Sunday, August 28, 2011

::ang susukan monyet ea?::

Assalamualaikum..


Orang melayu memang tak boleh dipisahkan dari menggunakan bidalan dan pepatah..apa yang pasti, bidalan dan segala pepatah ni diwarisi dari datuk nenek moyang kita lagi..contoh kata punjangga yang masih hangat diguna pakai sehingga kini adalah seperti anjing dengan kucing,sudah jatuh ditimpa tangga dan kacang lupakan kulit..



Den pasti ang pernah dengar pepatah seperti kera di hutan disusukan,anak di rumah kelaparan..sebenarnya den sendiri tak bape nak paham dengan pepatah atau peribahasa ni..yang duk susu kera aka monyet kat hutan tu buat apa?kera ni menyusu ke?haha..tak tahu..tapi den pasti ada maksud disebalik pepatah yang melibatkan kera atau cik monyet ni..


Mungkin la,pepatah ni nak menunjukkan yang kita jangan terlalu caring tentang hal orang lain sehinggakan diri sendiri terabai..macam tu lebih kurang kot..kalau nak tepat-tepat pi cek kamus dewan..tak pun pi cipta mesin masa dan tanye nenek moyang kita dulu..pastu cita kat den..muahaha..


Bagi den sendiri..tak salah kalau kita nak ambil berat pasal orang lain..nak nasihat bagai..memang tanggungjawab kita tu..kalau kita tak nasihat orang kata apa pulak..ibarat batu di tengah padang?tak de effect pun walupun orang duk sibuk lari kat padang tu..keras je kat situ..tak pun bagai klcc di tengah Malaysia..



Kita perlu tahu,kalau kita melebihkan diri kita dari orang lain kita adalah seorang yang mulia...ada baca kisah para sahabat?walaupun hanya berbuka dengan sebiji buah kurma..pabila datangnya seorang peminta sedekah yang tidak berbuka lagi..kurma yang sebiji itu diberi kepada peminta sedekah tersebut..mulia sungguh..


So macam mane kita nak tafsirkan pepatah ni?ada sesiapa yang tahu? www.tips-fb.com

14 comments:

faezah_aiez said...

bukan ke maksud pribhase 2 kite jangan terlebih caring kat org sampai diri kite yg terabai,bukan nyer kite x leh ambil berat pasal org lain at all...

al_hakim said...

mcm tu ea...

suriani azwan said...

ye ke tu maksudnya...

rasanya maksudnya camni...
kita perlu dahulukan kaum keluarga kita terlebih dahulu...barulah kita membuat pertimbangan nak tolong orang lain...

contohH seorang suami sibuk nak tolong awek cun xcukup duit...padahal nak bela anak bini pun dia xcukup siap mintak bini lg...

hahahah..okey x? btw salam perkenalan...

al_hakim said...

tapi awek tu balak bini kedua..mcm mane tu?kihkih

Sayidah Nafisah Ruslan said...

susah nak paham pasal peribahasa ni.. selalu failed.. haha

al_hakim said...

lebih kurang je kita...=P

radsmil said...

xfhm sangat dengan entri,, sbb bnyk loghat semnnjungnya...

apapn,, sya nk bgila pndpt sya sndri.. sbnrnya, pepatah nie bnyk kegunaannya..slh satunya, mungkin untuk mnjaga ati orang lain.. klau kita main cakap lepas sahaja, lagi2 apa yang kita katakan agak sinis maksudnya, mungkin ia menyinggung perasaan orang lain.. tapi dengan penggunaan pepatah mungkin penyampaian itu akan menjaga perasaanya.

selamat hari raya..xD

Fairuz Zainal said...

hohooo :D

aiman mania said...

nice entry.....aiman sendiri pon tak tau maksud dia apa...tapi,apoa yg abg cakap tuh,bila difikirkan balik,kemungkinan besar betul..^^

Fyza Lovato said...

betul tuh. saya rasa pon macam suriani azwan cakap tuh.
Kadang2 ada org dia dahulukan org lain sedangkan femly sendiri merempat.

sy singgah lepas berbuka :)

eva said...

sy pun tak berapa paham sgt.. mayb menyibuk hal org len tp lupa hal sendiri kot.. haha..ntah paper.. btw.. slamat hari raya..

Anonymous said...

peribahasa susah nak paham kan , pening kepala --' :)

al_hakim said...

mmg susah..

feeza macho said...

ta tau -_____________-"

ta penah denga <-- lg teruk =="

kbai --,-)/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...