Mak Jemah:Hurm..aku pun tak tahu la ML.Err.tapi,bukan ke orang panggil ni surat layang ke?Awat ko panggil surat berantai ni?
Mail lambung:Ehhhh..suka hati aku la.Skrip aku!
Assalamualaikum..
Kita mesti selalu terdengar atau mungkin pernah menerima surat layang atau surat berantai ini.Saya sendiri pernah menerimanya.Bukan masalah nama atau gelaran surat ini samada ianya surat layang atau surat berantai,tetapi isi surat itu yang menjadi persoalan dan masalah kepada kita.Betul tak?
Selalunya,surat ini akan disebarkan dari individu kepada individu yang lain.Kita disuruh sebarkan surat itu kepada orang lain.Jika tidak,kita akan menerima nasib malang.Siap ada senarai nama insan-insan yang bernasib malang sebab engkar dengan arahan yang diberi.
Persoalannya disini,betul ke isi kandungan surat tersebut?Kalau kita perasan,kebanyakan surat-surat ini memang mengandungi isi yang baik seperti menasihati kita agar berhati-hati dan memperbanyakkan ibadah kerana dunia sudah tenat.Itu sangat baik kan?Nasihat menasihati memang tanggungjawab kita sebagai seorang muslim.Cuma,betul ke ianya datangnya dari Mekah sane?
Ada sesetengah individu yang mengatakan bahawa surat ini mampu mengganggu akidah kita jika kita mempercayainya.Bagi saya pula,kita just perlu ambil pengajaran dari surat itu.Sampaikan peringatan kepada orang lain dengan cara kita sendiri.Memang betul isi kandungan surat itu yang mengatakan dunia sudah tenat.Jadi,kita perlu memperbanyakkan ibadah kita.
Apapun,jangan kata yang bukan-bukan mengenai surat itu kerana kita sendiri tidak tahu menahu dari mana datangnya surat itu.Mungkin, memang benar surat itu datangnya dari Mekah,mungkin juga tidak.Kita hanya perlu berserah kepada Allah dan ambil pengajaran dari surat itu.Sesungguhnya,Allah itu maha Mengetahui..
2 comments:
betul3...selalu je dpt surat berantai macam ni ... sms berantai pon ade tw..then abaikan je..mcm xlogik jela bende2 mcm tu..boleh jd syirik nnti kalo dok caya sangat
surat2 lain tu tak kesah sangat...jangan surat saman dah la... :)
Post a Comment