangan tangan is masalah sosial rite?Guwa pasti bila kita dah dekat dengan seorang perempuan,kita nak je pengan tangan dia tu.Itu lumrah orang bercinta.

Tapi masalahnya,berpengan tangan is salah sebelum perkahwinan yang sah.Dan benda yang salah ni akan jadi ibadah selepas perkahwinan.Kalau tak silap guwa,bila kita berkasih sayang dengan isteri  kerana Allah,kita akan dapat pahala.Time ni lah baru kita akan dapat rasa nikmat seorang wanita dengan mendapat keredhaan Allah.


So, kalau yang sebelum kawen ni bukan nikmat ka?Guwa beranggapan,yang sebelum kawen ni adalah ujian dan bala.

Bila sebut mengenai orang perempuan, guwa teringat kisah seorang sahabat dan ainul mardhiyah.Siapa ainul mardhiyah ni?Ainul Mardhiyah adalah ketua segala bidadari di syurga yang telah dikhaskan untuk pejuang-pejuang Islam yang syahid di jalan Allah.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Al kisah,dalam perjalanan untuk memerangi musuh Islam,seorang pemuda ni terlelap.Beliau telah bermimpi bertemu dengan perempuan-perempuan cantik like bidadari.Then,semua perempuan itu berkata,inilah pemuda yang akan bersama dengan ainul Mardhiyah.

Kemudian,dalam kebingungan pemuda ni meneruskan perjalanan beliau.Benda yang sama stil berlaku kat mana beliau berjumpa lagi dengan sekumpulan bidadari yang cantik.Bidadari-bidadari tu masih ulang benda yang sama.Ini menambah kebingungan di kepala beliau.

Maka sampailah pemuda ni tadi ke destinasi yang terakhir.Tiba-tiba keluar seorang bidadari yang berganda-ganda lagi cantik daripada bidadari-bidadari sebelumnya.Guwa yakin bidadari tu lagi cantik dari angelina jolie,prety zinta dan nora danish sekalipun.Kemudian,bidadari tersebut yang diberi nama Ainul Mardhiyah memperkenalkan dirinya.

Akhirnya, pemuda yang bertuah itu tersedar dari lenanya dan menjerit nama Ainul Mardhiyah.Sahabat-sahabat yang lain berasa pelik dan hairan dengan tindakan pemuda ni tadi.Then beliau menceritakan segalanya.

Bila perang tercetus,pemuda ni tadi syahid.Para sahabat melihatnya tersenyum dalam syahidnya.Itu mungkin beliau sedang berbahagia di sisi ainul mardhiyah.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Itu kisah seorang pemuda dan bidadarinya.Bidadari kita kat dunia ni pulak adalah isteri kita.Then,carilah bidadari yang betul-betul bidadari.Maksudnya,isteri yang boleh membantu kita ke syurga Allah.InsyaAllah...

p/s:Nikmat tu datang bersama dengan keredhaan Allah. www.tips-fb.com

24 comments:

Anonymous said...

like . suka entry ni ^^

najihah sahami said...

Dan perempuan perlu la mencari suami yg boleh membawanya ke syurga jgk.hehe.

cik dila.. said...

heheh..betoi3. :)

Umie Naziera said...

subhanallah,isteri untuk akhirat :)

Anonymous said...

nice entry bro!gua suka :D lu memang tak silap,kalau suami isteri bermanja/melayan pasangan masing2 dengan baik dapat pahala :)
lu tgok vid Syoknya Kahwin kat youtube.bes ;) kekekeke

al_hakim said...

wardah:tq =)

najihah:haa...betui2..

umie: =)

cheqwa:syok kawen ni..haha

teha said...

untung lelaki tu.. dh laa mati syahid , pastu dpt bidadari pulak.. hee ~~

al_hakim said...

teha:betul..sangat beruntung..

adiba ramli said...

da lame tk buat entri? hehe. btw, nice!

al_hakim said...

diba:huu..syukran =)

Syafiq Ahadin said...

plan nak mendirikan masjid umur 25 and above... hoho!
ko bile? heheheheheheh!

al_hakim said...

aku 23 or 24 insyaAllah..haha

Annisa said...

selamat membimbing isteri hingga ke syurga.. ^_^

sufi said...

1 nafsu & 9 akal...a nafsu tu hanya untuk perempuan je kan. betul tak hakem?

Anonymous said...

:)
Suke entry awak ni .

al_hakim said...

nisa:=)

sufi:hurm..payah juga nak kata

yasmin:syukran..

wanie_mn said...

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih

tringat plk lagu unic. ;D

al_hakim said...

wanie:huu..layan nasyid..

Erma Nazillah said...

subhanALLAH..best entry ni..dah lama x update blog kan cikgu :)

al_hakim said...

erma:tu la ticher..lame tak update..hukhuk

Nana said...

insyaallah..saye pun tgh tggu bidadara saya ni..mane ntah..hehe

al_hakim said...

insyaAllah akan jumpe nanti..=)

AmirahSM said...

betul ^^

M Fizan said...

very2 nice entry..like sejuta kali.. nak cari isteri solehah yang layak jadi penghulu bidadari saya di syurga :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...