Wednesday, July 13, 2011

::malasyia vs arsenal,saya kecewa dengan rakyat Malaysia..::

Saya bukanlah peminat tegar bola sepak.Tapi kalau Malaysia yang main memang saya sanggup tengok.Tak de la sampai nak ke bukit jalil tu sebab saya berada di kedah.Tapi kan,kalau dekat pun belum tentu saya akan ke stadium tu.Bukan tak de semangat kesukanan,cumanya malas nak sesak-sesak tu.Tb ada kan?Tengok kat rumah lagi selesa dan aman damai.Tak de la macam-macam bau dan haruman.Pening deh..


Perlawanan antara arsenal dan Malaysia tak ditayangkan di astro.Dengar cite peminat arsenal di Malaysia tak ramai.Jadi rugi kalau ditayangkan.Disebabkan Malaysia yang tercinta,saya sanggup berjalan kaki ke rumah member untuk menonton secara online.Nak online kat asrama memang tak boleh la sebab line sangat slow.Kalau tengok jugak takut terlepas pulak gol...



Dari segi permainan Malaysia, banyak lagi yang perlu dibaiki.Namun,peluang nak sumbat gol tu tetap ada.Bukan tak hebat Malaysia ni.Tapi mungkin mereka kurang motivasi atau sumting seperti mental.Ye la,nak lawan kelab gergasi dalam EPL..Tu belum jumpa pemain-pemain hebat seperti Cristiano ronaldo dan Messi lagi..


Apa yang dikecewakan bukanlah cara permainan pemain Malaysia.Tapi penyokong Malaysia yang lebih bangga dengan pemain-pemain luar.Sepatutnya ini merupakan advantage kepada mereka yang bermain di tempat sendiri.Kita kena kuasai psikologi.Tapi ni pemain negara sendiri yang di psiko.Wat malu je..



Saya akui saya bukanlah peminat arsenal.Jadi memang saya akan sokong Malaysia.Tapi jika team kegemaran saya,Manchester United datang sekali pun saya tetap akan sokong Malaysia sebab saya bangga menjadi rakyat Malaysia.Ni tak.Pi boo negara sendiri buat apa.Sepatutnya kita kena bagi semangat kepada negara kita..Bila lagi kita nak bangga dengan negara kita?


p/s:walaupun kalah 4-0,Malaysia tetap dihatiku.. www.tips-fb.com

11 comments:

pelangi hafyza said...

betol2..
apa2 pun..malaysia tetap di ahti..=)

Anonymous said...

like!

cik ungu said...

mmg byk dengar boo tadik. ingatkan boo sebab game bosan nak mampus. memang bosan gila. tapi pengalaman tu yg penting.


penyokong malaysia mmg takkan sokong malaysia selagi tak setanding ngan arsenal.


gila apa diorang ni? sokong pun tak, ada hati nak suh malaysia improve. ceh..

Hamba Ilahi said...

sikap dan perangai rakyat malaysia memang banyak yang perlu diperbaiki..
tapi nak salahkan terus takboleh jugak..tak semua macam tu..


p/s:saya masih tunggu pilihan hati letak link blog saya kat sini.
:)

Anonymous said...

penyokong malaysia cuma sokong pemain2 bila menang je... mase tu berita 8 hari 8 malam duk cite pasal menang je... bila kalah senyap....
-_-

Gary Asip said...

wuih?.. ada yang boo ke?.. x patut sungguh la... x menjunjung langit kat bumi yang dipijak...

shera irawanie said...

sokong 100 percent ! ..haha

♥SS♥ said...

kecewa sgt.. even bru taw pg ni. ape la diorgg.. bgga sgt ngn ngra lua..;p.. p
apepon. mlysia ttp mlysia !!

izyan yasmin said...

betul . sokong malaysia :D

Anonymous said...

ramai je penyokong arsenal spore/ indon..aku rasa indon yang boo...

nabila faryzza said...

sama la. saya pun bukan la peminat tegar bola sepak. tapi amik tahu jugak la prkembangan bola sepak Malaysia kan. Tapi kire ok la tu sampai tahap ni. hebat ape. kan? kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...