Monday, June 20, 2011

::tips menjaga suara::

Assalamualaikum..


Masih ingat entry saya mengenai tips nak hilangkan gementar di khalayak ramai?Tak ingat? Klik sini untuk kembali ke masa lampau..Kali ni saya nak berkongsi dengan anda semua bagaimana ingin menjaga suara anda.Ni pun atas permintaan ramai ni.Sharing is caring rite?


Nak suara sedap?Hurm,suara ni sebenarnya merupakan anugerah daripada Allah.Kita pun perasan yang suara ni ada bermacam-macam jenis.Ada sedap,ada sengau dan macam-macam lagi.Apa pun jangan sesekali merungut jika suara kita tidak seperti Syahir Af,ezad exist dan semua artis-artis best-best tu.Bila kita bandingkan diri kita dengan mereka memang kita akan nampak perbezaan yang sangat ketara.Tapi cuba anda bandingkan diri anda dengan orang yang bisu.Baru anda tahu betapa berharganya nikmat suara ni.Kalau mereka yang ada suara macam kartun lagi untung,boleh pegang watak kartun.=P



Saya rasa tips ni sangat berguna pada mereka yang mempunyai bakat dalam seni suara.Bagi mereka yang bergiat dalam bidang seni suara,pemakanan anda sangat penting.Kalau boleh, jangan makan makanan yang berminyak dan pedas.Makanan-makanan seperti ini akan menganggu pengaliran suara anda.Kalau anda jenis yang suka makan pedas pun paling kurang cube lah kurangkan makan makanan ini.


Sebagai seorang penyanyi,anda perlu sentiasa panaskan suara anda.Maksud saya disini adalah anda sentiasa memanaskan suara anda dengan memastikan tiap-tiap hari anda menyanyi.Ala,tak kan la menyanyi pun susah.Dalam tandas boleh,sebelum tidur dan sambil jog pun boleh.Menyanyi ni senang je kan?Sumbang tak sumbang tu je masalahnya.



Kemudian,anda jangan terlalu memaksa suara anda.Katalah anda jenis low pitch tetapi anda paksa untuk bawa high pitch.Keberangkalian ini akan merosakkan suara anda.Suara ni hampir sama dengan diri kita juga.Jadi,jangan terlalu paksa diri kita.Buat sekadar yang kita mampu.Kalau kita paksa juga,memang akan ada kesan sampingan kan?Hah..macam tu la lebih kurang.Jadi,jangan terjerit-jerit dalam bilik air ye.Slow-slow sudah..=P


Suara ni boleh dianggap seperti minda kita juga.Ia memerlukan sumpliment untuk menjaga dan menambah kualiti suara kita.Contoh makanan yang sesuai untuk menjaga suara adalah madu,air asam jawa dan macam-macam lagi.Ala,sumpliment ni macam air tongkat ali jugak.Cume kegunaannya je lain.Air tongkat ali untuk ape ye?Tak tahu ni...=P


p/s:sekadar perkongsian... www.tips-fb.com

15 comments:

Ainna Jalil said...

wahh wahh..enna nak try! :)

al_hakim said...

haha..artis la tu..

Fasihah Supian said...

air asam jawa lah biasanya...hehe

al_hakim said...

hehe..murah pun murah..

Cik Aqilah Wardah said...

kak wardah biasanya senyap je kalo nak jaga suara... hakhakhak.. :p

aida4eva said...

hajat hati nak jd penyanyi..

tp penyanyi untuk suami je la nanti :)

http://aida4eva.blogspot.com

Anonymous said...

suara xbest pon redho jela~
hrgai nkmat yg dberi

al_hakim said...

kak wardah:kate merajuk..haha..

cikgu aida:hehe..itu yg sebaiknya..

baju kurung:betul2..

Cik Aqilah Wardah said...

-_-"

yelah... yelah... balik umah la cmni.....

Anonymous said...

limau suam + madu pon boleh jage jugk...

al_hakim said...

kak wardah:hehe..

eydda:betul tu..mesti jage suara ni kan?

Sunah Sakura said...

takpelah, saya jaga dengan bercakap macam biasa je... :p

al_hakim said...

haha..ye la sunah..

Puan Nurussalwa said...

ada orang kata suka pedas sampai tahap mengalir air mata..
sape tu?

al_hakim said...

erk..tak tahu..=P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...