Thursday, June 16, 2011

::lelaki perlu belajar masak::

Assalamualaikum..


Kompem para lelaki di luar sana tersentak bila baca tajuk entry ni.Cukup la sekadar baca tajuk entry.Saya sendiri pun tersentak.Tapi inilah kenyataan dan keperluan kita sebagai seorang lelaki yang akan bergelar suami.InsyaAllah.Siapa yang tak nak bergelar suami?Bukan suami tapi suamis untuk 2 atau 3 atau 4 atau..err..orang isteri..=D


Masakan memang sinonim dengan orang perempuan.Bak kata pepatah,orang perempuan dengan masakan ni umpama kacang dengan kulit.Bukan kacang lupekan kulit.Itu dah lain maksudnya.Betul ke perumpamaan kacang dengan kulit ni?Betul-betul.Cube lah anda pisahkan kacang dengan kulit.Kan tak manis kacang tu bila tak de kulit.Hehe



So,lelaki perlu belajar memasak untuk mengelak dari sebarang kemungkinan.Apa kemungkinan-kemungkinan ini ye?


Yang pertama,apabila bergelar sebagai suami atau suamis,masakan isteri adalah makanan yang terbaik bagi kita.Katalah satu hari tu isteri merajuk dan tak nak masak.Memang tak makan la kita gamaknya.Jadi,kalau kita pandai masak,tak de masalah la kan?Tak perlu menangis bawah bantal sorang-sorang kerana kelaparan.Pi kedai?Kedai tutup ceq oi.Pukul 12 malam dah.hehe


Kedua,sebagai seorang lelaki,kita perlu tunjukkan yang kita ni serba boleh.Kata pemimpin.Sepatutnya pemimpin yang dipilih perlulah tahu melakukan semua perkara.Senang cita.Pemimpin itu hero.Kalau isteri tak boleh nak masak,biar kita yang masak.Tunjuk sikit kehebatan kita.Ingat lelaki tak boleh pegang senduk ke?Siap boleh bawak tido ape.



Dalam kekeluargaan,kita jangan selalu sangat menerima.Kite perlu memberi. Berpeganglah pada konsep memberi bukan menerima.Jadi bila isteri sibuk,kita masak untuk isteri.Baru isteri bertambah sayang.Tak gituuuu?Hehe..InsyaAllah bahagia rumah tangga.Isteri penat suami masak.Suami penat isteri pulak masak.Kompem kenyang hari-hari..


Disamping tu,tak ramai lelaki yang pandai masak sekarang ni.Jadi bila kita pandai masak ni,saham kita akan naik.Ada kemungkinan nak kawen 4 tak?Ye la,kata saham tinggi.For sure ramai yang sudi.hehe.Yang nak kahwin 4 tu berpegang teguhlah pada prinsip ni ye.Hehe


Sekali sekala kalau kita masak untuk mak mertua dan bapak mertua apa salahnya. Kompem jadi menantu kesayangan.Ni kalau masak tak sedap kan bahaya depa tu.kalau terlebih garam boleh kena darah tinggi.Tak pasal-pasal pergi cepat.Pergi mana?Balik kampung.Rumah makan tak sedap.=P



Cukup kukuh tak kenapa lelaki perlu belajar masak?Saya ni pun tahu masak tau.Masak air,nasi maggi,telur.Ok what?Dari tak tahu apa-apa =D.InsyaAllah nanti nak belajar masak.Bukan untuk sapa pun,untuk diri sendiri dan keluarga.Sesungguhnya,ilmu Allah itu sangat luas,jangan pernah sesekali kita sombong dengan ilmu Allah.Belajarlah ilmu-ilmu Allah ini.


p/s:selamat beramal...=P www.tips-fb.com

16 comments:

Anonymous said...

As Salam,

pemimpin harus pandai dlm semua perkara...contoh terbaik adalah ayah saya sendiri.. :)

Kiera Qaira said...

hehe...
lps tuh leh bukak kdi mkn sndri..lol
-_-''
untnglaa laki spe pndi msk..haha
nk cr laki cmntuh r..hahah
sng ckit :P

al_hakim said...

betul..=)

al_hakim said...

kiera:cari yg pandai agama jugak..bru terjamin hidup.=)

Yana said...

ramai je lelaki sekarang ni yg pandai memasak. tengok aje chef chef kt hotel tu, rasanya kebanyakannya lelaki.. hehe :D

Puan Nurussalwa said...

issac tu chef :P
=P
mesti tak kenal issac kan?
huhuk~
neway, ayah saya sangat terer masak. nak menuntut dgn beliau? erk~

Kiera Qaira said...

incik hakim..
itu sudah semsetinya ya ;)

iKhRam said...

penting jugak tau masak ni.. nnt kene anta posting jauh2.. kat hutan2.. kalau tak tau masak mcm mana nak hidup.. hahaha

RHI said...

memasak ni adalah keperluan, tak salah org lelaki memasak....

SYAFIQAHSALEH said...

yup..ilmu Allah sangat luas..jadi tak perlu kisah ilmu apa yang cuba kita timba..janji ilmu yang diredhai oleh Allah :)

p/s : ok cuti dah nak abis..aiyoyo :D

~NiZa Maksit~ said...

sy rasa llaki kuno ja xsuka masak. kekeke..llaki skng dh ramai yg pandai masak, siap komplen lg klau ada kurang apa2 dlm masakan..terer la 2..perghhh~ hebat hebat ^^

Cik Aqilah Wardah said...

huuuu~ cikgu hakim nak jadik chef da.. :)

selamat belajar memasak... :D

pelangi hafyza said...

betol2.. lelaki kene pandai masak...
boleh tolong isteri masak...
cian isteri masak sorang2..=D

Nur Hani said...

masak masak masak ! nnt bg rasa ;p

al_hakim said...

yana:perempuan tak boleh keje hotel..hehe

cik salwa:boleh jugak tu..free kan?hehe

ikhram:insyaAllah dekat2 je.hehe

yatie:betul..

kak syafiqah:wuu..tak nak balik..

nieza"nasib baik sy pandai mask..keke

kak wardah:hehe

pelangi:betul2..

hani:wah..lame tak nampak kan..hehe

haffizmohdnoor said...

serangan dr KGS... nice blog!!

JOM sini :

http://haffizmohdnoor.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...