Friday, June 17, 2011

::tutorial nak hilangkan pening kepala::

Assalamualaikum..


Hari ni hari yang mulia.Hari jumaat kan?Dan esok hari dukacita.Mengapa?Saya akan pulang ke maktab a.k.a IPG a.k.a sekolah yang tercinta.Cinta sangat sampai rasa nak nangis ni.Wuu.Hah!Pedulikan saja,lagi 3 tahun setengah aje lagi saya akan berada di sana.Selepas itu entah akan di posting ke mana.Dekat-dekat sudah la ye KPM.Letih dah duk jauh-jauh ni.Bukannya apa,saya sebenarnya ni tak sanggup nak berjauhan dengan keluarga ni.=P


Sharing is caring rite?Jadi ingin saya berkongsikan cara untuk menghilangkan pening kepala.For me atau untuk saya dalam bahasa mudahnya,kesihatan kita perlu dijaga.Untuk apa?Untuk beribadah kepada Allah.kesihataan adalah keutamaan kita.Kalau sakit pening-pening kepala macam mane nak beribadah?Ada pepatah arab yang mengatakan bahawa,akal yang cerdas datangnya dari tubuh badan yang sihat.Baru kita boleh berfikir yang mana hak dan batil kan?Ada kene mengena tak?



Pening kepala ni selalunya datang menyerang kepala kita apabila kita terlalu berfikir,stress dan cuaca yang panas.Saya juga rasa yang ramai blogger pasti tidak lekang dengan masalah pening kepala kerana terlalu berfikir mengenai entry apa yang hendak ditulis.Best ke tak entry ni.Orang nak bace ke tak.Itu perkara biasa ye rakan-rakan.Jadi,saya harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.


Bila anda rasa pening kepala,anda harus berhenti berfikir sebentar.Saya yakin yang otak anda sudah terlalu letih bekerja.Otak tu macam manusia jugak ye.Bukan robot.Penat dan akan memberontak kalau terlalu berfikir.Jadi berehat sebentar dengan membuat perkara-perkara yang boleh mendatangkan ketenangan seperti solat,baca quran,bernasyid,berzanji dan berzikir.Jangan terlalu memaksa otak anda berfikir jika anda sudah mula pening kepala kerana ianya hanya akan menambah gegaran di otak anda ye (memandai je ni).


Cuaca panas juga penyebab utama kepada sakit kepala ni.Jadi,carilah tempat-tempat teduh seperti masjid dan surau.Sambil-sambil tu boleh mencari ketenangan dengan solat dan sebagainya.Jika anda mengkentalkan jiwa anda untuk tetap berada di tempat yang panas,saya risau anda akan pengsan dan menyebabkan huru hara.Huru hara?Ye,orang lain yang huru hara.


Anda akan berasa pening jika terlalu lama menghadap laptop,pc dan tv.Jadi,cara terbaik untuk menghilangkan pening kepala yang timbul kerana terlalu lama menghadap ni adalah dengan menutup segala laptop,tv dan sebagainya.Then baring untuk jangka masa 5 atau 10 minit sambil menutup mata.Sambil-sambil tu,cuba muhasabah diri anda,apa yang aku dah buat hari ni?Dah solat zuhur belum?Dah mandi?InsyaAllah lepas tu akan hilang sakit kepala anda.



Urut kepala juga adalah satu langkah yang berkesan.Urut perlahan-lahan kerana kepala kita juga memerlukan kasih sayang daripada kita.Jangan terlalu ganas takut ia akan merajuk dan menambah kepeningan anda.Nanti satu hari pening baru tahu.Tak lalu nak buat semua kerja.Sakit!


Ada formula dari profesor mane yang mengatakan bahawa ubat untuk pening kepala adalah dengan mencampurkan air masak dengan air isotonik.Nisbahnya adalah 3 air masak dan 1 air isotonik.Kalau tak silap la.Memang pernah try dan ianya menjadi.Tapi ini semua adalah dengan kehendak Allah juga kan?


Jadi,ini sahaja perkongsian saya.Saya harap ianya sedikit sebanyak membantu rakan-rakan semua.Ingat,muslim yang kuat adalah muslim yang mempunyai tubuh badan yang sihat.Mudah untuk kita melakukan ibadah dan mencari keredhaan Allah.Jangan amalkan pengambilan ubat hospital dan panadol kerana ianya banyak kesan sampingan.Jagalah kesihatan kerana ianya adalah salah satu pemberian Allah kepada kita.


p/s:selamat beramal... www.tips-fb.com

15 comments:

Puan Nurussalwa said...

tido yang mencukupi juga baik untuk 'mengelak'kan pening kepala ye cikgu.

prevention is better than to cure.
(ops.. ter'speaking' lagi.. sowee)

pening tak ni?

Cik Aqilah Wardah said...

fakta.. memang fakta..... ^______^

al_hakim said...

cik salwa:hukhuk...boleh paham lagi..tak pening...

kak wrdah:hah! betul...hehe

Unknown said...

my junior

ai lgi 1 1/2 je

Ana Farhana said...

bagusss :)

mmg sllu skit kpla,

xtaw migrain ka apa

al_hakim said...

iffah:iye?mane je tu..

ana:try nih..berkesan tak.hukhuk

nuyui a.k.a miss YUI said...

tido pon kena cukup gak..

pmknn pon ader kena jaga gak..

cuaca pon sme..

p/s: nak share ea..leh2.. =)

al_hakim said...

nuyui:betul..tido mau cukup...

pelangi hafyza said...

entry yg bagus.. fyza pon ngah pneng ni..=D

hakim orang mana?IPG ipsah kan?

al_hakim said...

sy melaka je fyza..yup..ipsah..=)

Rtp Farra Arisha said...

tips yg sgt bagus dan berkesan. :) setuju!

yaya_flanella said...

panadol memang tak elok untuk jangka masa yang panjang..

al_hakim said...

Rtp:betul ke berkesan ni?dah try?hehe

yaya:betul...

pelangi hafyza said...

ooo..orang melaka... jauh kan nk g ipsah? hehe

yuya hazura said...

assalamualaikum,

thanks for sharing!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...